BTC USD 61,216.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksinasi Kebangsaan: Remaja Berumur 12-17 Tahun

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,371
Reaction score
15,064
Points
1,906
Katanya, mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun boleh diberikan vaksin kepada semua sama ada sihat atau mempunyai masalah kesihatan.

Remaja Berumur 12-17 Tahun Akan Divaksin Bermula September Depan – KP Kesihatan​



13/08/2021

1628828498060.png




PUTRAJAYA: Remaja berusia 12 hingga 17 tahun bakal menerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pertengahan September ini, jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun boleh diberikan vaksin kepada semua sama ada sihat atau mempunyai masalah kesihatan.

Ujar beliau lagi, bagaimanapun, pemberian vaksin kepada individu berusia 12 hingga 15 tahun hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Namun begitu, implementasi bergantung kepada bekalan vaksin,” katanya memetik pekeliling itu.

“Program imunisasi kepada kumpulan remaja itu akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas seperti di hospital-hospital dan institusi perubatan.” katanya melalui surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan.

Selain itu, lokasi yang dicadangkan ialah PPV di klinik kesihatan atau PPV yang telah dikenal pasti termasuk program-program jangkauan seperti imunisasi di sekolah.

Dalam pada itu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin dalam Twitternya memberitahu, perincian program imunisasi kepada kumpulan remaja itu akan diumumkan minggu depan.

 

Rusyainie Ramli

19m ·

Saya sertakan maklumat penting untuk mak ayah baca, faham dan hadam tentang vaksin COVID-19 untuk remaja dari umur 12 ke 17 tahun.
Pesanan saya begini. Pantau lah simptom-simptom yang mungkin dialami oleh anak setelah menerima vaksin.

Sekiranya, gejala tu semua membimbangkan, silakan ke hospital kerajaan terdekat dengan segera. Kita mesti pastikan adakah simptom yang dialami tu memang betul-betul AEFI atau mungkin juga penyakit akut lain yang kebetulan ada.

Boleh nak ke hospital swasta kalau poket tu tebal atau memang dalam polisi insurans ada meliputi rawatan untuk kesan sampingan vaksin. Kalau tak ada, pergi saja ke hospital kerajaan.

Mengadu domba di media sosial takkan selesaikan masalah anak kita tu. Malah, kita akan ditunggangi oleh puak antivaksin yang seperti piranha dalam mencari apa juga berita untuk perjuangan dangkal mereka.

Pihak perubatan tak pernah menafikan AEFI tu wujud. Memang ada pun. Sebelum menandatangani borang kebenaran untuk anak disuntik vaksin COVID-19, tanyakan segala soalan kepada doktor yang ada di PPV tu.

Informasi yang saya berikan di bawah boleh digunakan sebagai sebahagian maklumat sahih untuk mak ayah persiapkan diri dan anak untuk mengambil vaksin.

Sebagaimana mak ayah nak yang terbaik untuk anak mereka, sama lah juga dengan doktor-doktor yang ada ni. Kalau kami ni kerjanya nak menganiaya pesakit, takkan kami berada di sini.

Semoga bermanfaat ya. Vaksin COVID-19 adalah ikhtiar kita untuk hidup bersama wabak yang dah meragut hampir 2 tahun kehidupan kita sampai kan saya sendiri merasakan 41 tahun hidup saya sebelum ni adalah satu mimpi semata.

Kita berikhtiar sebaiknya dan semampunya. Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT.

1632892875732.png

1632892885863.png

1f489.png
Malaysia mulakan suntikan #vaksin #covid19 untuk remaja
1f489.png
Malaysia starts vaccinating teens against #covid19
[Infografik/Infographics]
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Khairy Jamaluddin Noor Hisham Abdullah JKJAV

1632133372175.png

1632133380931.png

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3m ·

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja Berumur 12-17 Tahun (PICK REMAJA) Dan Penubuhan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (COVID-19 Immunisation Task Force - Adolescent, CITF-A)

Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.

Sebagai langkah awal, Kementerian Kesihatan telah membangunkan portal pendaftaran institusi iaitu Portal Vaksin-Anak-Ku. Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal tersebut. Pada masa yang sama, ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disarankan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.

1631697157309.png

1631697165426.png

sebentar tadi

1631074955369.png

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,371
Reaction score
15,064
Points
1,906
"Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan."
#AWANInews #AWANI745 #MyVaksinCOVID19 #JomCucukVaksin

Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy​

Bernama
Ogos 13, 2021 12:28 MYT

1628829445259.png




Khairy berkata pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV. - Foto fail/Facebook/Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

Khairy berkata kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).


"Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling @DGHisham dan garis panduan klinikal terkini," kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter.


As per @DGHishams latest circular following revised recommendations to @JKJAVMY, PICK will start giving vaccinations to 12-17 year olds with the following priority order: 1) 12-17 w/ underlying medical conditions 2) 12-17 w/ no medical issues based on age de-escalation.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 13, 2021
-- BERNAMA

vaksin-covid19-suntikan-untuk-remaja-12-hingga-17-tahun-akan-dimulakan-khairy-313790
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,371
Reaction score
15,064
Points
1,906
Saya kena study lagi bab ni sbb saya bukan dari bidang child and adolescent. Tapi generally banyak journal support.

bukan apa, ada sesetengah ibubapa bimbang anak anak mereka diumur muda divaksinasi ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register