BTC USD 63,011.3 Gold USD 1,745.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vaksin AstraZeneca tidak disyorkan untuk 55 ke bawah di Kanada

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

The number of people with severe allergic reactions exceeded normal levels after a California clinic vaccinated local residents with a batch of Moderna's COVID-19 vaccine, reported the Los Angeles Times on Monday.

California health officials have asked the state's medical services to suspend vaccination from this particular batch of vaccines.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

India to export COVID-19 vaccines to its neighbours, Bhutan to get it free
 

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,001
Reaction score
620
Points
71
Kemboja bakal terima sejuta dos vaksin COVID-19 didermakan China

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, semalam mengumumkan China akan menderma sejuta dos vaksin COVID-19 dihasilkan firma Sinovac, kepada negara ini.

Kemboja memang sekian lama dikenali sebagai sekutu setia Beijing, malah telah menerima pinjaman dan pelaburan berbilion dolar daripada China.

Walaupun banyak negara melarang kemasukan pengembara China ketika awal pandemik itu, Hun Sen enggan mengambil tindakan sama, sebaliknya berlepas ke Beijing untuk bertemu pemimpin negara itu, Xi Jinping, sebagai tanda solidariti.

"Rakan (kepada Kemboja), China akan membantu kita dengan sejuta dos.

"Bagi mencegah negara ini dan rakyat daripada terjejas dengan virus itu, kita perlu menggunakan vaksin yang sudahpun digunakan oleh pemimpin China serta jutaan orang. Kita tidak boleh menunggu lebih lama lagi," kata Hun Sen.

Beliau berkata demikian dalam satu pesanan audio melalui Facebook rasminya, sambil memaklumkan bahawa vaksin itu akan diberikan kepada 500,000 penduduk.

Katanya, golongan pertama yang akan menerima suntikan terbabit meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, guru, tentera, pengawal peribadi Perdana Menteri serta pegawai Raja.

Setakat ini, Kemboja hanya mencatat 436 kes COVID-19, namun pakar berpendapat jumlah rendah itu berkemungkinan disebabkan ujian saringan yang kurang dijalankan.

Beijing turut menawarkan untuk membantu negara lain di rantau ini di mana Menteri Luar China, Wang Yi dilapor menjanjikan pembekalan 300,000 dos vaksin kepada Myanmar. - AFP
Free je
Ke jadi tikus Cina
 

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,001
Reaction score
620
Points
71
Pihak berkuasa Norway lancar siasatan

OSLO: Pihak berkuasa Norway melancarkan siasatan terhadap kematian 23 individu beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19.

Beberapa individu lain pula jatuh sakit selepas mendapat vaksin berkenaan.

Pfizer dan BioNTech juga bekerjasama dengan pengawal selia Norway untuk menyiasat kematian tersebut, lapor agensi berita New York Post.

Wakil syarikat itu berkata, gergasi farmasi itu 'menyedari kes kematian yang dilaporkan' berikutan pemberian vaksin di Norway dan bekerjasama dengan Agensi Perubatan Norway bagi mengumpul semua maklumat berkaitan.

Kelmarin, media melaporkan seramai 23 individu di Norway yang kebanyakannya warga emas meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19

Daripada jumlah itu, 13 daripadanya adalah penghuni pusat jagaan warga emas berumur 80 tahun, kata pegawai kesihatan.

Ketua Doktor di agensi itu, Sigurd Hortemo berkata, reaksi normal terhadap vaksin itu termasuk demam dan loya dan mungkin menyumbang kepada kematian terutama kepada pesakit pesakit yang lemah.

Lebih daripada 30,000 orang di Norway sudah menerima suntikan pertama vaksin itu di negara Skandinavia sejak akhir bulan lalu.

Pengarah Perubatan agensi itu, Steinar Madsin pula berkata kepada stesen penyiar Norway, NRK, sangat jelas bahawa suntikan vaksin itu mempunyai sedikit risiko dengan pengecualian ke atas pesakit yang lemah.

"Doktor perlu mempertimbangkan dengan hati-hati siapa yang harus diberi suntikan vaksin. Mereka yang sangat lemah mungkin boleh diberi suntikan selepas dilakukan penilaian," katanya.

Agensi perubatan negara itu juga melaporkan pada Khamis lalu, bahawa seramai 29 individu iaitu 21 wanita dan lapan lelaki yang disuntik vaksin itu mengalami kesan sampingan termasuk reaksi alahan, demam yang teruk.

Setakat ini, Norway mencatatkan lebih daripada 57,000 kes dan 500 kes kematian. - AGENSI
Vaksin tu mengandungi virus yg dilemahkan.
Lepas inject, ada org yg mati tu mungkin ada virus yg masih kuat. Jadinya antibody tak boleh lawan.
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,797
Reaction score
206
Points
43
Vaksin tu mengandungi virus yg dilemahkan.
Lepas inject, ada org yg mati tu mungkin ada virus yg masih kuat. Jadinya antibody tak boleh lawan.
ya betul tu...rasanya semua vaccine macam tu
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Brazil begins COVID vaccinations amid delay of ingredient imports
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Program imunisasi Jepun dijadual Mei ini

TOKYO: Jepun mensasarkan program suntikan vaksin COVID-19 kepada masyarakat akan mula dilaksanakan pada Mei ini selepas suntikan kepada golongan sasar selesai.

Langkah imunisasi itu dilihat bakal dilakukan dua bulan sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan kerajaan Jepun berharap majoriti golongan dewasa akan diberikan suntikan vaksin, menjelang Julai ini, sebulan sebelum pembukaan sukan bertaraf antarabangsa itu.

Jepun sebelum ini memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal bagi perolehan dos vaksin yang mencukupi untuk 126 juta penduduknya.

Malah, 'negara matahari terbit' itu ketika ini merintis usaha untuk memberi kelulusan penggunaan kecemasan terhadap vaksin Pfizer dalam program imunisasi, bulan depan.

Pegawai kerajaan memaklumkan, sekitar 10,000 petugas perubatan akan menjadi penerima pertama vaksin, disusuli 50 juta orang yang tergolong dalam kelompok berisiko, termasuk individu berusia 65 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan lain.

Acara pembukaan sukan Olimpik Tokyo 2020 sepatutnya dijadual berlangsung dalam tempoh enam bulan akan datang, namun ia dibimbangi bakal terjejas susulan peningkatan kadar jangkitan COVID-19 di Jepun.

Situasi semasa itu turut menyaksikan sokongan orang ramai terhadap penganjuran olimpik semakin merudum, dengan tinjauan secara dalam talian menunjukkan 80 peratus responden berpendapat acara bertaraf antarabangsa itu harus dibatalkan atau ditunda sekali lagi.

Jurucakap kerajaan, Katsunobu Kato, berkata masih awal untuk membuat sebarang pengumuman berhubung jadual imunisasi.

"Vaksinasi hanya akan bermula selepas ia memperoleh kelulusan," katanya.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran kegusaran orang ramai terhadap vaksin di Jepun bakal merencatkan program pelalian dalam kalangan penduduk.

Tinjauan antarabangsa yang diterbitkan pada Disember tahun lalu menunjukkan hanya 60 peratus daripada responden di Jepun bersetuju untuk menerima vaksin.

Perangkaan itu menyaksikan Jepun ketinggalan dengan China apabila 80 peratus responden dari republik itu menyatakan persetujuan untuk menerima vaksin, Korea Selatan (75 peratus) dan Amerika Syarikat (69 peratus).

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi penerima pertama vaksin, seiring usaha mengukuhkan keyakinan dalam kalangan masyarakat yang masih gusar terhadap penawar COVID-19 itu. - AFP
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
#BHdunia Kadar kematian yang terus memuncak membuatkan negara itu terdesak tangani penularan coronavirus
https://bit.ly/390wbdy

Lewat hantar vaksin, Itali ugut Pfizer dengan tindakan undang-undang


Januari 20, 2021 @ 8:21pm
ITALY-HEALTH-VIRUS-VACCINE_1611145257.jpg

Gambar menunjukkan seorang warga tua berusia 108 tahun, Fatima Negrini (kanan) menerima suntikan COVID-19 di sebuah pusat jagaan warga emas di Milan, Itali. - Foto AFP
ROME: Itali mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap firma farmaseutikal gergasi, Pfizer, atas kelewatan penghantaran vaksin COVID-19.


Pesuruhjaya Khas untuk pandemik, Domenico Arcuri, berkata ini kerana kesihatan warganya adalah perkara paling mustahak dan menjadi keperluan mendesak sekarang.
"Melindungi kesihatan warga Itali bukan perkara yang boleh dirundingkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Arcuri, tidak kira di mana sekali pun, pertemuan dengan menteri dan pemimpin wilayah mesti dijalankan untuk mempertimbang bagaimana kaedah terbaik untuk melindungi rakyat Itali.


"Keputusan sebulat suara ini menyaksikan tindakan undang-undang akan diambil dalam beberapa hari akan datang," katanya.
Vaksin Pfizer BioNTech yang dibangunkan sangat cepat kini memperoleh persetujuan untuk digunakan di negara Kesatuan Eropah (EU) pada akhir Disember lalu atau lebih cepat daripada itu.

Bagaimanapun, Pfizer pada Jumaat lalau memaklumkan penundaan vaksin selama tiga hingga empat minggu lagi kerana kerja-kerja di kilang memprosesnya di Belgium.
Pada hari berikutnya, dalam satu kenyataan bersama rakan firma Jerman iaitu BioNTech, Pfizer memaklumkan pihaknya merancang untuk mengehadkan kelewatan penghantaran kepada seminggu.

Kelewatan itu nyata mencetuskan kebimbangan di seluruh Eropah yang paling teruk terjejas dengan penularan COVID-19, termasuk Itali.

Menurut Arcuri, 29 peratus dos vaksin yang dijanjikan tidak dihantar pada minggu ini.

"Kempen vaksinasi tidak akan dilengahkan selepas sudah ramai warga Itali memperoleh suntikan dos pertama," katanya.
Setakat ini, Itali merekodkan lebih 83,000 kematian akibat COVID-19 dan negara itu juga sudah menyuntik lebih 1.2 juta rakyatnya dengan dos pertama vaksin. - AFP


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register