Covid-19 Vaksin COVID-19 : U.S. will adopt vaccine passports soon

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Brazil starts vaccination drive with Indian jab | Brazil Prez thanks India for vaccine delivery

 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Canadian study says oral medicine effective in treating Covid-19
Sunday, 24 Jan 2021 07:49 AM MYT
aspirin.jpg
A major clinical trial shows that an inflammatory drug called colchicine is effective in treating Covid-19 . — AFP Relaxnews pic
MONTREAL, Jan 24 — A major clinical trial shows that an inflammatory drug called colchicine is effective in treating Covid-19 and reduces the risk of complications from the disease, doctors in Canada said.

The results of the study are a “major scientific discovery” and make colchicine — a medicine used to treat gout — “the world’s first oral drug that could be used to treat non-hospitalised patients with Covid-19,” the Montreal Heart Institute said in a statement late Friday.

The study results show that colchicine reduced by 21 per cent the risk of death or hospitalizations in patients with Covid-19 compared to placebo, the institute said.

The study was carried out in Canada, the US, Europe and South America among a population of 4,488 patients.

In 4,159 of these patients, in whom the diagnosis of Covid-19 was proven by a naso-pharyngeal PCR test, use of colchicine reduced hospitalisations by 25 per cent, the need for mechanical ventilation by 50 per cent, and deaths by 44 per cent, the study concluded.

Colchicine is effective in preventing dangerous inflammatory syndromes called “cytokine storms” and reducing complications associated with Covid-19, said Dr Jean-Claude Tardif, director of the MHI Research Center and principal investigator in this study.

“We are pleased to offer the first oral medication in the world whose use could have a significant impact on public health and potentially prevent Covid-19 complications for millions of patients,” Tardif said.

The study was conducted among Covid-19 patients not hospitalized at the time of enrollment in the trial, and with at least one risk factor for Covid-19 complications.

“This is the world’s largest study testing an orally administered drug in non-hospitalised patients with Covid-19,” the heart institute said. — AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Jepun sumbang AS$300 juta bantu dunia perangi COVID-19

KUALA LUMPUR: Jepun menyumbang AS$300 juta untuk pembangunan dan pengagihan vaksin COVID-19 bagi membantu dunia mendepani penularan pandemik itu, kata Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.

Komitmen kewangan untuk lima tahun bermula tahun ini adalah merangkumi AS$170 juta bagi pembangunan vaksin dan baki AS$130 juta lagi untuk pengagihan dan pembekalan vaksin.

"Penyelidikan dan pembangunan vaksin dilakukan melalui kerjasama antarabangsa, membabitkan syarikat farmaseutikal dan universiti, dengan pembiayaan digunakan untuk menyokong pelbagai pembangunan inisiatif dan penyelidikan vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian Pertukaran Nota secara maya di antara beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membolehkan penyediaan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM19 juta daripada kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk membantu negara ini memerangi pandemik itu, semalam.

Oka berkata, Jepun juga menyokong penuh cadangan ASEAN untuk menubuhkan Pusat ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baru Muncul dengan sumbangan berjumlah AS$50 juta.

"Kerajaan Jepun akan terus memberi sokongan kepada pusat itu, selain pembiayaan AS$50 juta, sokongan juga diberikan melalui penyediaan pakar dan latihan oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) supaya pusat itu boleh menjadi pusat kawalan penyakit berjangkit di ASEAN.

"Kami benar-benar berharap kerjasama geran ini akan dapat membantu kerajaan Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19, khususnya dalam diagnosis serta memberikan rawatan kepada rakyat Malaysia, dan peralatan perubatan itu akan dimanfaatkan dalam masa terdekat," katanya.

Duta itu berkata, kerajaan Jepun juga menyumbang AS$2 juta menerusi pertubuhan antarabangsa seperti Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Ia bertujuan meringankan beban yang ditanggung golongan kurang bernasib baik di Malaysia dengan menyediakan makanan, peralatan perlindungan diri (PPE), kenderaan perubatan serta peranti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pendidikan dalam talian.

Sementara itu, Dr Adham berkata, sumbangan berkenaan akan mempertingkat kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas fasiliti kementerian dalam usaha merawat serta menyelamat nyawa ketika penularan COVID-19.

Beliau berkata, kementerian juga sedang memuktamadkan dan bakal memeterai memorandum kerjasama di antara Malaysia dan Jepun dalam bidang penjagaan kesihatan yang akan memberikan impak besar kepada pembangunan kesihatan dan sosial rakyat di kedua-dua negara.

Mengenai vaksinasi COVID-19 yang dijangka dilaksanakan bermula Mac ini, Dr Adham berkata, program itu akan dibuat dalam tiga fasa.

"Fasa pertama untuk barisan hadapan, diikuti rakyat dengan risiko kesihatan yang tinggi dan berpenyakit kronik serta warga berusia 60 tahun ke atas, dan fasa ketiga untuk masyarakat umum serta individu berusia 18 tahun ke atas.

"Kami juga berharap rakyat Malaysia di Jepun akan dimasukkan dalam program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di sana. Jangan bimbang, kami juga akan memberi layanan serupa kepada rakyat Jepun yang tinggal di negara ini," katanya. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
India resah program suntikan vaksin COVID-19 tergugat

GREATER NOIDA: Program inokulasi COVID-19 besar-besaran di India gagal menepati jadual asal selepas satu pertiga penerima enggan hadir temujanji suntikan.

Difahamkan, sebahagian besar terpengaruh dengan berita palsu di media sosial selain mempercayai wabak itu akan berakhir sendiri secara semula jadi.

Selepas seminggu, India hanya dapat menyuntik vaksin kepada 1.4 juta penduduk atau 200,000 orang sehari berbanding sasaran awal 300,000 orang sehari sebelum meningkatkannya sehingga dapat menyuntik 300 juta orang menjelang Julai ini.

Seorang pelajar kejururawatan, Sakshi Sharma, 21, di Greater Noida, berkata hanya dua daripada kira-kira 80 pelajar dalam kumpulannya memilih untuk menerima suntikan vaksin.

"Rakan saya berkata dia diberitahu akan berlaku kesan sampingan, malah seseorang boleh lumpuh," katanya.

Kesan sampingan menjadi kebimbangan utama berikutan laporan mengenai beberapa kes tindak balas atau alahan teruk, malah mengakibatkan kematian dilaporkan secara meluas di media sosial dan viral di Facebook serta WhatsApp.

India menggunakan dua jenis vaksin untuk program inokulasi iaitu Covishield, vaksin keluaran tempatan bagi Oxford-AstraZeneca yang diluluskan dan selamat digunakan di beberapa negara lain selepas selesai percubaan Fasa Tiga ke atas manusia.

Sejenis lagi adalah Covaxin, yang dibangunkan syarikat tempatan, Bharat Biotech, yang masih belum selesai ujian Fasa Tiga walaupun kerajaan mendakwa ia '110 peratus selamat'.

Di Bengal Barat, timur India, Ketua Kesihatan, Ajoy Chakraborty, berkata jumlah kehadiran penerima vaksin hanya bawah 70 peratus dan menyifatkan sebagai 'tidak memberangsangkan'.

"Kita boleh mencapai sasaran jika sebahagian besarnya tidak menarik diri selepas menonton laporan televisyen mengenai kesan buruk akibat suntikan imunisasi," katanya.

Bagaimanapun, seorang pelajar kejururawatan di Greater Noida, Alisha Khan, 20, berkata orang ramai juga berasa ragu-ragu kerana kelulusan 'tergesa-gesa' diberi bagi vaksin Covaxin.

"Mengapa mereka cuba melakukan uji kaji ke atas kami? Pertama sekali, mereka perlu menyelesaikan percubaan dengan cara yang betul sebelum menyuntik orang ramai, mereka bermain dengan nyawa," katanya kepada AFP. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Australia luluskan vaksin Pfizer

SYDNEY: Pengendali ubat-ubatan Australia meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dengan suntikan dos pertama dijadualkan bermula pada penghujung Februari.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan, Pentadbiran Ubatan Terapeutik (TGA) meluluskan penggunaan vaksin tersebut, sekali gus menjadi vaksin pertama digunakan di negara ini untuk mencegah Covid-19.

“Kelulusan ini bukan kelulusan kecemasan seperti yang dibuat oleh negara lain.

“Tetapi, ini adalah kelulusan rasmi yang mengikut prosedur TGA dan kami menjadi antara negara pertama yang melakukan kajian terperinci sebelum penggunaan vaksin diluluskan,” katanya.

Australia setakat ini sudah menempah 10 juta dos vaksin Pfizer dan mencukupi untuk dibekalkan kepada lima juta penduduk. – AFP
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,932
Reaction score
12,070
Points
1,906
Sasar remaja berusia 16 hingga 18 tahun yang bakal duduki peperiksaan tentukan kemasukan ke universiti.

Israel beri pelajar vaksin supaya boleh ambil peperiksaan




January 25, 2021 12:14 PM


israel-vaccine.jpg

TEL AVIV: Israel mula menyuntik vaksin untuk pelajar berusia 16 hingga 18 tahun bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti.


Suntikan diberikan dengan izin ibu bapa itu adalah untuk “membolehkan mereka kembali ke sekolah seterusnya mengadakan peperiksaan,” kata jurucakap kementerian pendidikan dipetik BBC.
Peperiksaan matrikulasi diambil pelajar israel pada akhir sekolah menengah memainkan peranan penting untuk masa depan mereka termasuk kemasukan universiti selain penempatan dalam tentera untuk khidmat negara yang diwajibkan untuk rakyatnya.

Kementerian pendidikan berkata masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada sekolah boleh dibuka bulan depan.


Lebih suku daripada 9 juta populasi Israel telah disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer sejak 19 Disember, kata kementerian kesihatan.
Proses dimulakan dengan golongan berusia dan dalam kategori berisiko tinggi, tetapi kini mereka yang berusia 40 tahun ke atas juga boleh disuntik.
Israel berharap membuka semula ekonominya, Februari ini.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Australia lulus suntikan vaksin dilancar bulan hadapan

SYDNEY: Pengawal selia perubatan Australia meluluskan secara rasmi vaksin COVID-19 Pfizer, dengan dos pertama akan diberi selewat-lewatnya bulan hadapan, kata Perdana Menteri, Scott Morrison.

The Therapeutic Goods Administration (TGA) memperoleh kelulusan ke atas produk Pfizer, sekali gus menjadi vaksin COVID-19 pertama yang mendapat lampu hijau di negara itu.

"Ini bukan kelulusan kecemasan sebaliknya sudah dilakukan penilaian pelbagai pihak di seluruh dunia.

"Kelulusan rasmi ini adalah proses biasa TGA dan kami adalah antara negara pertama...melakukan proses yang komprehensif dan teliti untuk memastikan vaksin itu diluluskan," kata Morrison kepada wartawan, hari ini.

Australia sudah memperoleh jaminan sebanyak 10 juta dos daripada Pfizer, cukup untuk melakukan program vaksin ke atas lima juta penduduknya, dengan petugas kesihatan dan warga emas dijangka akan menjadi kumpulan pertama menerima suntikan.

Morrison juga menjelaskan ia akan 'bermula dengan kecil' sekitar lewat Februari ini berbanding pertengahan bulan hadapan seperti yang dijanjikan kerajaan sebelum ini. Ia disebabkan cabaran penghasilan dan penghantaran di peringkat global.

Katanya, program vaksin itu juga akan diselesaikan menjelang Oktober ini.

Ini bermakna Australia akan mula menyuntik vaksin COVID-19 Pfizer selepas Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK), walaupun Morrison sebelum ini merancang untuk meletakkan negaranya sebagai paling hadapan barisan.

Penularan COVID-19 itu mengakibatkan 909 kes kematian dengan 28,700 kes di negara yang mempunyai populasi 25 juta itu.

Negara itu juga sudah mendapat jaminan akan menerima lebih 59 juta dos vaksin daripada Oxford/AstraZeneca dengan kebanyakannya akan dibangunkan dalam negara, namun ketika ini TGA masih belum memberikan kelulusan. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register