BTC USD 61,138.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksinasi Kebangsaan: Remaja Berumur 12-17 Tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Vaksin Kepada Pelajar Sekolah Bermula 20 September

Program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun khususnya pelajar sekolah akan bermula Isnin ini.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
#BHNasional Sekolah yang kurang 1,000 pelajar dikumpul bersama untuk vaksinasi serentak.
https://bit.ly/3hBo3nF

Vaksinasi pelajar sekolah bermula 20 September​

September 17, 2021 @ 2:35pm



KUALA LUMPUR: Program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini, khususnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini.

Bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar, proses vaksinasi akan dilaksanakan secara terus di premis masing-masing.

Manakala, sekolah yang mempunyai kurang daripada 1,000 pelajar, akan disatukan dengan empat atau lima sekolah lain, bagi memastikan program vaksinasi itu berjalan lancar.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata langkah itu sebagai persediaan terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.



Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), berkata program akan bermula secara besar-besaran mulai Isnin ini (20 September).
"Tujuan empat atau lima sekolah dikumpulkan sekali adalah kerana kita mahu ada 1,000 pelajar supaya program vaksinasi dapat dilakukan dengan cepat pada satu tempat.

"Bagaimanapun bagi pelajar yang terlepas tarikh atau tidak dapat hadir ketika temujanji diberi, mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin di klinik swasta supaya mereka tidak ketinggalan program," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia peringkat pusat laktasi kebangsaan 2021 di Auditorium Utama, Hospital Tunku Azizah di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, pelancaran vaksinasi akan dibuat di Presint 18 Putrajaya dan dijangka berjalan sepanjang tempoh tiga bulan ini bagi membolehkan 3.2 juta kanak-kanak memperoleh perlindungan vaksin di mana 1.1 juta daripadanya adalah kalangan yang berusia 16 dan 17 tahun.

"Kita berharap dapat mencapai 60 peratus daripada kumpulan usia ini mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos dan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu mencapai 80 peratus menerima suntikan lengkap.

"Bagi negeri ada kemampuan dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka akan teruskan dan KKM membuat pemantauan dari masa ke masa," katanya.

Mengulas lanjut mengenai sesi pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini, KKM bersama Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak yang terbabit dengan sekolah sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19.

"Syarat ini bagi memastikan keselamatan pelajar yang kembali ke sekolah dan ada antara mereka yang baru mendapat dos pertama selamat.
"Ini kerana kita mahu persekitaran atau ekosistem sekolah selamat, jadi semua yang terbabit iaitu guru, kakitangan, pengendali kantin, pengawal keselamatan dan sebagainya, mesti sudah menerima suntikan lengkap sebelum memulakan tugas," katanya.

Pada Rabu lalu, KKM mengumumkan pihaknya membangunkan portal pendaftaran institusi pendidikan, Portal Vaksin-Anak-Ku sebagai langkah awal dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan keutamaan mereka berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam serta remaja dengan komorbid.

"Bagi golongan kanak-kanak rentan, KKM akan menggerakkan pasukan jangkau luar (outreach) yang berbeza dengan murid yang kebanyakan dibuat di sekolah, klinik swasta," katanya.

Katanya, pada ketika ini, hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

Ini kerana katanya, hanya dua jenis vaksin itu didapati sesuai untuk diberikan pada golongan kanak-kanak berikutan data mengenai kesan sampingan yang rendah.
SA170821AD003_1631866722.jpg
Program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini, khususnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini. - Foto hiasan


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Remaja lengkap vaksinasi sebelum buka sekolah

Oleh Mohd Roji Kawi- September 16, 2021 @ 12:33pm
[email protected]



KUCHING: Seramai 65,252 orang remaja 16 tahun dan 17 tahun di Sarawak sudah menerima vaksin dos pertama, setakat semalam.

Ia mewakili 63.6 peratus daripada 96,400 remaja dalam lingkungan usia itu yang layak menerima vaksin COVID-19.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata bagi remaja komorbid berusia 12 tahun hingga 15 tahun, seramai 3,981 orang sudah menerima vaksin dos pertama.

Ia meliputi 2.1 peratus daripada 192,800 orang remaja berusia 12 tahun hingga 15 tahun di negeri itu.

"Melihat kepada pencapaian program imunisasi remaja terutama untuk golongan berusia 16 tahun dan 17 tahun, kita kini dalam landasan untuk mencapai sasaran vaksinasi sepenuhnya menjelang pembukaan sekolah pada 3 Oktober nanti.

"Bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun, vaksinasi dijangka lengkap menjelang penghujung Oktober," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Dewan Majma Mall di Jalan P Ramlee, di sini, hari ini.

Seramai 965 pelajar berusia 16 tahun dan 17 tahun menerima vaksin di PPV berkenaan, membabitkan 557 pelajar Sekolah Vokasional Matang dan 408 pelajar dari Kolej Vokasional Kuching.

Selain itu, beliau berkata, Sarawak semakin menghampiri sasaran untuk melengkapkan vaksinasi, dengan 78.8 peratus rakyat Sarawak sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Mengulas kes jangkitan harian yang tinggi di negeri itu sejak dua minggu lalu, Abang Johari berkata, ia berpunca daripada tunggakan keputusan ujian makmal sejak beberapa hari lalu.

Namun, katanya, hampir keseluruhan kes baharu harian itu adalah dalam kategori 1 iaitu tidak bergejala dan kategori 2 iaitu bergejala ringan.

bh16remaja_1631768850.jpg


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg,


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
#BHNasional Pihak sekolah pujuk ibu bapa untuk benarkan anak terima suntikan.
https://bit.ly/3hGkfS0

Pelajar tak vaksin mungkin tak boleh belajar bersemuka​


September 18, 2021 @ 6:08pm


1631971872698.png


KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.

Itu antara perkara yang sedang diteliti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menilai langkah yang sesuai untuk pelajar sekolah yang enggan atau tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata buat masa ini, pihak sekolah akan berusaha memujuk ibu bapa dan pelajar jika ada antara mereka enggan divaksin.

"Ini sama seperti isu membabitkan 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran secara bersemuka.



"Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perbincangan. Kita akan mencari penyelesaian terbaik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam keadaan selamat," katanya kepada BH.
Semalam, Dr Noor Azmi dilaporkan berkata, program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di negara ini, khususnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini.

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) itu berkata, proses vaksinasi akan dilaksanakan di premis masing-masing bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar.

Sekolah yang mempunyai kurang 1,000 pelajar, khususnya sekolah luar bandar pula akan disatukan dan menerima vaksin bersama empat atau lima sekolah lain, dalam usaha memastikan 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.
Ditanya mengenai sasaran vaksinasi harian remaja bagi membolehkan semua pelajar selesai divaksin menjelang pembukaan sekolah pada Mac tahun depan, Dr Noor Azmi berkata, belum ada sebarang sasaran ditetapkan buat masa ini.

"Buat masa ini belum ada sasaran jumlah vaksinasi sehari kerana kapasiti bergantung pada jenis sekolah serta kumpulan pelajar yang menerima suntikan," katanya.

Hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

Ketika ini, program imunisasi COVID-19 kepada golongan remaja sudah bermula di Sarawak sejak 8 September lalu, didahului remaja berusia 16 tahun dan 17 tahun serta 12 tahun hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata sesi persekolahan 2022 hanya akan bermula pada Mac, berikutan sesi tahun ini dilanjutkan sehingga Februari tahun depan.

Awal bulan ini, Radzi dilaporkan berkata, 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti.
Radzi berkata, guru yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang meneliti jenis tindakan susulan akan dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit, menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19| Vaksinasi Pelajar Tingkatan 4, 5 Di Perlis Bermula Esok

Program Vaksinasi COVID-19 kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Perlis, akan bermula esok.

 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533
Points
201
#BHNasional Pihak sekolah pujuk ibu bapa untuk benarkan anak terima suntikan.
https://bit.ly/3hGkfS0

Pelajar tak vaksin mungkin tak boleh belajar bersemuka​


September 18, 2021 @ 6:08pm


1631971872698.png


KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.

Itu antara perkara yang sedang diteliti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menilai langkah yang sesuai untuk pelajar sekolah yang enggan atau tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata buat masa ini, pihak sekolah akan berusaha memujuk ibu bapa dan pelajar jika ada antara mereka enggan divaksin.

"Ini sama seperti isu membabitkan 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran secara bersemuka.



"Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perbincangan. Kita akan mencari penyelesaian terbaik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam keadaan selamat," katanya kepada BH.
Semalam, Dr Noor Azmi dilaporkan berkata, program vaksinasi terhadap kumpulan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di negara ini, khususnya pelajar sekolah, akan bermula Isnin ini.

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) itu berkata, proses vaksinasi akan dilaksanakan di premis masing-masing bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar.

Sekolah yang mempunyai kurang 1,000 pelajar, khususnya sekolah luar bandar pula akan disatukan dan menerima vaksin bersama empat atau lima sekolah lain, dalam usaha memastikan 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.
Ditanya mengenai sasaran vaksinasi harian remaja bagi membolehkan semua pelajar selesai divaksin menjelang pembukaan sekolah pada Mac tahun depan, Dr Noor Azmi berkata, belum ada sebarang sasaran ditetapkan buat masa ini.

"Buat masa ini belum ada sasaran jumlah vaksinasi sehari kerana kapasiti bergantung pada jenis sekolah serta kumpulan pelajar yang menerima suntikan," katanya.

Hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

Ketika ini, program imunisasi COVID-19 kepada golongan remaja sudah bermula di Sarawak sejak 8 September lalu, didahului remaja berusia 16 tahun dan 17 tahun serta 12 tahun hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata sesi persekolahan 2022 hanya akan bermula pada Mac, berikutan sesi tahun ini dilanjutkan sehingga Februari tahun depan.

Awal bulan ini, Radzi dilaporkan berkata, 2,500 guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober nanti.
Radzi berkata, guru yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang meneliti jenis tindakan susulan akan dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit, menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

Benda xwajib tp wajib secara halus hehehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
#KualaTerengganu Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata, proses vaksinasi semua pelajar itu akan dilakukan di 54 sekolah di seluruh negeri.
https://www.hmetro.com.my/.../pelajar-tingkatan-4-5-di...

Pelajar Tingkatan 4, 5 di Terengganu divaksin Selasa depan [METROTV]​



Kuala Terengganu: Seramai 36,507 pelajar Tingkatan Empat dan Lima di seluruh negeri ini akan mula menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Selasa depan.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata, proses vaksinasi semua pelajar itu akan dilakukan di 54 sekolah di seluruh negeri.

Katanya, semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun akan menerima suntikan vaksin Pfizer.
"Berdasarkan data jumlah pelajar yang akan menerima vaksinasi, seramai 18,264 adalah pelajar Tingkatan Empat manakala bakinya 18,243 adalah pelajar Tingkatan Lima.

"Jumlah pelajar yang akan menerima suntikan vaksin hanya membabitkan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk sekolah menengah agama dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)," katanya pada media selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Kedai Payang, di sini, hari ini.

Turut melakukan tinjauan pematuhan SOP adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Ahmad Shah Muhamed, Datuk Bandar Kuala Terengganu Rozali Salleh dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Ariffin Abdullah.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, program vaksinasi kepada semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima dijangka siap sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober depan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) akan memberi keutamaan melakukan suntikan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima sebagai persediaan mereka menduduki peperiksaan.
Mengenai pelajar Tingkatan Satu dan Tiga, Dr Kasemani berkata, JKNT sedang menunggu kelulusan untuk vaksinasi kumpulan pelajar berkenaan.


Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 3:33pm
GAMBAR HIASAN



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
Health Ministery Khairy Jamaluddin said there are more than 180,000 adolescents in the state who will be inoculated in vaccination centres (PPVs) across Kedah.
“The vaccine supplies are sufficient and we hope to complete this in a month.”
Read the full story at: bit.ly/kedah-teens-vaccination-tomorrow

[UPDATED] Kedah teens’ Covid-19 inoculation starts tomorrow: Khairy​

Groups to get booster shots after frontliners, high-risk groups to be announced soon
Updated 3 hours ago · Published on 19 Sep 2021 3:48PM

1632051916873.png


Vaccine supplies are sufficient, and Health Minister Khairy Jamaluddin hopes the Covid-19 immunisation exercise for adolescents can be completed in a month. – Health Ministry Facebook pic, September 19, 2021



KUALA LUMPUR – Teenagers in Kedah will begin receiving their Covid-19 vaccinations tomorrow onwards, said Health Minister Khairy Jamaluddin.

He said there are more than 180,000 adolescents in the state who will be inoculated at vaccination centres (PPVs) across Kedah.
“The vaccine supplies are sufficient, and we hope to complete this in a month,” he told a press conference after holding a meeting with the Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) in Wisma Darul Aman, Alor Star, this afternoon.

Khairy added that the administration of booster shots is expected to kick off next month.

“As mentioned by the prime minister, the implementation policy (for general booster shots) will be announced soon but we have identified the vulnerable and high-risk groups that will be prioritised.

“Among them are senior citizens who have comorbidities or chronic illnesses, frontliners who have illnesses or are high-risk, those with weak immune systems, and those who are working at retirement homes.

“We are prioritising them first and after that, we will open (booster shots) to other groups.”

He added that the ministry is obtaining information from the makers of the booster shots for the jabs to be registered with the National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

“The third doses need to have authorisation from the NPRA as it has only given permission for two doses to the likes of Pfizer-BioNTech and AZ (AstraZeneca) and Sinovac. So now, I have them to send information to the NPRA and I expect the approvals will be made in one or two weeks’ time.”

He added that the decision to allow mix-and-match vaccinations will be determined at a later time.

This comes after Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said today that the government has agreed to administer Covid-19 vaccination booster shots to select groups of individuals once the country achieves herd immunity among its adult population.

Meanwhile, Khairy said Kedah is a state placed under focus by the Health Ministry, which is aiming to raise the vaccination rate among its adult population.

He added that 17% of the adult population in Kedah have yet to receive their first dose, despite having excess supply of vaccines in the state.

“We want to get this done as soon as possible as we are targeting more than 90% of total vaccinations to have widespread protection.”
He said that the districts of Pendang and Baling are among those behind in vaccinations.

“This is why we need the cooperation of community leaders and district officers to identify those refusing vaccinations.

“There must also be enforcement of SOPs (standard operating procedures) in places, like at mosques, for example, to check if visitors are fully vaccinated. We have to ensure that we enforce all the SOPs and checks so we know who has not been vaccinated.”

Khairy also said 1,510 new oxygen cylinders have been allocated for Kedah, of which 800 will arrive next week, excluding the ones that have already been delivered.

“The ministry has also deployed additional workforce, such as medical officers and nurses, to Hospital Sultanah Bahiyah and Hospital Sultan Abdul Halim to help treat Covid-19 patients.”

The minister said the state Health Department is going to ensure better monitoring of those placed under home quarantine as there are many patients who are out in public despite being high-risk or infected.

He added that this week alone, MySejahtera recorded 523 check-ins of those who were supposed to be under quarantine, most of which were made at supermarkets.

However, the check-ins, he said, did not reflect the number of people breaking quarantine. – The Vibes, September 19, 2021


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906
#BHnasional 15 peratus daripada remaja di Sabah sudah disuntik sejak Khamis lalu
https://bit.ly/3CqC4wf

63,826 remaja Sabah sudah divaksin​


September 19, 2021 @ 8:52pm

1632058364337.png


KOTA KINABALU: Seramai 63,826 remaja berusia antara 12 sehingga 17 tahun di Sabah sudah menerima vaksin setakat hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata kumulatif penerima vaksin dicatatkan sebanyak 15 peratus dari hari pertama vaksin diberikan kepada remaja bermula Khamis lalu.

Beliau yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah berkata, 63,826 remaja atau 15 peratus yang divaksin itu adalah daripada 426,000 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di Sabah.

"Jumlah penduduk dewasa di Sabah yang menerima vaksin melebihi 70 peratus. Setakat semalam, penduduk yang menerima vaksin dos pertama, dos kedua dan vaksin Cansino berjumlah 51,013 orang menjadikan kumulatif sebanyak 2,059,354 atau 72.3 peratus daripada populasi dewasa yang sudah menerima vaksin.



"Manakala penduduk yang lengkap divaksin adalah seramai 1,560,178 atau 56.6 peratus daripada populasi dewasa," katanya dalam kenyataan media dikeluarkan, hari ini.
Sementara itu, Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 hari ini kekal empat angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 1,356 kes, menjadikan jumlah kumulatif 185,577 kes.

"Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu 14 kes di Sandakan, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Keningau, dua kes di Putatan dan Lahad Datu, manakala Kunak, Ranau, Tawau, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,912 menjadikan jumlah kumulatif 160,414 orang, manakala 4,106 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,408 orang di hospital, 2,589 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 100 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS), manakala sembilan orang di fasiliti swasta," katanya.

63826-remaja-sabah-sudah-divaksin
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,377
Reaction score
15,064
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

4j ·

KKM Tubuhkan CITF-A Kendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja - YB Khairy Jamaluddin

YB Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan hari ini mengumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) untuk menjalankan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).

CITF-A dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1.

Sebentar tadi, YB Khairy hadir ke program "Kick-Off) PICK Remaja yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) - SMK Putrajaya Presint 8(1).

Dalam sidang media, YB Khairy berkata PICK Remaja sudah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 September dan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September lepas.

"CITF telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan program berkenaan di kedua-dua negeri kerana liputan imunisasi COVID-19 dalam kalangan orang dewasa di kedua-dua negeri berkenaan telah mencapai 80 peratus.

"PICK Remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September lepas kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar," katanya.

YB Khairy menyatakan bahawa KKM mensasarkan supaya 60 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin pada bulan November ini dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Turut hadir pada program hari ini ialah YB Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YB Dato' Dr Haji Noor Azmi, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 juga memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada seorang remaja yang menerima suntikan pada hari ini.

1632124919212.png

1632124931143.png

1632124948163.png

1632124961445.png

1632124972711.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register