BTC USD 38,260.5 Gold USD 1,832.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van mayat diguna untuk buang sampah

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Van mayat diguna untuk buang sampah​

1638494502801.png

PUTRAJAYA – Siang bawa mayat, malam digunakan untuk angkut sampah.

Itu tindakan tidak bertanggungjawab sebuah syarikat van pengurusan mayat apabila mereka menggunakan kenderaan itu untuk melupuskan sisa pepejal terkawal (sisa bercampur) di Kepong Entrepeneurs Park (KEP), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tindakan itu bagaimanapun berjaya dihidu sepasukan penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas intipan dan risikan selama beberapa hari.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Ummi Kalthum Shuib berkata, kejadian itu dikesan di lorong belakang Jalan Metro Perdana Timur 10, Kepong berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bertarikh 22 November lalu.

Beliau berkata, rakaman CCTV telah berjaya merakam pergerakan salah laku pemandu dan kelindan van mayat yang sengaja melupuskan sisa di lokasi kejadian.

“Kami berjaya mengenal pasti kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melakukan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi kejadian. Van mayat tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.

“Pesalah akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – K! ONLINE.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register