BTC USD 45,075.6 Gold USD 1,850.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vietnam lapor kematian pertama dikaitkan vaksin AstraZeneca

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

FDA AS kaji kesan sampingan vaksin COVID-19​

CHICAGO: Sekumpulan saintis kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengkaji kesan sampingan vaksin COVID-19 dan berusaha mengatasi masalah itu.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS, penyelidikan menjurus kepada mengenalpasti punca khusus yang mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin tertentu.

Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin COVID-19 yang sedang diteliti bagi kemungkinan menyebabkan kes darah beku di otak yang sangat jarang berlaku.

Kumpulan saintis itu kini sedang bekerja keras bagi menemui jalan yang boleh menjelaskan mengenai keadaan itu.

Menurut pegawai FDA AS sehingga kini, hipotesis utama mendapati vaksin itu mencetuskan tindak balas imun yang jarang berlaku, berkaitan dengan vektor virus berkenaan.


Namun, agensi AS akan menganalisis data daripada ujian klinikal membabitkan beberapa vaksin yang menggunakan vektor virus ini, termasuk vaksin Ebola J&J, bagi menemui petunjuk.


Minggu lalu di Eropah, pengawal selia kesihatan menyatakan wujud kemungkinan yang mengaitkan vaksin AstraZeneca Plc dengan 169 kes pembekuan darah di otak dikenali sebagai 'cerebral venous sinus thrombosis' (CVST).


Daripada 34 juta suntikan yang dilakukan di Kawasan Ekonomi Eropah, pesakit juga mengalami simptom jumlah platelet darah rendah.


Sebelum ini, tiada vaksin menggunakan vektor virus diberikan pada skala hampir dengan suntikan AstraZeneca dan J&J, yang mungkin menjelaskan potensi pembekuan darah hanya berlaku semasa program vaksinasi besar-besaran ini. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

COVID-19: Denmark hentikan penggunaan vaksin AstraZeneca​


COPENHAGEN: Denmark pada Selasa lalu mengumumkan keputusan untuk memberhentikan penggunaan vaksin AstraZeneca, sekali gus menjadi negara Eropah pertama berbuat demikian susulan kebimbangan kesan sampingan.

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengesyorkan supaya vaksin dihasilkan Universiti Oxford itu tetap digunakan dalam inokulasi, Pengarah Pihak Berkuasa Kesihatan Denmark, Soren Brostrom, bertekad untuk mengambil ketetapan berkenaan.

"Kempen vaksinasi Denmark akan diteruskan tanpa penggunaan vaksin AstraZeneca," katanya dalam sidang media.

Denmark adalah negara pertama di Eropah memutuskan untuk menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca secara sementara daripada pelan imunisasi selepas wujud laporan berhubung kesan sampingan, iaitu pembekuan darah dalam kalangan penerima.

Lebih 12 negara kemudian mengikuti langkah Denmark, namun kebanyakan daripadanya kembali menggunakan vaksin terbabit selepas EMA menegaskan mengenai manfaat pelalian itu dan mengesyorkan ia selamat serta berkesan.


Denmark bagaimanapun, bertegas dengan pendiriannya untuk menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca bagi memberi laluan siasatan yang dikendalikan pihak berkuasa kesihatan negara itu.


Di Denmark, dua kes trombosis atau pembekuan darah direkodkan dengan satu daripadanya dilaporkan meninggal dunia selepas pelan imunisasi menggunakan vaksin AstraZeneca diberikan kepada lebih 140,000 penerima.


Berdasarkan rekod semasa, hanya lapan peratus daripada keseluruhan 5.8 juta penduduk di negara itu sudah menerima suntikan pelalian COVID-19 sepenuhnya, manakala 17 peratus lagi sekadar memperoleh dos pertama.


Sejak menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca pada Mac lalu, Denmark meneruskan pelan imunisasi mereka bersandarkan bekalan Pfizer-BioNTech dan Moderna.


Keputusan untuk menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca dilihat merencatkan pelaksanaan pelan imunisasi Denmark, namun pihak berkuasa kesihatan negara itu menerusi kenyataan menaruh keyakinan kempen inokulasi masih mampu berjalan mengikut jadual.


Katanya, hal itu kerana Denmark masih mempunyai alternatif bekalan daripada pengeluar vaksin lain, malah situasi pandemik di negara berkenaan ketika ini berada dalam keadaan terkawal. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Pfizer pertahan harga mahal vaksin COVID-19​

PARIS: Pfizer berkata vaksin COVID-19 keluarannya yang didakwa antara yang termahal di pasaran sekarang, dijual kepada negara miskin pada harga kos.

Ketua Pengarah Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, mempertahankan vaksin syarikatnya itu terbukti berkesan menyelamatkan nyawa manusia dan menolong negara bangkit kembali daripada pandemik coronavirus itu.

"Vaksin adalah sangat mahal, namun kami menjualnya pada harga satu hidangan makanan dan ia membantu merancakkan semula ekonomi serta menghidupkan negara," katanya yang mengetuai syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan harga sebenar vaksin syarikatnya tetapi mengakui ia dijual pada harga lebih tinggi kepada EU atau AS berbanding negara membangun.

"Di negara berpendapatan pertengahan, kami jual pada separuh harga manakala di negara miskin termasuk Afrika, kita jual pada harga kos," katanya.


Namun, ramai pemantau meragui vaksin Pfizer diedarkan secara meluas di negara Afrika kerana ia perlu disimpan dalam peti sejuk di bawah 70 darjah Celcius.


Tambah Bourla, ketika ini syarikat berkenaan sedang mengadakan formula baharu untuk memastikan vaksin itu mampu disimpan untuk tempoh empat hingga enam bulan pada suhu yang normal.


Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama Les Echos di Perancis, Handelsblatt (Jerman), Corriere Della Sera (Itali) dan El Mundo (Sepanyol).


Berdasarkan data disebarkan beberapa bulan lalu oleh anggota kerajaan Belgium, vaksin dibangunkan bersama syarikat Jerman, BioNTech, Pfizer dan Moderna dijual pada harga tinggi kepada Kesatuan Eropah (EU).


Malah, Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov, juga memberi amaran pada awal minggu ini mengenai jurang harga yang besar ketika rundingan penambahan dua bilion dos vaksin pada masa hadapan.


"Pfizer berharga 12 euro (RM58) dan meningkat kepada 15 euro (RM74). Kontrak sudah ditandatangani... pada harga 19.50 euro (RM96)," katanya.


Harga vaksin itu mahal berbanding yang dihasilkan syarikat Britain-Sweden, AstraZeneca, yang menjamin tidak akan membuat keuntungan ketika pandemik dan hanya dijual kepada EU pada harga kurang 2 euro (RM10) seunit. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Afrika berdepan kesukaran dapatkan vaksin COVID-19​


ADDIS ABABA: Afrika kini berdepan kesulitan bagi memberi suntikan COVID-19 selepas beberapa negara dikesan mungkin kehabisan vaksin dan tidak diketahui bila stok akan diperoleh semula.

Ketika ini, pegawai kesihatan berharap sekurang-kurangnya dapat memberi pelalian kepada 20 peratus daripada lebih satu bilion penduduk di benua itu menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, banyak negara Afrika yang hanya bergantung kepada vaksin AstraZeneca buatan India dan diedarkan menerusi skim COVAC khuatir matlamat itu gagal dicapai.

Ini berikutan India pada bulan lalu mengumumkan mahu menghentikan seketika pembekalan vaksin itu kepada negara lain ketika dunia berdepan gelombang jangkitan baharu.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), Dr John Nkengasong, berkata mereka kini berdepan kesukaran apabila vaksin dihadkan dan memberi kesan terhadap program inokulasi.


Beliau turut mendedahkan, negara seperti Ghana berdepan pengurangan bekalan suntikan antara 70 hingga 80 peratus, yang sebelum ini dijanjikan menerusi inisiatif COVAX di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Meskipun Ghana mempunyai wang sekali pun, kita tidak tahu di mana untuk mendapatkan vaksin kerana bekalan amat terhad.


"Ini berita buruk bagi mereka yang sudah disuntik dos pertama kerana kami tidak boleh jangka bila akan memperoleh dos kedua," katanya yang memaklumkan AstraZeneca memerlukan suntikan dua dos vaksin.


Kata Nkengasong lagi, kesatuan 55 negara Afrika memerlukan 34.6 juta dos vaksin dan setakat ini sudah menyuntik 13.9 juta dos, yang mana 8.6 juta dos diedarkan di Maghribi saja.


Sementara itu, PBB memaklumkan lebih 13.6 juta dos suntikana sudah dilakukan di seluruh Afrika termasuk 12 juta dos vaksin AstraZeneca. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
Penerima vaksin Pfizer mungkin disuntik setiap tahun

WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla berkata dalam satu temu bual pada Khamis bahawa para penerima vaksin Covid-19 keluaran syarikat ubat-ubatan itu kemungkinan memerlukan suntikan ketiga dalam tempoh setahun.

Beliau juga menyatakan bahawa para penerima vaksin itu juga mungkin disuntik pada setiap tahun bagi membendung penularan pandemik tersebut.

"Kemungkinan terdapat keperluan untuk suntikan ketiga iaitu antara enam dan 12 bulan sebelum divaksinkan semula pada setiap tahun," tambahnya seperti dilaporkan AFP.

Setakat ini para penyelidik tidak mengetahui berapa lama perlindungan yang diberikan oleh vaksin Covid-19 ke atas manusia bagi menghalang jangkitan Covid-19.

Satu kajian pada awal bulan ini yang dikeluarkan oleh Pfizer menunjukkan suntikan vaksin keluarannya berkesan lebih 91 peratus bagi melindungi para penerimanya daripada dijangkiti pandemik tersebut.

Vaksin Pfizer-BioNTech dihasilkan dengan kerjasama antara syarikat ubat-ubatan dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Pfizer dengan firma ubat-ubatan Jerman, BioNTech.

Ia memainkan peranan penting dalam kempen vaksinasi di AS dan Eropah.

Pada Februari lalu, Pfizer mengumumkan akan menguji suntikan ketiga vaksin keluarannya sebagai usaha membendung jangkitan Covid-19. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a-vaksin-Pfizer-mungkin-disuntik-setiap-tahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Australia teruskan kajian semula vaksin COVID-19​

NEW SOUTH WALES: Menteri Kesihatan, Greg Hunt, hari ini berkata, Australia akan meneruskan kajian semula vaksin COVID-19 selepas kematian wanita berusia 48 tahun yang mungkin berkaitan dengan inokulasi.

Semalam, Australia melaporkan kematian pertama berkaitan pembekuan darah ke atas penerima suntikan vaksin AstraZeneca.

Ini adalah kes ketiga pembekuan darah yang jarang terjadi kepada orang yang telah diberikan vaksin di negara itu.

"Kerajaan akan meminta ATAGI (Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi) untuk memastikan kajian berterusan terhadap semua vaksin dari segi keselamatan dan keberkesanannya," kata Hunt melalui taklimat di televisyen.

Strategi di New South Wales sedang dikaji menjelang mesyuarat kabinet nasional pada Isnin ini, yang juga kemungkinan akan membentangkan mengenai suntikan AstraZeneca kepada orang yang berusia lebih daripada 50 tahun.


Kerajaan persekutuan menghadapi kritikan berterusan atas kelewatan dalam program inokulasi negara, dengan Perdana Menteri, Scott Morrison, minggu ini menolak untuk menetapkan tarikh sasaran baru bagi semua rakyat Australia untuk menerima suntikan pertama mereka.


Kira-kira 1.2 juta rakyat negara itu daripada keseluruhan populasi 25.8 juta sudah menerima dos pertama vaksin.


Pentadbiran Barang Terapi (TGA) awal minggu ini menyatakan, setakat ini terdapat sekurang-kurangnya 885,000 dos vaksin AstraZeneca yang diberikan di Australia, bersamaan kekerapan berlakunya pembekuan darah dalam setiap 295,000 kes.


Hunt juga berkata, keputusan sama ada akan mengutamakan atlet dan staf sokongan dalam pemberian vaksin COVID-19 bagi Olimpik Tokyo akan segera diambil pada minggu akan datang.


"Kami ingin melihat Olimpiad ke Olimpik dan kami ingin melihat mereka selamat," katanya.


Kerajaan NSW melaporkan, tiada ada kes baharu COVID-19 yang diperoleh secara tempatan dalam 24 jam, dan tujuh kes baharu adalah membabitkan mereka yang tiba ke negara itu, menjadikan jumlah jangkitan ialah 5,181 kes. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

9 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dos vaksin - KP Kesihatan​

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19 setelah menerima dua dos lengkap vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Tambahnya, 31 kes lagi yang juga melibatkan petugas kesihatan dikesan kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.

Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di akaun Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom yang teruk.

Jelas beliau, ini menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu masih boleh dijangkiti COVID-19.

Menurutnya, tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.

Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Thailand dalam proses tambah pemerolehan vaksin​

BANGKOK: Thailand kini dalam proses memperoleh lebih banyak vaksin COVID-19 selepas negara itu berdepan dengan gelombang ketiga penularan virus itu.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun, berkata pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat (AS) dan Russia selepas negara itu menyasar untuk menyuntik 50 peratus penduduknya pada akhir tahun ini.

"Kementerian Luar Thailand sedang dalam proses penyelarasan dengan pihak berkuasa Russia dalam usaha mendapatkan Sputnik V," katanya pada taklimat COVID-19 di sini, hari ini.

Sebanyak 605,259 dos vaksin Sinovac dan AstraZeneca diberikan di negara itu dengan sebahagian besar kepada petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi, sejak program vaksinasi bermula pada 28 Februari.

Sementara itu, pemangku Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) untuk bahaya kesihatan kecemasan dan kawalan penyakit, Dr Chawetsan Namwat, berkata Thailand akan memulakan vaksinasi besar-besarannya pada Jun.


Beliau berkata, vaksin AstraZeneca yang dihasilkan dalam negara dijangka tersedia pada Jun dengan enam juta dos ditetapkan untuk dilancarkan pada Jun diikuti dengan 10 juta dos lagi pada Julai.


Sementara itu, pengeluar biofarmaseutikal Thailand, Siam Bioscience Co Ltd, semalam menyatakan bahawa kemajuan pemindahan teknologi dan pengeluaran vaksin AstraZeneca mengikut jadual.


Dalam satu kenyataan, firma itu mengatakan sampel daripada kumpulan ujian sudah dihantar untuk ujian kualiti di makmal AstraZeneca yang ditetapkan di Eropah dan Amerika Syarikat.


"Hasil awal pengujian kualiti memenuhi standard global yang ditetapkan oleh AstraZeneca.


"AstraZeneca akan menyerahkan vaksin itu kepada kerajaan Thailand seperti yang dijadualkan pada Jun ini mengikut perjanjian pembelian dua hala antara AstraZeneca dan kerajaan Thailand, tanpa sebarang pembabitan Siam Bioscience dalam proses pemerolehan vaksin kerajaan," katanya. - BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register