BTC USD 55,232.4 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 : Vaksin AstraZeneca tidak disyorkan untuk 55 ke bawah di Kanada

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
Pendaftaran Untuk Vaksin Covid-19 Di Malaysia Akan Di Mulakan Tidak Lama Lagi

17.01.2021 - Kuala Lumpur, Dengan perjanjian bekalan awal vaksin Covid-19 dari Pfizer telah dimeterai, kita tiba masa untuk rakyat Malaysia menanti giliran menerima pula. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba kini mengesahkan pendaftaran rakyat Malaysia untuk menerima vaksin akan dimulakan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun beliau tiak berkongsi tarikh sebenar bilakah pendaftaran akan dibuka. Beliau sekadar mengingatkan penerima vaksin untuk menyimpan kad vaksinasi untuk memastikan dos kedua dapat diberikan dalam masa 21 hari selepas dos pertama.

Seperti dilaporkan semalam, proses vaksinasi seluruh rakyat Malaysia akan mengambil masa 18 bulan dengan belanja sekitar RM 3 bilion atau RM77.35 seorang, Proses pendaftaran akan dilakukan menggunakan aplikasi MySejahtera

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922178
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Program vaksinasi India terjejas akibat gangguan teknikal aplikasi

SATARA: Sekurang-kurangnya dua negeri di India menggantung program vaksinasi, sehari selepas negara terbabit melancarkan salah satu program vaksinasi COVID-19 terbesar di dunia.

Maharashtra menghentikan pelancaran program vaksinasi terbabit untuk dua hari kerana berlaku gangguan teknikal membabitkan sebuah aplikasi yang digunakan untuk menyelaras proses terbabit.

Negeri Odisha pula menangguhkan program vaksinasi selama sehari bagi memantau keadaan penerima suntikan vaksin.

Meskipun mengalami gangguan, pihak pemerintah mengalu-alukan pelancaran program vaksinasi itu sambil berkata, India sedang membuka jalan bagi negara-negara lain.

Lebih 190,000 warga India menerima suntikan vaksin pada hari pertama.

Ini selepas negara itu mencatat lebih 15,000 kes baharu COVID-19 setiap hari. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

29 dead in Norway after COVID-19 vaccination, Here's the repor
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,299
Reaction score
3,816
Points
236
Kerajaan, KKM Sambut Baik Usaha Selangor Beli Vaksin

18.01.2020 - Shah Alam, Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik hasrat Selangor membeli lima juta vaksin Covid-19 bagi kegunaan rakyat negeri ini. Dato’ Menteri Besar berkata tindakan dibuat Selangor itu dilihat mampu mengurangkan beban kerajaan dalam membekal vaksin demi kesihatan penduduk.

“Perdana Menteri sudah dimaklumkan perkara ini dalam mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) darurat yang lalu. Kita akan bersama-sama melalui pelan imunisasi negara yang ada dalam peringkat nasional supaya tidak bertindih dan sampai kepada sasaran. Ia memerlukan proses tertentu selain pengesahan KKM,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media dalam talian selepas mengumumkan kejayaan kempen e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri terus memastikan rakyat negeri ini terutama golongan sasar serta pekerja industri yang membantu meningkatkan ekonomi menerima vaksin terbabit.

“Rabu ini dalam pengumuman (pengumuman khas sempena Perintah Kawalan Pergerakan) saya akan nyatakan beberapa perkembangan terbaharu mengenai perkara ini. “Petang ini juga kita akan berbincang lebih lanjut bersama STFC (Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19) dan Selcare,” katanya.

Minggu lalu, Amirudin mengumumkan rancangan pembelian sehingga lima juta vaksin untuk rakyat serta pekerja asing yang bekerja dalam industri penting di negeri ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/mb-kerajaan-kkm-sambut-baik-usaha-selangor-beli-vaksin/
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
PERMAI: 27 juta penduduk dijangka terima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama 2022.


KUALA LUMPUR: Program vaksinasi COVID-19 dijangka dapat meliputi lebih 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama 2022.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perancangan program berkenaan berada pada landasannya dengan kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan dijangka menerima bekalan vaksin pertama penghujung Februari nanti.

"Bagi penetapan mereka yang akan menerima vaksin ini kelak, dalam sedikit masa lagi, garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan.

"Realistiknya, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggala tempoh keseluruhannya selama 12 bulan. Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac.

"Ia dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022," katanya.

Katanya, melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama.

"Sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan khusus bagi perolehan ini," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rayat Malaysaia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Perdana Menteri juga menjelaskan, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan bagi golongan yang ditetapkan, hukumnya adalah wajib.

"Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah MajlisKebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.

"Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukan lahperkara asing dalam perspektif syarak," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Kempen pemvaksinan COVID-19 di Brazil bermula Rabu

RIO DE JANEIRO: Brazil akan memulakan pemvaksinan COVID-19 besar-besaran pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menteri Kesihatan, Eduardo Pazuello pada sidang media semalam berkata, vaksin akan diedarkan ke seluruh negara mulai pagi ini.

Keputusan itu dibuat selepas Badan Kawalan Kesihatan Brazil pada semalam sebulat suara meluluskan penggunaan kecemasan vaksin CoronaVac, dihasilkan makmal China Sinovac, dan juga vaksin AstraZeneca-University of Oxford.

Bekalan vaksin akan dihantar Angkatan Tentera Udara Brazil "ke pusat strategik" di setiap negeri, dan pada Rabu, pemvaksinan di seluruh negara bermula.

Vaksin pertama yang diedarkan di Brazil adalah CoronaVac, dibangunkan oleh Sinovac bersama Institut Butantan Sao Paulo, dan dos pertama diberikan kepada petugas kesihatan di Sao Paulo sebaik sahaja mendapat kelulusan.

Kerajaan Brazil telah memperoleh jaminan enam juta dos vaksin CoronaVac untuk edaran ke seluruh negara.

Meskipun program vaksin akan bermula, menteri itu menggesa penduduk "tidak bersikap sambil lewa terhadap langkah-langkah pencegahan."

Brazil setakat ini mencatatkan hampir 8.5 juta kes COVID-19, dan hampir 210,000 kematian. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin serta ubat-ubatan yang berdaftar terjamin melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan 'farmako-vigilans'.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan berkata, KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai vaksin berdaftar dari semasa ke semasa.

Malah, KKM akan mengemaskini maklumat pemberian vaksin dengan mengambil kira faktor usia dan keadaan kesihatan penerimanya.

Sekiranya terdapat kesan advers selepas penggunaan produk vaksin berdaftar, orang ramai boleh melaporkannya sama ada melalui profesional kesihatan atau melaporkan terus kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara NPRA melalui laman sesawangnya.

Beliau mengulas mengenai laporan Norwegian Medicines Agency (NMA) berkenaan kes kematian yang dikaitkan dengan vaksin Pfizer-BioNTech di Norway.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
Puluhan ribu rakyat India tolak suntikan vaksin

NEW DELHI: Kerajaan India semalam memaklumkan akan menggandakan usaha untuk membina kepercayaan rakyatnya susulan hampir satu pertiga penduduk negara itu tidak muncul untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang mula dibekalkan sejak Sabtu lalu.

Dalam tempoh tiga hari pertama program vaksin COVID-19 itu dimulakan, kerajaan berkata, 381,305 penduduk telah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Di New Delhi, hanya 53 peratus penduduk hadir untuk menerima suntikan, lapor pihak berkuasa kesihatan.

"Program ini baru diperkenalkan beberapa hari lalu dan kami faham, ramai yang masih ingin melihat bagaimana prosedur ini dijalankan dan menunggu perkembangan vaksin lain.

"Kami juga berusaha untuk menangani maklumat tidak tepat mengenai program ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai," kata salah seorang pasukan petugas coronavirus di bandar raya itu, Suneela Garg.

Kerajaan India memulakan antara program vaksin COVID-19 yang terbesar di dunia dan berharap dapat memvaksin kira-kira 300 juta daripada 1.3 bilion penduduknya menjelang Julai depan.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar memaklumkan cuma 16 peratus penduduk di negeri Tamil Nadu yang hadir untuk menerima suntikan.

Selain itu, di pusat kesihatan komuniti di daerah Rohtak, dekat Haryana, cuma 29 orang daripada 100 penduduk yang sepatutnya menerima vaksin berkenaan hadir, kata seorang doktor kepada AFP.

"Ramai penduduk yang masih takut, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima suntikan ini kerana ia bersifat sukarela," katanya.

Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan turut menukar 'tajuk' profil di Twitternya dengan catatan "Vaksin Berkesan'.

"Sejak awal lagi kita telah memaklumkan masyarakat supaya tidak bimbang terutama apabila banyak maklumat tidak tepat mengenai vaksin dikongsikan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memaklumkan, dalam tempoh tiga hari pertama program vaksinasi itu dijalankan, 580 individu dilaporkan mengalami gejala yang membimbangkan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601
'Dunia gagal' jika pemberian vaksin tidak saksama: WHO

GENEVA - Dunia menghadapi kegagalan moral jika ketidaksamaan pemberian vaksin Covid-19 khusus kepada warga emas negara miskin berbanding populasi muda dan berkemampuan di negara kaya.

Menerusi laporan BBC, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberitahu lebih 39 juta dos vaksin telah diberikan di 49 negeri yang lebih kaya tetapi satu negara miskin hanya mempunyai 25 dos vaksin.

"Hanya 25 dos diberikan kepada negara berpendapatan paling rendah. Bukan 25 juta, bukan 25,000, hanya 25.

"Saya perlu tegas. Dunia kini gagal secara moralnya dan nyawa serta kehidupan mereka di negara termiskin akan menerima padah daripada kegagalan ini.

"Dengan tindakan 'saya dahulu' ini menyebabkan rakyat di negara termiskin paling terjejas berdepan risiko, ia juga usaha yang sia-sia.

"Kesannya, tindakan ini akan memanjangkan lagi pandemik Covid-19, menambahkan lagi derita, kawalan untuk mengekangnya, selain penderitaan manusia termasuk ekonomi.

"Kesaksamaan vaksin ini bukan sahaja perlu dipatuhi dalam konteks moral tetapi juga penting daripada segi strategik dan ekonomi," ujarnya.

Menurutnya, dunia harus bersatu dan memastikan mereka yang sangat berisiko mendapat vaksin.

"Memang wajar bagi semua kerajaan meletakkan kepentingan memvaksinasi petugas kesihatan dan warga tua terlebih dahulu tetapi tidak wajar apabila orang dewasa yang muda dan sihat di negara kaya divaksin sebelum petugas kesihatan dan warga tua di negara miskin.

"Vaksin ini mencukupi untuk semua orang. Tetapi sekarang kita perlu bekerjasama sebagai satu keluarga global untuk beri keutamaan kepada mereka yang paling berisiko dijangkiti penyakit berbahaya dan kematian di semua negara," katanya.

Jelasnya, pewujudan vaksin dalam masa setahun adalah pencapaian yang baik, namun pengedaran yang tidak saksama mewujudkan risiko peningkatan ketidaksamarataan antara negara kaya dan miskin.

Beliau dalam masa yang sama turut mengkritik tindakan syarikat vaksin yang melakukan perjanjian dua hala dengan negara individu.

Tegasnya, ini mampu mengurangkan keberkesanan kemudahan multilateral Covax yang diwujudkan untuk memastikan vaksin diberikan kepada semua negara berdasarkan keperluan.

Beliau dalam pada itu mendedahkan 44 perjanjian bilateral di antara pengeluar vaksin dan negara ditandatangani tahun lepas dengan 12 lagi pada tahun ini.

Ini menurutnya, meningkatkan harga dan keuntungan syarikat vaksin.

Dr Ghebreyesus menegaskan situasi ini diburukkan lagi apabila pengeluar memfokuskan kepada mendapatkan kelulusan di negara kaya dengan untung yang tinggi daripada membuat laporan penuh kepada WHO.

Apabila berlaku kekurangan data yang diterima WHO daripada pengeluar vaksin akan melambatkan kelulusan agensi itu untuk penggunaan kecemasan vaksin yang lebih meluas.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...gagal-jika-pemberian-vaksin-tidak-saksama-WHO
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

Lancaster University researchers 'develop Nasal Spray' COVID vaccine
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register