BTC USD 61,169.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksinasi Kebangsaan: Remaja Berumur 12-17 Tahun

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,362
Reaction score
15,062
Points
1,906
#Putrajaya Sekolah berkenaan dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara sepanjang pelaksanaan tempoh PICK Remaja di Putrajaya membabitkan 3,539 pelajar tingkatan 4 dan 5 di wilayah berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/.../ramai-pelajar-putrajaya...

Ramai pelajar Putrajaya gembira disuntik vaksin​


1632125982246.png


Pelajar, Muhammad Ihsan Syafiqin Idris, bersama Nadiah Hassan (tengah) dan Izzah Nadhirah Kamil Zairi bergambar bersama kad vaksinasi selepas menerima suntikan ketika pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Putrajaya: "Mulanya memang rasa gemuruh namun selepas menerima suntikan vaksin, ia diganti dengan rasa kelegaan serta gembira," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1), Muhammad Ihsan Syafiqin Idris, 17, yang menjadi yang pelajar terawal menerima pelalian itu di pusat pentadbiran negara di sini, tadi.

Menurutnya, suntikan vaksin Covid-19 itu membolehkannya melakukan pelbagai aktiviti seperti pergi ke sekolah dan bersukan dengan penuh yakin.

"Saranan saya kepada golongan remaja ini, jangan takut untuk menerima vaksin," katanya selepas menerima vaksin Covid-19 di SMK Putrajaya Presint 8(1) di sini, menerusi Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sekolah berkenaan dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara sepanjang pelaksanaan tempoh PICK Remaja di Putrajaya membabitkan 3,539 pelajar tingkatan 4 dan 5 di wilayah berkenaan.

Sementara itu, ibu Muhammad Ihsan, Datin Mas'amah Ibrahim, 54, berkata, anaknya kini sudah boleh melakukan aktiviti harian tanpa rasa gusar.

"Sebelum ini saya risau kerana semua ahli keluarga saya sudah menerima suntikan vaksin, hanya dia (Muhammad Ihsan) belum mendapat vaksin. Namun pelaksanaan PICK ternyata memberi kelegaan kepada kami.

"Nak berjumpa kawan atau balik kampung pun sudah tidak perlu risau kerana kami semua sudah mendapatkan vaksin," katanya.
Seorang lagi pelajar, Husna Kader Ridzwan,17, berkata, suntikan vaksin itu membuatkan dia berasa lebih selamat untuk melakukan aktiviti harian.

"Sebelum ini saya cemburu melihat ahli keluarga lain sudah mendapatkan vaksin. Bila kerajaan umum mengenai pemberian vaksin kepada remaja, saya tidak sabar untuk mendapatkannya," katanya.
Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 3:49pm

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,362
Reaction score
15,062
Points
1,906
Bagi negeri-negeri yang mempunyai kekangan, keutamaan akan diberi kepada remaja yang perlu menghadapi peperiksaan awam.
#AWANInews #AWANIpagi #MalaysiaSihat #MyVaksinCOVID19

PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy​



September 20, 2021 10:23 MYT


PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy​



September 20, 2021 10:23 MYT
PICK Remaja: 85,076 divaksinasi, tiada kesan sampingan serius - Khairy

Khairy berkata, peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan remaja berusia bawah 18 tahun agak membimbangkan. - Astro AWANI

PUTRAJAYA: Sehingga 16 September lalu, seramai 85,076 remaja di Sarawak, Sabah dan Labuan sudah diberikan dos pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer BioNTech di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).

Daripada jumlah itu, tiada kesan sampingan yang serius dikesan dalam kalangan penerima, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Setakat ini, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan 3.2 juta rakyat Malaysia dalam lingkungan 12-17 tahun untuk terlibat dalam PICK Remaja.

Bagaimanapun, katanya, bagi negeri-negeri yang mempunyai kekangan dari segi bekalan vaksin, keutamaan akan diberikan kepada remaja yang perlu menghadapi peperiksaan awam, iaitu yang berumur 16 dan 17 tahun.


“Suka saya maklumkan, sehingga 16 September, seramai 85,076 remaja diberi dos tersebut, setakat ini tak ada kesan sampingan serius.
“PICK Remaja penting sebagai persediaan pembukaan sekolah, ini komitmen kita seperti yang diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang minta. We want to open up schools in orderly manner.

“Antara strategi kita ialah memberi liputan imunisasi kepada mereka yang nak ambil periksa, dengan menyediakan persekitaran yang selamat, pastikan mereka mendapat perlindungan daripada vaksin,” katanya lagi.

Khairy berkata demikian pada majlis pelancaran PICK Remaja di SMK Putrajaya Presint 8(1), di sini hari ini.

Turut hadir , Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan remaja berusia bawah 18 tahun agak membimbangkan.
“Terdapat peningkatan daripada 12,620 kes COVID-19 pada 2020, kepada 400,668 kes sehingga 16 September 2021.

"Daripada jumlah tersebut, 252,569 kes melibatkan murid sekolah dan 42,831 kes melibatkan kanak-kanak pra-sekolah.

“Sebanyak 62 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada 2021, berbanding enam kematian pada 2020,” katanya lagi.
BACA: PICK Remaja: KKM sasar 80 peratus dos lengkap menjelang Jan 2022

Atas faktor tersebut, Khairy berkata, KKM mensasarkan 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin menjelang November ini.

Selain itu, t80 peratus golongan berkenaan disasarkan mendapat dos lengkap vaksin menjelang Januari 2022.

pick-remaja-85076-divaksinasi-tiada-kesan-sampingan-serius-khairy-320705
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Pelalian Untuk Remaja Bawah 18 Tahun Bermula

Program vaksinasi melibatkan pelajar sekolah antara kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula hari ini.

Ikuti perkembangan semasa bersama wartawan Wan Zairul Azri Sudin.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Senarai PPV 'Walk-In' Untuk Remaja Diumum Esok

Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara 'walk-in' atau jumpa terus kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan diumum esok.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,362
Reaction score
15,062
Points
1,906

Noor Hisham Abdullah

1j ·
https://www.facebook.com/#
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA)

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dalam program “Kick-Off” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) pada hari ini, KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah;

Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.

Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.
Justeru, KKM menyasarkan supaya;

60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan

80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.
Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting). Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;
Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.


Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PICK Remaja ini, KKM juga memohon kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan Malaysia (ATM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan lmigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melancarkan proses pemberian vaksin COVID-19 di institusi dan populasi di bawah jagaan mereka.

Kejayaan negara dalam memerangi pandemik COVID-19 ini bergantung bukan sahaja kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, namun ianya juga memerlukan sokongan serta kerjasama padu daripada seluruh lapisan masyarakat. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Walaupun dengan liputan vaksinasi yang menyeluruh kelak, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan mengamalkan norma-norma baharu agar seluruh sektor ekonomi dan sosial di negara ini dapat dibuka dengan selamat


1632143543050.png

1632143552920.png

1632143566775.png

1632143584735.png

1632143602574.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,362
Reaction score
15,062
Points
1,906
#Putrajaya Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, pihaknya juga mengenal pasti sekolah di seluruh negara untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada murid sekolah.
https://www.hmetro.com.my/.../kpm-pastikan-tiada-pelajar...

KPM pastikan tiada pelajar tercicir terima vaksin​


1632144128147.png


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bagi membantu pendaftaran murid sekolah bagi tujuan vaksinasi Covid-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata, pihaknya juga mengenal pasti sekolah di seluruh negara untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kepada murid sekolah.

"KPM turut membantu dalam menyediakan petugas dan keperluan logistik untuk tujuan ini.
"Kerjasama strategik KPM dan KKM ini pastinya dapat mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah. KPM komited melakukan yang terbaik," katanya tadi.


Radzi sebelum itu menghadiri pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) di sini, dan turut melihat sendiri pelaksanaan program berkenaan.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi covid-19 Remaja (CITF-A).

Radzi berkata, seramai 323 murid berusia 16 dan 17 tahun dari SMK Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama menerima vaksin Covid-19, selepas pelancaran program PICK Remaja berkenaan secara rasmi.

Katanya, secara keseluruhan, seramai 377,591 murid berusia 16 tahun dan 371,676 murid berusia 17 tahun di seluruh negara.
"Alhamdulillah, proses vaksinasi pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun.

"Sejurus tiba, murid yang ditemani ibu bapa atau penjaga perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin," katanya.

PICK Remaja menyasarkan 60 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 sehingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos pada November ini dan 80 peratus menerima dos lengkap pada Januari," katanya.
Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 3:31pm


 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,568
Reaction score
2,916
Points
206

Remaja boleh walk-in untuk vaksin bermula Khamis ini​

vaksin-3-1536x1024.jpg



PUTRAJAYA – Pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara secara kaedah jumpa terus (walk-in) berjadual bermula Khamis ini.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, agihan vaksin akan dilaksanakan secara kaedah walk-in berjadual iaitu mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, pemberian vaksin akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

“Manakala, jadual pemberian vaksin pula akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
“Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, bagi remaja yang tidak bersekolah pula, mereka dibenarkan untuk walk-in di mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Noor Azmi berkata, sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan. – K! ONLINE
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,362
Reaction score
15,062
Points
1,906
#kualapilah #covid19 "Ini memang saat ditunggu-tunggu kerana selama ini saya hanya membaca pelbagai berita di media sosial mengenai vaksin Covid-19. Namun saya ambil yang positif," - Pelajar SMK Za'ba, Ainul Nadihah Zulkifli
https://www.hmetro.com.my/.../dengar-boleh-percaya-jangan

Dengar boleh, percaya jangan!​


1632216024354.png


AINUL Nadihah. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Kuala Pilah: "Ini memang saat ditunggu-tunggu kerana selama ini saya hanya membaca pelbagai berita di media sosial mengenai vaksin Covid-19. Namun saya ambil yang positif," luah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba, Ainul Nadihah Zulkifli, 16, sejurus menerima suntikan vaksin tadi.

Pelajar tingkatan empat itu berkata, dia dan rakan-rakan teruja dan tidak sabar menunggu hari untuk disuntik vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato Bahaman Shamsudin, di sini.

"Sejak kerajaan membuat pengumuman vaksin akan mula diberikan kepada pelajar, topik mengenai vaksinasi menjadi perbincangan hangat dalam kalangan pelajar termasuk dalam kumpulan WhatsApp.
"Walaupun tular pelbagai maklumat mengenai vaksin di media sosial namun saya yakin tindakan mengambil vaksin adalah keputusan tepat," katanya.


Ainul Nadihah berkata, proses pembelajarannya kelak akan menjadi lebih senang jika pelajar dibenarkan ke sekolah selepas mengambil vaksin.

"Ketika ini kami belajar menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang mana ia agak merumitkan apabila kami perlu menggunakan komputer dan capaian internet. Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan itu," katanya.

Sementara itu pelajar tingkatan lima SMK Za'ba, Muhammad Afiq Zaharudin, 17, berkata, proses vaksinasi terhadap pelajar terutama membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah usaha yang positif daripada kerajaan.

"Saya bangun awal untuk datang ke PPV ditemani ibu bapa. Memang tidak sabar untuk disuntik vaksin," katanya

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Md Fiah Md Jamin berkata, seramai 15,800 pelajar berusia 16, 17 dan 18 tahun di seluruh negeri ini termasuk yang belajar di sekolah di luar Negeri Sembilan akan diberikan vaksin.

"Sebanyak 44 PPV di seluruh Negeri Sembilan terbabit dalam proses vaksinasi terhadap pelajar dan kebanyakannya menggunakan dewan sekolah," katanya.

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 3:53pm


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register