BTC USD 46,079.3 Gold USD 1,846.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vietnam lapor kematian pertama dikaitkan vaksin AstraZeneca

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Tiada pembekuan darah akibat vaksin AstraZeneca - EMA​

THE HAGUE: Tiada faktor risiko khusus termasuk usia yang dikenal pasti untuk pembekuan darah dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca, yang mungkin berpunca dari tindak balas imun, kata pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) hari ini.

"Faktor risiko tertentu seperti usia, jantina atau sejarah perubatan belum dapat disahkan, kerana kejadian yang jarang berlaku dapat dilihat di semua peringkat usia," kata ketua Agensi Ubatan Eropah (EMA), Emer Cooke pada sidang akhbar.

"Penjelasan yang masuk akal untuk kesan sampingan yang jarang berlaku ini ialah tindak balas imun terhadap vaksin." - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Singapura kaji imuniti penerima vaksin COVID-19​

SINGAPURA: Saintis di republik ini akan mengkaji kesan antibodi pada individu yang sudah disuntik vaksin COVID-19, bermula bulan depan.

Kajian merangkumi bagaimana bagaimana sel T, sebuah komponen kritikal dalam sistem imun, bertindak balas melawan jangkitan coronavirus dalam individu yang sudah divaksin.

Sel T adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk membasmi virus Sars-CoV-2 itu, yang menyebabkan COVID-19.

Firma bioteknologi tempatan, ImmunoScape, sedang bekerjasama dengan dua syarikat vaksin untuk merekrut lebih 70 individu yang divaksin untuk kajiannya di sini.

Menurut akhbar tempatan, salah satu syarikat itu adalah Arcturus Therapeutics, syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS).


Mereka bekerjasama dengan saintis Sekolah Perubatan Duke-NUS untuk membangunkan vaksin COVID-19 buatan Singapura manakala sebuah lagi syarikat berpusat di Eropah.


Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi ImmunoScape, Dr Alessandra Nardin, berkata maklumat daripada kajian akan membantu mereka melengkapi data mengenai tindak balas antibodi.


"Ini seterusnya membantu kami memahami sama ada tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksin mungkin berkesan terhadap varian baru," katanya.


ImmunoScape ingin mendapatkan sekitar 250 sampel darah daripada individu yang sudah divaksin, dengan setiap orang memberikan sampel sebelum dan selepas menerima vaksin.


Sampel juga akan diambil secara berkala selepas individu itu divaksin termasuk daripada individu di dalam dan luar negara.


Jumlah sel T yang dihasilkan sebagai tindak balas terhadap vaksin itu dan berapa lama ia kekal di dalam badan akan dipantau dari masa ke semasa. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Menyamar warga tua untuk dapatkan vaksin COVID-19​

MEXICO CITY: Dua lelaki Mexico berusia 30-an berjaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan menyamar sebagai warga tua tetapi kemudian berjaya dikesan kakitangan pusat suntikan.

Menurut pejabat datuk bandar, mereka menyapu pewarna putih pada rambut dan kening serta memakai pelindung muka sebelum mengunjungi pusat vaksinasi bagi mereka berusia lebih 60 tahun

Mereka juga mengemukakan dokumen pengenalan palsu dan menerima suntikan tetapi muslihat mereka terbongkar apabila terpaksa bercakap dengan kakitangan pusat perubatan itu.

Portal berita UNOTV memetik kenyataan kakitangan awam di Mexico City, Cristina Cruz, yang berkata rakan sekerjanya mendapati mereka tidak bersuara seperti orang tua.

Tambah beliau, individu yang menyamar itu boleh dituduh kerana mencuri identiti orang lain.


Negara dengan 126 juta penduduk itu berada di tempat ketiga di dunia dari segi jangkitan COVID-19 dan sudah melakukan sintikan hampir 10 juta dos vaksin kepada pekerja kesihatan dan warga tua. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

COVID-19: Pekerja seks 'tuntut' vaksin​


RIO DE JANEIRO: Pekerja seks di bandar Belo Horizonte di selatan Brazil menyertai mogok selama seminggu bagi menuntut mereka dimasukkan dalam kategori petugas barisan hadapan untuk keutamaan menerima vaksin COVID-19.


Ribuan pekerja seks di bandar itu yang terjejas akibat penutupan hotel kini terpaksa mencari pelanggan di jalanan.


"Kami barisan hadapan, menggerakkan ekonomi dan kami terdedah kepada risiko.


"Kami perlu menerima suntikan vaksin," kata Cida Vieira, presiden kepada persatuan pekerja seks di negeri Minas Gerais.

Kerajaan mengutamakan petugas kesihatan, guru, warga emas, orang asli dan individu yang mempunyai masalah kesihatan untuk menerima suntikan vaksin.


Negara itu menyasarkan untuk memberi vaksin kepada individu dalam kumpulan terbabit, atau kira-kira 77 juta orang pada separuh pertama 2021.


Bagaimanapun, pakar memberi amaran usaha berkenaan akan berlanjutan sehingga September kerana kekurangan bekalan vaksin.


Setakat ini, Brazil merekodkan 332,000 kematian akibat COVID-19, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat. - AFP
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,638
Reaction score
269
Points
51

Vaksin AstraZeneca: Malaysia tunggu laporan EMA


vaksinkobid2_1617835776.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia akan memutuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selepas menerima hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Menteri Penyelaras program imunisasi itu, Khairy Jamaluddin, berkata laporan oleh agensi Kesatuan Eropah (EU) itu akan menentukan sama ada penggunaan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah (thrombosis).

"Kami akan menentukan sama ada untuk meneruskannya atau kami meneruskannya (tetapi) dengan berhati-hati," katanya pada webinar Penjagaan Kesihatan ASEAN 2021 secara maya anjuran CARI ASEAN Research and Advocacy dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN hari ini.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk membuat keputusan memandangkan vaksin AstraZeneca datang dari kemudahan COVAX hanya pada bulan hadapan.

kj_ema_1617835773.jpg

Beliau berkata, isu penggunaan vaksin AstraZeneca turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), semalam.

Menurut catatan twitter EMA, taklimat media mengenai kesimpulan oleh Jawatankuasa Keselamatan EMA berhubung kajian semula kaitan Astra Zeneca dengan darah beku dijadualkan jam 4 petang Waktu Eropah Tengah (CET) hari ini atau jam 10 malam waktu Malaysia.

Dalam pada itu, Khairy berkata, 80 peratus vaksin dibekalkan ke Malaysia sudah diberikan kepada rakyat dan usaha perlu dipertingkatkan pada Jun ini, jika negara mahu mencapai sasaran imunisasi 80 peratus rakyat Malaysia menjelang Disember ini.

Ditanya sama ada pengamal media dianggap sebagai barisan hadapan dalam program vaksinasi, katanya, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai itu tidak lama lagi dengan beberapa slot ditawarkan bagi setiap organisasi media.

"Kami menerima rayuan daripada orang ramai untuk dikategorikan sebagai anggota barisan hadapan dan kami sudah meluluskan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan media juga akan disenaraikan," katanya.


== berita harian
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Malaysia sumbang 50,000 vaksin kepada Bosnia Herzegovina​

ALOR GAJAH: Malaysia akan menyumbangkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia Herzegovina berikutan kesukaran negara itu mendapatkan bekalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof, berkata sumbangan itu dibuat atas dasar perikemanusiaan dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia tidak akan menjejaskan Program Imunisasi COVID-19-19 Kebangsaan kerana negara memiliki bekalan vaksin mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Katanya, perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan Kementerian Luar akan mengambil tindakan selanjutnya bagi merealisasikan sumbangan itu.

"Ada negara dapat (vaksin) dan ada negara tidak dapat dan negara itu merayu kepada kita supaya memberikan sumbangan untuk membantunya.


"Kita beri kerana kita mengimbangi antara nyawa dengan kehidupan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat isu semasa Pengurusan COVID-19 dan Proklamasi Darurat anjuran Jabatan Penerangan, di Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohd Rizal Hashim.


Mohd Redzuan berkata, selain Bosnia dan Herzegovina, Malaysia turut menerima permintaan dari negara Eropah Timur yang sukar mendapatkan bekalan vaksin.


Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan jenis vaksin yang bakal disumbangkan itu.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan berkata, ada cadangan supaya siling pinjaman luar negara dinaikkan kepada RM45 bilion berbanding siling semasa RM35 bilion.


"Kalau perlu kita meminjam dari luar negara, kita cadangkan siling itu dinaikkan kepada RM45 bilion," katanya.


Bagaimanapun, cadangan kenaikan siling itu masih tidak melebihi 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kadar yang dibenarkan untuk membuat pinjaman seumpama itu, katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Penghantaran separuh vaksin AstraZeneca ke EU terlewat​

LONDON: Separuh daripada jumlah penghantaran vaksin COVID-19 daripada AstraZeneca ke Kesatuan Eropah (EU) ditunda minggu ini.

Jurucakap syarikat itu berkata, kelewatan itu disebabkan satu daripada dua kelompok vaksin terbabit memerlukan ujian lanjut.

Bagaimanapun katanya, syarikat sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Eropah (EC) dan negara anggota yang vaksin itu akan dihantar secepat mungkin."

"Penghantaran mingguan biasanya bergantung kepada beberapa faktor operasi seperti pengedaran atau penyelesaian kualiti dan ujian keselamatan," katanya.

Tambahnya, syarikat kekal dengan sasaran untuk memenuhi pelan penghantaran bagi suku kedua tahun ini.


Hubungan antara syarikat farmaseutikal terbabit dengan EU berhubung vaksin COVID-19 sering kali berdepan tempoh sukar.


Pihak berkuasa perubatan EU semalam memaklumkan agensi itu sedang menyiasat kesan kesihatan dikaitkan dengan vaksin berkenaan.


Sebanyak lima kes jarang berlaku dilaporkan membabitkan masalah saluran darah kecil bocor, bengkak dan tekanan darah rendah selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca.


Agensi Perubatan Eropah (EMA) sebelum ini mengeluarkan kenyataan kejadian darah beku dari suntikan AstraZeneca disenaraikan sebagai kesan sampingan jarang berlaku. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Mahkamah Hak Asasi Eropah sokong vaksinasi wajib​


STRASBOURG, PERANCIS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan kerajaan demokratik boleh mewajibkan vaksinasi, sekali gus menolak aduan sebuah keluarga Czech yang dihukum kerana enggan anak mereka divaksinasi.

Ini adalah kali pertama ECHR memberikan penilaian tentang vaksinasi wajib terhadap penyakit kanak-kanak sejak ditubuhkan pada 1959.

Pakar mengatakan bahawa keputusan itu boleh memberi implikasi terhadap dasar vaksinasi COVID-19 walaupun beberapa kes penyakit di Czech dilaporkan antara 2013 hingga 2015 sebelum pandemik selain keprihatinan vaksin terhadap kanak-kanak.

"Langkah itu boleh dianggap sebagai perlu dalam masyarakat demokratik dan memutuskan bahawa dasar kesihatan Czech sesuai demi kepentingan kanak-kanak.

"Tujuannya supaya setiap anak dilindungi daripada penyakit serius melalui vaksinasi atau berdasarkan imuniti kumpulan," menurut ECHR.


Keputusan berkenaan dilihat tidak melanggar Artikel 8 mengenai hak untuk menghormati kehidupan peribadi pada Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah, malah ia sesuai demi melindungi kesihatan penduduk.


Sementara itu, pakar mengatakan tindakan keluarga Czech itu disifatkan sebagai antivaksin yang menentang vaksinasi ketika dunia berdepan pandemik COVID-19 yang masih belum tamat.


Di Republik Czech, terdapat vaksinasi wajib ke atas kanak-kanak merangkumi sembilan penyakit termasuk difteria, tetanus, batuk teruk, hepatitis B dan campak. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Johnson & Johnson is in talks with India’s government to begin a clinical trial of its single-dose COVID-19 vaccine in the country.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601

Tiada kaitan insiden darah beku dengan suntikan vaksin J&J - FDA​


WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat mendakwa tidak menemui kaitan di antara suntikan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) dengan kejadian darah beku.

FDA berkata, walaupun pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) mengesan simptom berkenaan, pada masa ini pihaknya masih menyiasat dan membuat penilaian terhadap vaksin berkenaan serta kes darah beku yang dilaporkan.

"Buat masa ini, kami tidak menemui kaitan suntikan itu dengan insiden darah beku. Siasatan dan penilaian masih dilakukan berhubung laporan mengenainya," kata FDA dalam kenyataan, semalam.

Agensi Perubatan Eropah (EMA) dalam kenyataan sebelum ini berkata, sebanyak empat kes, termasuk satu kematian akibat darah beku dengan platelet darah rendah dilaporkan berlaku selepas menerima suntikan vaksin J&J di benua berkenaan.

FDA mengakui pihaknya juga sedar dengan insiden beberapa individu di AS menghadapi masalah darah beku dan platlet darah rendah selepas menerima suntikan vaksin J&J.


"Kesan sampingan dialami individu terbabit juga berpunca daripada banyak sebab. Kami akan mendedahkan hasil kajian apabila menerima petunjuknya," kata FDA. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register