BTC USD 42,425.8 Gold USD 1,774.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van Polis Bawa OKT Kes Rogol Kemalangan, Pertuduhan Di Tangguh

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
27.07.2021 - Kota Bharu, Perbicaraan satu kes rogol di mahkamah Kota Bharu hari ini terpaksa ditangguhkan selepas kenderaan yang membawa tertuduh terlibat dalam kemalangan. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu sebuah van membawa tahanan terbabit dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai dan dalam perjalanan ke mahkamah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Dauh berkata van berkenaan dinaiki seorang pegawai dan tiga anggota polis bersama dua orang kena tuduh (OKT). Apabila tiba di Kampung Beta Hulu di Kota Bharu ada sebuah kereta Toyota Innova membelok ke kanan jalan secara tiba-tiba ketika van polis cuba memotongnya.

"Akibat jarak yang terlalu dekat pemandu van segera menekan brek namun terlanggar pintu sebelah kanan hadapan kereta terbabit dan kenderaan berkenaan terseret sebelum terhenti di hadapan sebuah rumah kedai berhampiran. Akibat kemalangan itu pemandu kereta mengalami cedera pada kaki kanan dan pegawai polis tersebut mengalami luka ringan pada tangan kiri manakala tiga anggota pengiring dan dua OKT tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Abdul Rahim berkata kereta tersebut dipandu seorang perempuan berusia 19 tahun. Malaysiakini difahamkan dua OKT tersebut sepatutnya dijadual berdepan pendakwaan kes rogol di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan juga akan dijalankan daripada pelbagai aspek untuk menilai punca sebenar kemalangan," jelasnya.​

Screenshot-18.jpg
 

CG Sponsors




Top
Log in Register