BTC USD 56,423.6 Gold USD 1,763.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksinasi Kebangsaan: Remaja Berumur 12-17 Tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
#kualalumpur Hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer. - Khairy Jamaluddin.
https://www.hmetro.com.my/.../malaysia-termasuk-negara...

Malaysia termasuk negara terpantas vaksin remaja​


1634873368852.png


REMAJA yang hadir untuk pemberian suntikan vaksin di PPV Dewan Dato Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah, semalam. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin.

Kuala Lumpur: Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.
"Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

"Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia," katanya dalam Twitter, hari ini.

Beliau turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dilaporkan menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.



Sementara itu, tinjauan di laman web COVIDNOW mendapati, setakat semalam, jumlah penerima remaja sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebanyak 80.9 peratus dan mereka yang lengkap divaksinasi adalah 43.4 peratus.

Labuan (65.7 peratus) mencatat peratusan tertinggi menerima vaksin itu diikuti Sarawak (61.2 peratus), Kedah (57.1 peratus), Melaka (55.8 peratus), Pahang (55.4 peratus) dan Perlis (53.1 peratus).

Terendah adalah Lembah Klang (28.8 peratus), Negeri Sembilan (36.6 peratus) dan Johor (37.7 peratus).

Negeri Kelantan, Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pulau Pinang pula dilihat masih dalam kadar 40 peratus sahaja.

Menerusi data itu juga, unjuran 80 peratus remaja akan lengkap divaksinasi dijangka adalah 19 November depan dengan 2,518,000 akan divaksin manakala dalam tempoh seminggu sahaja, dijangka akan meningkat kepada 60 peratus lengkap divaksin sepenuhnya.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2021 @ 10:48am


Laju vaksinasi remaja ni masuk 80 peratus
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
1f489.png
#COVID19: Kelonggaran bagi remaja lengkap vaksin⁣

1f489.png
#COVID19: Relaxed rules for fully vaxxed adolescents⁣

-Infografik/Infographics-⁣

@ismailsabri60 @kkmputrajaya

1634911520269.png

1634911530907.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Kadar Vaksinasi Remaja Malaysia Antara Terpantas Di Dunia

Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja terpantas di dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh dua bulan, 80 peratus individu berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

 

konaLeper

Fun Poster
Messages
757
Joined
Dec 22, 2016
Messages
757
Reaction score
524
Points
71
Bila ada 2 pendapat mengenai sesuatu perkara, lebih2 berhati2 jika diselidik kedua2 pendapat tersebut.
Ni pendapat DoctorsForCovidEthics mengenai vaksinasi kanak2/remaja.

DoctorsForCovidEthics

1634948602349.png


V axx atau unvaxx, bagi aku semuanya mangsa big pharma dan kuncu2nya.
Aku hanya kongsi pandangan untuk melepaskan diri aku dari bersalah kepada Tuhan.
 

konaLeper

Fun Poster
Messages
757
Joined
Dec 22, 2016
Messages
757
Reaction score
524
Points
71
Kena hati2...
MP EU dah bunyi suara.
Aku suspek, MP di tanah air sibuk dgn lain2 isu besar negara.
Big Pharma menang, vaksin pusher selamat.
vaxx dan unvaxx akan jadi "you will own nothing but you will be happy".
MP EU menang, nuremberg 2.0 menanti.


Moga2 aku x masuk dlm golongan mereka yg melakukan kerosakan atas muka bumi.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Selvax remaja bermula esok - Amirudin #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../selvax-remaja-bermula.../

Selvax remaja bermula esok – Amirudin​


23 October 2021

MGF290921_SERAHAN-SUMBANGAN-KEPADA-KERAJAAN-NEGERI_05-2.jpg


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja untuk mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun dijalankan bermula esok melibatkan 3,416 pelajar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini jumlah yang bakal menerima vaksin membabitkan 1,235 pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Rendah Agama Islam Integrasi (1,181) dan maahad tahfiz (1,000).





“Inisiatif mempercepatkan vaksinasi remaja serta melancarkan proses pembukaan institusi pendidikan akan bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran bertempat di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya, Klang.

“Program juga dilaksanakan di beberapa lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) antaranya DUN Pelabuhan Klang, Tanjung Sepat dan Bukit Lanjan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Amirudin berkata, program menggunakan kaedah pra-pendaftaran melalui kod baucar di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) seperti dilaksanakan untuk Selvax Komuniti.



Pada 7 Oktober lepas, Amirudin mengumumkan Selvax diperluas kepada penerima remaja melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerajaan Selangor sebelum ini melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini diikuti Selvax bergerak yang tamat minggu lalu.

Inisiatif melibatkan kos mencecah RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post
Top
Log in Register