BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van polis pun terbakar

highway

Active+ Member
Messages
4,417
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Van polis terbakar
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail
pix_middle

TERSADAI...treler minyak sawit yang bergesel dengan van polis, semalam.

SEGAMAT: “Kami panik melihat van yang dinaiki tiba-tiba terbakar selepas bergesel dengan lori. Saya berusaha menyelamatkan rakan yang terbakar dan pada masa sama, perlu menyelamatkan yang lain termasuk seorang orang kena tuduh (OKT),” kata Lans Koperal Shuaib Borhan, 45.

Shuaib cedera ringan di tangan manakala rakannya yang duduk bersebelahan dalam van berkenaan, Koperal Mat Kamarul Rosli Nordin, 46, melecur tahap satu di sebahagian besar badannya termasuk tangan dan dada.

Van dinaiki Shuaib, Mat Kamarul serta seorang OKT yang menghadapi tuduhan membabitkan kes dadah itu dipandu Lans Koperal Badaruddin Hashim, 26, bergesel dengan lori sebelum terbakar di Kilometer 63, dekat Jalan Muar-Segamat, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, Shuib berkata, mereka dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Segamat membawa OKT terbabit untuk perbicaraannya.


“Namun, setiba di satu selekoh, Badaruddin cuba memintas lori tapi tidak berjaya menyebabkan kenderaan yang kami naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar,” katanya ditemui selepas menerima rawatan pesakit luar di Hospital Segamat, semalam.

Menurut Shuaib, mereka tergamam apabila van merempuh pembahagi jalan dan bertambah panik apabila kenderaan itu terbakar.

“Apabila api makin marak, kami bertambah panik dan cuba menyelamatkan diri. OKT yang berada di tempat duduk belakang van turut berusaha menyelamatkan rakan saya yang cedera ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, Shuaib bersyukur kerana dia bersama Badaruddin dan OKT hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang cedera ringan itu dibenarkan pulang termasuk OKT, namun Mat Kamarul masih menerima rawatan di Hospital Segamat (HS), di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi berkata, Mat Kamarul melecur lebih 30 peratus bahagian badannya kini dalam keadaan stabil. OKT yang berusia 49 tahun turut menerima rawatan kerana melecur di tangan kanan dan kaki kiri.

Abdul Majid berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan membawa suspek kes dadah yang sebelum ini menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Muar mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, tetapi kes itu dipinda kepada Sesyen 39A akta sama, menyebabkan suspek dibawa semula ke Mahkamah Sesyen Segamat untuk perbicaraan lanjut kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati van polis cuba memotong treler yang membawa muatan minyak sawit tetapi tidak berjaya menyebabkan kenderaan itu bergesel dengan lori berkenaan,” katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register