BTC USD 45,132.3 Gold USD 1,852.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vietnam lapor kematian pertama dikaitkan vaksin AstraZeneca

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Bekalan vaksin tak cukup, Mumbai kena 'berkurung'​


MUMBAI: Kekurangan bekalan vaksin dan pertambahan kes jangkitan COVID-19 mengakibatkan penduduk di negeri Maharashtra dikenakan perintah sekatan setiap hujung minggu bermula setiap Sabtu.

Restoran dan perjumpaan melebihi lima orang dilarang setiap hujung minggu di negeri berkenaan dan ibu negerinya, Mumbai bagi mengekang penularan pandemik.

Susulan itu, 125 juta penduduknya dikenakan sekatan pergerakan sehingga akhir bulan ini dan mereka hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat dan mengembara.

Maharashtra menjadi antara negeri mencatatkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di India.

Negara itu menduduki tempat kedua tertinggi penduduknya dijangkiti virus sehingga mencecah lebih satu juta kes sejak akhir Mac lalu.


India sebelum ini banyak melonggarkan sekatan pergerakan kepada kepada penduduknya susulan penganjuran pelbagai festival perayaan, perhimpunan politik dan acara sukan kriket.


Sementara itu, pihak berkuasa bandaraya Mumbai menerusi ciapan Twitter mendakwa, bekalan vaksin di negeri itu tidak mencukupi kerana belum menerima stok tambahan vaksin daripada kerajaan pusat.


Bagaimanapun, kerajaan pusat mendakwa beberapa negeri yang diperintah pembangkang 'bermain politik' dalam isu ini, sekali gus menjadi punca bekalan vaksin tidak mencukupi di tempat mereka.


Berhubung isu ini, Institut Serum India (SIA) menjelaskan pengeluaran vaksin COVID-19 di negara itu kini berdepan tekanan yang tinggi. India turut menghentikan eksport vaksin keluarannya bulan lalu bagi memenuhi keperluan domestiknya. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

European drug regulators are undertaking review of rare blood clots in four people in the United States of America who have received Johnson & Johnson COVID-19 vaccine.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Hong Kong gantung tempahan vaksin AstraZeneca​

HONG KONG: Hong Kong semalam mengesahkan ia memohon kepada AstraZeneca untuk menangguhkan penghantaran vaksin AstraZeneca berikutan kebimbangan mengenai kesan sampingan dan keberkesanannya terhadap varian baru coronavirus.


Pengawal selia ubat-ubatan Eropah (EMA) minggu ini berkata, vaksin AstraZeneca boleh menyebabkan pembekuan darah yang sangat jarang terjadi pada beberapa penerima, sekali gus mendorong beberapa negara menghentikan pemberiannya kepada orang dalam kelompok usia tertentu.


Sebaliknya Britain enggan terpengaruh dengan situasi itu dan menyatakan bahawa kesan sampingan yang berpotensi itu sangat jarang berlaku dan risiko jatuh sakit teruk akibat COVID-19 jauh lebih besar.


Semalam, Ketua Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan, berkata bandar itu telah meminta AstraZeneca untuk tidak menghantar vaksin seperti yang dirancang akhir tahun ini.

"Kami rasa tidak perlu bagi AstraZeneca untuk menghantar vaksin kepada kami dalam tahun ini," katanya sambil menambah, Hong Kong ingin mengelakkan sebarang pembaziran berikutan kekurangan bekalan vaksin di seluruh dunia.


Hong Kong yang kaya telah memperoleh bekalan vaksin yang baik untuk 7.5 juta penduduknya dengan menandatangani perjanjian dengan BioNTech/Pfizer dan Sinovac China, yang sudah memulakan penghantarannya.


Chan berkata, Hong Kong juga ingin melihat vaksin lain yang mungkin mempunyai hasil lebih kuat terhadap rantaian coronavirus baharu.


Awal minggu ini Pakar Kesihatan Awam terkemuka dan penasihat kerajaan, David Hui, meminta Hong Kong untuk menggantikan AstraZeneca dengan vaksin dos tunggal baharu yang dihasilkan oleh Johnson dan Johnson.


Hong Kong dengan kepadatan penduduk yang tinggi, antara yang terawal dijangkiti coronavirus, tetapi peraturan penjarakan fizikal yang ketat dan pemakaian pelitup muka membantu mengelak jangkitan apabila hanya mencatatkan lebih 11,000 kes dengan 205 kematian.


Meskipun persediaan vaksinnya stabil, program vaksinasinya perlahan berikutan ketidakpercayaan terhadap kerajaan apabila Beijing membanteras penyokong demokrasi.


Sehingga kini, hanya 529,000 orang yang mendapat dos pertama dan keyakinan masyarakat juga terhalang oleh pesanan kerajaan.


Sinovac China mendapat kelulusan pantas walaupun tidak menerbitkan data percubaan klinikalnya dalam jurnal yang dikaji oleh penyelidik lain.


Pentadbiran vaksin BioNTech juga ditangguhkan sebentar selepas beberapa botol didapati rosak walaupun pihak berkuasa menyatakan bahawa mana-mana botol yang rosak dibuang sebelum digunakan dalam vaksinasi. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

India has become the world's fastest nation to vaccinate nearly 100 million people against COVID-19. The country has achieved this milestone in just 85 days.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

The World Health Organization has slammed what it calls the 'shocking imbalance' in the distribution of vaccines in rich and poor countries. The WHO's target to have started vaccinations in every country by Saturday - the 100th day of 2021 - has been missed. More than two dozen nations have yet to start inoculations. Natasha Hussain reports.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dikaji susulan pembekuan darah​


BRUSSELS: Pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) memulakan kajian semula untuk menilai kes pembekuan darah terhadap individu yang menerima suntikan vaksin Johnson & Johnson (J&J) COVID-19.

Agensi Ubat Eropah (EMA) kelmarin berkata, empat kes serius pembekuan darah disertai dengan platelet darah rendah di mana salah satunya membawa maut, dikesan selepas imunisasi J&J.

Langkah itu menjadikan pengawasan pengawal selia kini terarah kepada vaksin itu, selepas vaksin AstraZeneca berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kes pembekuan darah yang jarang terjadi.

Syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel berkata, J&J bekerjasama dengan pengawal selia untuk menilai data mengenai pembekuan darah yang jarang terjadi, dan pada masa ini belum ada hubungan yang jelas dengan vaksin terbabit.

Salah satu kes vaksin J&J berlaku ketika ujian klinikal. Ketika itu, syarikat terbabit berkata, tidak menemukan bukti bahawa vaksin adalah penyebabnya.

Tiga kes lain berlaku di Amerika Syarikat (AS) di mana suntikan sudah diberikan kepada hampir lima juta orang.

Walaupun vaksin J&J sudah diluluskan di EU, pelaksanaannya dijangka hanya akan bermula akhir bulan ini.

Namun, EU bergantung kepada vaksin dengan sekali suntikan untuk meningkatkan daya imunisasi ketika beberapa negara menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca, yang memerlukan dua dos.

Sementara itu, pengawal selia EU berkata, ia belum memiliki bukti mencukupi untuk meluluskan vaksin Sputnik V dari Russia.

Seperti suntikan J&J dan AstraZeneca, Sputnik menggunakan Adenovirus, iaitu penyebab beberapa selesema biasa untuk menyampaikan antigen COVID-19 dan menghasilkan tindak balas imun.

Penganalisis Bloomberg Intelligence, Dr Sam Fazeli, berkata teknologi Adenovirus seperti yang digunakan oleh AstraZeneca dan lain-lain dikaitkan dengan pembekuan darah.

Justeru katanya, jika ia adalah penyebab kesan sampingan yang jarang berlaku, suntikan vaksin J&J, Sputnik dan pengeluar vaksin China, CanSino Biologics juga adalah berisiko.

Ketua Analitik EMA, Dr Peter Arlett, 7 April lalu berkata jumlah kes pembekuan darah ke atas individu yang mengambil suntikan vaksin J&J masih kecil setakat ini, berbanding dengan jumlah yang mendapat vaksin di seluruh dunia.

Dr Arlett berkata, pada peringkat ini tiga kes pembekuan darah dikesan, sementara kira-kira 4.5 juta orang telah menerima suntikan vaksin J&J. - BLOOMBERG
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

There has been a second confirmed case of the rare blood clotting disorder connected with the AstraZeneca vaccine.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Johnson & Johnson's one-dose vaccine will not be part of Australia's vaccine rollout, at least for now, after the federal government confirmed it would not purchase any doses from the company.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

AS tangguh sementara suntikan vaksin J&J​


WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam mengesyorkan pemberian suntikan vaksin Johnson & Johnson (J&J) ditangguhkan sementara susulan kebimbangan akan kesan darah beku.

Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal berkenaan turut mengumumkan bahawa pihaknya akan menangguhkan pengedaran bekalan vaksin terbabit ke negara Eropah, sekali gus bakal merencatkan kempen imunisasi global bagi memerangi pandemik COVID-19.

Pihak berkuasa memaklumkan daripada hampir tujuh juta rakyat AS yang menerima suntikan vaksin dos tunggal itu, setakat ini, enam wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun mengalami jenis darah beku jarang berlaku di otak, selain kandungan platelet rendah.

Seorang daripada mereka kemudian dilaporkan meninggal dunia, manakala seorang lagi sedang berada dalam keadaan kritikal.

Saintis Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Peter Marks, berkata kesan sampingan sedemikian berkemungkinan dicetuskan oleh tindak balas sistem pertahanan badan yang jarang berlaku terhadap suntikan vaksin berkenaan, sebagaimana dialami beberapa ratus penerima suntikan vaksin AstraZeneca di Eropah.


Kedua-dua vaksin terbabit dihasilkan melalui teknologi vektor adenovirus.


"Kami sudah membuat keputusan untuk bertindak proaktif dengan menangguhkan pengedaran vaksin kami di Eropah," menurut J&J.


Perkembangan itu sekali gus bakal memberi tamparan hebat kepada benua berkenaan yang telah melepasi angka sejuta kematian akibat COVID-19.


Sebelum ini, Kesatuan Eropah memeterai perjanjian untuk memperoleh bekalan 200 juta dos vaksin J&J dan sedang meneliti keperluan untuk menambah jumlah sama pada masa akan datang.


Pihak berkuasa AS kini menjalankan siasatan yang berkemungkinan bakal menyaksikan keperluan untuk membuat keputusan kawal selia yang amat sukar, termasuk melarang pemberian suntikan J&J kepada golongan lebih berusia.


Individu menerima suntikan vaksin J&J dalam tempoh tiga minggu lalu, sudah diminta melaporkan kepada doktor jika mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit perut, sakit kaki atau kesukaran bernafas.


Bagaimanapun, Rumah Putih menyuarakan keyakinan bahawa pelan imunisasi AS tidak akan berdepan 'kesan signifikan', berikutan hampir separuh daripada seluruh golongan dewasa di negara itu sudah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.


Dalam pada itu, Pfizer memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar bekalan 300 juta dos vaksin menjelang pertengahan Julai depan, iaitu dua minggu lebih awal daripada jadual sebenar.


Moderna pula dilaporkan berkata, pihaknya mampu menepati jadual penghantaran bekalan 300 juta dos menjelang penghujung Julai depan.


Sementara itu, Afrika Selatan menyusuli langkah AS dengan menggantung sementara pemberian suntikan vaksin J&J, meskipun negara berkenaan hanya menggunakan vaksin terbabit dalam kempen imunisasinya, setakat ini.


Bagaimanapun, Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) memaklumkan, pihaknya masih meneruskan siasatan tersendiri berhubung perkara itu.


Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula memberitahu pemberita bahawa negara itu masih menunggu penghantaran pertama bekalan vaksin berkenaan menjelang akhir bulan ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Keberkesanan vaksin Moderna turun sedikit kepada 90 peratus​

WASHINGTON: Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna, mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 keluarannya memiliki kadar keberkesanan 90 peratus bagi menangani sebarang bentuk jangkitan wabak itu.

Vaksin Moderna juga didapati merekodkan kadar keberkesanan 95 peratus dalam membendung jangkitan teruk.

Keputusan baharu itu diperoleh hasil ujian klinikal Fasa Ketiga membabitkan lebih 30,000 individu di seluruh AS.

Namun, angka keberkesanan utama vaksin itu dilihat sedikit merosot berbanding kadar 94.1 peratus yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England pada Disember lalu.

Angka terbaru itu dinilai berdasarkan 900 kes COVID-19 diambil kira dalam kajian setakat 9 April lalu, manakala kadar keberkesanan terdahulu membabitkan 185 kes.


Kenyataan media dikeluarkan syarikat itu tidak menyatakan sebarang perincian mengenai punca kemerosotan kadar keberkesanan vaksin Moderna.


Bagaimanapun, satu kemungkinan puncanya ialah kemunculan varian baharu COVID-19 yang dikhuatiri tidak dapat ditangani melalui pembentukan antibodi dalam kalangan penerima suntikan vaksin berkenaan.


Ketika ini, Moderna sedang merintis usaha ke arah penghasilan suntikan penggalak membabitkan dua varian khusus, malah kajian menggunakan tikus makmal menunjukkan wujud peningkatan tindak balas imun.


Hasil kajian saintifik berkenaan dimuat naik dalam talian dan kini menanti penelitian susulan pakar.


Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata data praklinikal baharu berhubung calon vaksin khusus yang dibangunkan syarikat berkenaan, memberi keyakinan dari segi keupayaan membendung penularan COVID-19 membabitkan kemunculan varian baharu.


Menurut syarikat itu lagi, setakat 12 April lalu, Moderna sudah mengedarkan 132 juta dos vaksinnya ke seluruh dunia, termasuk kira-kira 117 juta dos untuk AS.


Berdasarkan prestasi semasa, Moderna menjelaskan syarikat itu berupaya menepati jadual pengeluaran kedua membabitkan 100 juta dos menjelang akhir Mei depan dan diikuti 100 juta dos lagi, dua bulan kemudian.


Ujian klinikal Moderna terhadap individu berusia 12 hingga 17 tahun kini berjalan sepenuhnya dengan 3,000 peserta dalam kalangan warga AS.


Ujian pediatrik bagi kanak-kanak berumur enam bulan hingga 11 tahun pula sedang mendaftarkan 6,750 peserta di AS dan China. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register