BTC USD 62,978.4 Gold USD 1,753.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vaksin AstraZeneca tidak disyorkan untuk 55 ke bawah di Kanada

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,808
Reaction score
1,616
Points
201
Capitalis bukan je effect marhain.. sampai kerajaan nye dana pon kene sauk
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19 Pfizer vaccine overdose given to two patients at Brisbane aged care home | ABC News

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Ghana's capital Accra becomes the first to get official Made in India vaccine doses under the WHO program. Tedros Adhanom, director-general of the World Health Organization has also urged rich countries to not hoard vaccines.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Lebih 1.3 juta rakyat Indonesia terima suntikan vaksin COVID-19

JAKARTA: Seramai 1,363,138 warga Indonesia menerima suntikan vaksin COVID-19, manakala 825,650 orang lagi menerima dos kedua sehingga semalam, menurut Kementerian Kesihatan.

Jumlah penerima vaksin meningkat seramai 93,233 orang berbanding kelmarin, manakala jumlah penerima dos kedua meningkat seramai 35,684 orang.

Penerima vaksin merangkumi pekerja penjagaan kesihatan yang menjadi kumpulan utama di bawah program vaksinasi fasa pertama dan pegawai perkhidmatan awam yang menerima suntikan vaksin di bawah fasa dua program.

Menurut portal berita antaranews.com, seramai 1,468,764 kakitangan penjagaan kesihatan seluruh negara dijangka menerima suntikan vaksin dalam program vaksinasi fasa pertama.

Kerajaan menetapkan sasaran program inokulasi membabitkan 181,554,464 orang atau 70 peratus daripada populasi Indonesia dalam usaha membentuk imuniti kelompok menentang COVID-19.

Program vaksinasi fasa kedua dilancarkan 17 Februari lalu dengan inokulasi di pasar tekstil di Tanah Abang, Jakarta.

Selepas ini, program vaksinasi menyasarkan kumpulan penjawat awam termasuk anggota polis dan tentera serta wartawan.

Kerajaan merancang mengadakan program vaksinasi besar-besaran untuk wartawan dan kakitangan media di Basket Hall, Stadium Sukan Bung Karno di Jakarta selama tiga hari bermula hari ini. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Penerima dua dos vaksin Pfizer tunjuk antibodi tinggi

LONDON: Kumpulan penyelidik memaklumkan penerima vaksin COVID-19 Pfizer di England yang sudah menerima dua dos suntikan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat, sekali gus memberi keyakinan amat tinggi terhadap keberkesanan vaksin itu.

Kajian Imperial College London menunjukkan 87.9 peratus individu berusia lebih 80 tahun diuji positif antibodi selepas menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Jumlah itu meningkat kepada 95.5 peratus bagi penerima vaksin berusia di bawah 60 tahun, dan 100 peratus bagi mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Tahap antibodi adalah sebahagian daripada imuniti, di samping vaksin itu juga dikesan turut menghasilkan perlindungan sel T yang kuat.

"Walaupun terdapat penurunan kadar positif dengan pertambahan usia, kita mendapat maklum balas yang bagus untuk dua dos vaksin bagi semua lapisan umur," kata Pengerusi Fakulti Epidemiologi dan Perubatan Kesihatan Awam Imperial College London, Paul Elliott, kepada wartawan.

Kajian itu turut menunjukkan 95 peratus penerima vaksin berusia di bawah 30 tahun didapati positif antibodi 21 hari selepas dos pertama, namun kadar itu menurun dalam kalangan penerima lebih berusia.

Selain itu, 34.7 peratus daripada penerima vaksin berusia 80 tahun ke atas menunjukkan tindak balas antibodi daripada satu dos vaksin Pfizer.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi Britain (JCVI) sebelum ini mendapati perlindungan yang tinggi daripada satu dos vaksin Pfizer, walaupun kadar antibodi adalah rendah.

Kajian pemantauan di rumah bagi antibodi COVID-19 oleh Imperial College London itu membabitkan 154,000 peserta, dengan memantau tahap antibodi daripada jangkitan semula jadi serta dalam kalangan penerima vaksin, antara 26 Januari hingga 8 Februari lalu.

Kajian sama turut meneliti keyakinan terhadap vaksin berkenaan, yang mendapati 92 peratus menerima atau merancang untuk menerima tawaran vaksin, namun kadar itu menurun kepada 72.5 peratus dalam kalangan individu kulit hitam. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Ghana receives first COVID vaccine through UN-backed COVAX scheme
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Pfizer has become a terror. The US pharma company is reportedly asking for military bases and sovereign assets as guarantee for vaccines. WION's Palki Sharma has the details.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Experts say Beijing and New Delhi are sending millions of doses of COVID-19 vaccinations abroad in the hopes of shoring up their international reputations and securing some political goodwill in return
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Vaksin Pfizer boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal - FDA

WASHINGTON: Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer yang dibekukan, boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal untuk tempoh menjangkau dua minggu, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia sekali gus menyuntik kelonggaran berbanding sebelum ini yang memerlukan vaksin terbabit disimpan pada suhu ultra rendah antara -80 hingga -60 darjah Celsius.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biologi FDA, Peter Marks, berkata langkah itu dapat membantu mempermudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan vaksin berkenaan.

"Suhu alternatif bagi pengangkutan dan penyimpanan itu akan membantu mengurangkan beban membeli peralatan simpanan dengan suhu ultra rendah di lapangan vaksinasi, selain membolehkan vaksin berkenaan dihantar ke lebih banyak tempat," katanya.

Susulan itu, FDA memaklumkan, pihaknya akan mengemas kini lampiran fakta kepada penyedia penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Peti beku farmaseutikal dalam pasaran ketika ini lazimnya beroperasi pada suhu sekitar -20 darjah Celsius.

Langkah kelonggaran itu menyusul selepas syarikat farmaseutikal berpangkalan di AS itu mengemukakan permohonan berdasarkan penyelidikannya terhadap aspek kestabilan vaksin berkenaan ketika berada bawah suhu lebih panas.

Vaksin itu dihasil menggunakan teknologi baharu dan sebaik saja nyahbeku, boleh disimpan pada suhu peti sejuk antara 2 hingga 8 darjah Celsius hingga lima hari.

Selain itu, ia boleh disimpan pada suhu bilik bagi tempoh tidak melebihi dua jam. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register