BTC USD 35,983.0 Gold USD 1,815.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksinasi Kebangsaan: Remaja Berumur 12-17 Tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
IMUNISASI COVID-19 | 2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi

2,597,622 individu atau 82.5 peratus populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasar data Kementerian Kesihatan di laman Covidnow, 2,758,317 individu atau 87.6 peratus populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
82.7% Remaja, 95.8% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

24.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 2,603,148 individu atau 82.7% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7% bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8% telah lengkap vaksinasi manakala 98% atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/24/82-7-remaja-95-8-dewasa-lengkap-divaksinasi/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,186
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,186
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
IMUNISASI COVID-19 | Lebih 2.6 Juta Populasi Remaja Lengkap Divaksin

2,603,148 individu atau 82.7 peratus daripada populasi remaja di negara ini, lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menurut data di laman covidnow.moh.gov.my, 2,760,656 individu atau 87.7 peratus golongan itu, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

azmann33

Legendary Member
gem
Messages
11,451
Joined
Mar 2, 2009
Messages
11,451
Reaction score
1,337
Points
201
.......................................
1638028718736.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
85.9% Remaja, 96.8% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 2,702,748 atau 85.9% daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,818,165 individu atau 89.6% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117 dos.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...nggalak-syarat-lengkap-vaksinasi-kata-khairy/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
73,653 Remaja 12 - 17 Tahun Di Selangor Belum Di Vaksin

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Sejumlah 73,653 remaja berumur 12 ke 17 di Selangor masih belum divaksin daripada keseluruhan 569,100 populasi kumpulan umur berkenaan, persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dimaklumkan, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 495,447 individu dari kumpulan umur berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mengenai jumlah penduduk Selangor berumur 12 tahun dan ke atas yang belum divaksin. Dr Siti Mariah berkata proses pemberian vaksin COVID-19 kepada populasi remaja berumur 12 ke 17 tahun di negeri ini, masih berjalan melibatkan agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi kumpulan remaja yang sukar hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV), seperti remaja yang tidak bersekolah, remaja orang asli, remaja di dalam pusat institusi pemulihan atau rumah perlindungan, proses pemberian vaksinasi dilakukan menerusi program jangkau luar oleh Pasukan Outreach Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan NGO seperti MERCY Malaysia dan IMAM Response and Relief Team (Imaret),” katanya.

Bagi populasi remaja berusia lebih 18 tahun, Dr Siti Mariah berkata dianggarkan sejumlah 275,237 orang masih belum divaksin manakala 4.27 juta telah menerima satu dos berbanding jumlah populasi 4,551,800 remaja lingkungan umur tersebut.

“Sebahagian kecil yang belum divaksinasi (populasi remaja berusia lebih 18 tahun) merupakan mereka yang tergolong dalam kategori yang tidak boleh menerima vaksin atau mempunyai kontraindikasi kepada vaksin COVID-19, manakala selebihnya merupakan golongan yang menolak vaksin,” katanya.

Bagi populasi remaja yang sukar hendak dijangkau, pasukan outreach PKD sedang berusha membantu mevaksinkan mereka, katanya. Dr Siti Mariah berkata bagi penjawat awam pula, berdasarkan data daripada 43 jabatan dan agensi sehingga 16 Nov lepas, jumlah penjawat awam yang masih belum menerima vaksin COVID-19 hanya seramai 132 orang iaitu 0.59 peratus daripada 22,314 penjawat awam di Selangor.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/601093
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
96.8% Dewasa, 85.9% Remaja Lengkap Di Vaksinasi

30.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 22,665,493 individu atau 96.8% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi. Sementara itu 2,705,253 atau 85.9% individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,819,774 atau 89.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu 109,139 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,711 suntikan dos lengkap, 4,538 dos pertama dan 97,890 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233 dos. Selain itu jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,332,750.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/30/96-8-dewasa-85-9-remaja-lengkap-divaksinasi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
96.9% Dewasa, 86.1% Remaja Lengkap Di Vaksinasi

01.12.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 96.9% atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow sejumlah 98.3% atau 23,028,508 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 89.7% atau 2,822,370 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 86.1% atau 2,709,263 individu remaja telah lengkap vaksinasi. Dalam pada itu, 135,914 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,313 suntikan dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,457,510.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/01/96-9-dewasa-86-1-remaja-lengkap-divaksinasi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
97.3% Dewasa, 86.5% Remaja Lengkap Di Vaksinasi

13.12.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3% daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam, semalam (12 Disember). Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sejumlah 98.7% atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.5% atau 2,724,110 individu populasi remaja (berumur antara 12 hingga 17 tahun) telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,825,229 individu atau 89.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Dalam pada itu, sejumlah 67,376 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 63,889 dos penggalak, 2,005 dos kedua dan 1,472 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 54,891,289 dengan 3,663,587 daripadanya adalah dos penggalak.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/12/13/97-3-dewasa-86-5-remaja-langkap-divaksinasi/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register