Covid-19 Vaksin COVID-19 : U.S. will adopt vaccine passports soon

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
'Usah panik, anda akan dapat vaksin'

GENEVA: Mana-mana pihak tidak perlu panik berhubung pemerolehan vaksin COVID-19 kerana ia akan dibekalkan kepada semua yang mahukannya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mariangela Simao, berkata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sedang giat berusaha memastikan suntikan vaksin berkenaan dapat diakses di seluruh dunia.

"Tiada sesiapa yang perlu panik, kerana anda akan mendapat vaksin.

"Kami bertungkus lumus memastikan semua negara dan penduduk berpeluang untuk memperoleh vaksin terbabit," katanya yang memikul tanggungjawab jawatan dari segi akses kepada perubatan, vaksin dan farmaseutikal.

Simao berkata, kira-kira 50 negara sudahpun memulakan kempen vaksinasi, setakat ini, termasuk lebih 40 negara berpendapatan tinggi.

COVAX, iaitu usaha global diterajui bersama WHO bagi pemerolehan dan pengagihan vaksin, telah memeterai perjanjian dengan lima syarikat pengeluar untuk mendapatkan dua bilion dos vaksin COVID-19.

Ia menyasarkan jaminan pembekalan vaksin kepada 20 peratus penduduk di setiap negara peserta menjelang akhir tahun ini, dengan pembiayaan untuk 92 negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang terbabit.

"Kami menjangkakan bekalan dos pertama tiba di negara berkenaan menjelang akhir Februari depan," kata Simao. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Thailand lulus penggunaan vaksin COVID-19

BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca Plc dan Universiti Oxford dengan bekalan pertama 50,000 dos dijangka diterima bulan depan.

Menurut akhbar Bangkok Post hari ini, Setiausaha Agung FDA, Paisarn Dunkum berkata, vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan semalam dan lesen import dan pendaftaran vaksin itu sah selama setahun.

AstraZeneca adalah penghasil vaksin COVID-19 pertama diluluskan di Thailand. Sebelum ini, FDA menerima permohonan untuk pendaftaran vaksin daripada AstraZeneca dan Sinovac Biotech Ltd dari China.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul berkata, kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 daripada AstraZeneca dijangka diterima pada minggu pertama bulan depan.

Anutin, yang juga Menteri Kesihatan Awam, berkata kumpulan pertama 50,000 dos vaksin AstraZeneca adalah sebahagian daripada 26 juta dos yang diperoleh oleh kerajaan dengan harga US$5 (RM20.20) setiap dos.

"Rundingan sedang berlangsung untuk mendapatkan lebih banyak bekalan kerana kerajaan berhasrat memberi vaksin kepada 50 peratus penduduk menjelang akhir tahun ini," katanya.

Anutin berkata, beliau secara sukarela menjadi orang pertama di Thailand menerima vaksinasi COVID-19.

Thailand menempah 61 juta dos daripada Oxford-AstraZeneca dan tambahan dua juta lagi dos daripada Sinovac Biotech.

Dalam pada itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melonggarkan sekatan terhadap 13 jenis perniagaan termasuk pusat kecergasan, kemudahan urut tradisional dan spa bermula esok susulan situasi COVID-19 bertambah baik di ibu negara itu.

Bagaimanapun, 13 lagi jenis perniagaan dan premis termasuk sekolah dan institusi pendidikan, tempat hiburan termasuk pub dan bar, tempat rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan kedai judi masih ditutup.

Setakat ini, Thailand mencatatkan 12,795 kes COVID-19 dan 71 kematian. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Brazil tunggu 2 juta dos vaksin India

BRASILIA: Kerajaan Brazil memaklumkan, penghantaran dua juta dos vaksin COVID-19 AstraZeneca-Oxford, dijangka tiba ke negara itu dari India, sekali gus menjadi lonjakan kepada program vaksinasi Brazil.

"Dua juta dos vaksin AstraZeneca dijangka tiba ke Brazil pada lewat tengah hari Jumaat," kata Kementerian Kesihatan Brazil dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sebelum ini, vaksin itu dijangka tiba ke Brazil minggu lalu.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, menyalahkan 'tekanan politik' pada kerajaan India pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi untuk mengutamakan vaksin di negara sendiri, sebagai punca kelewatan itu.

Brazil negara kedua paling teruk di dunia dilanda coronavirus selepas Amerika Syarikat (AS), dengan merekodkan lebih 214,000 kematian dalam kalangan 212 juta penduduk negara itu.

Kerajaan Brazil bergantung pada vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal British-Swedish, AstraZeneca yang bekerjasama dengan Universiti Oxford dan Yayasan Fiocruz, di bawah Kementerian Kesihatan Brazil untuk melancarkan gerakan vaksinasi negara itu.

Namun, Brazil terpaksa menggunakan enam juta dos vaksin CoronaVac minggu lalu, yang dibangunkan makmal China, Sinovac bersama Institut Butantan Brazil di Sao Paulo.

Suntikan vaksin itu dihebahkan oleh gabenor Sao Paulo, Joao Doria, yang dilihat sebagai pesaing Jair Bolsonaro dalam pemilihan Presiden, pada tahun depan.

Kedua-dua vaksin AstraZeneca dan CoronaVac memerlukan dua suntikan berselang beberapa minggu.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Kilang vaksin india da teebakar daaa
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,917
Reaction score
12,068
Points
1,906
Kadar jangkitan sama seperti individu yang tidak menerima suntikan vaksin Covid-19

Lebih 12,400 penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masih dijangkiti

22 Januari 2021


1611364646595.png

Dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini. - Foto: Agensi


TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech.

Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19.
Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun.
"Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. - Agensi


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Kadar jangkitan sama seperti individu yang tidak menerima suntikan vaksin Covid-19

Lebih 12,400 penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masih dijangkiti

22 Januari 2021


View attachment 333238
Dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini. - Foto: Agensi


TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech.

Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19.
Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun.
"Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. - Agensi



Hahahah pharmanutical pusing2 tetap kayo... Terbaik capitalis
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,566
Reaction score
12,177
Points
2,376
VAKSIN | Berkesan Rawat Varian Baharu United Kingdom

Vaksin COVID-19 yang digunakan di britain dilaporkan berkesan dalam merawat varian virus baharu United Kingdom.

Setakat ini, Britain meluluskan penggunaan dua vaksin iaitu pfizer-biontech dan oxford-astrazeneca.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,566
Reaction score
12,177
Points
2,376

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Cepat2 la mendaftar sbg bahan ujikaji huhu

nanti vaksin abis, lencun pakai ppe oiii
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Vaksin drp Cuba negara komunis
———


Vaksin Sovereign 02 tunggu kelulusan
HAVANA – Cuba pada minggu ini sudah memasuki fasa ujian percubaan baharu untuk vaksin koronavirus Sovereign 02, kata pihak berkuasa.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan hasrat untuk mengimunkan keseluruhan populasi penduduk dengan vaksin buatan tempatan.

“Jika semua berjalan lancar, kami akan menjalankan vaksinasi ke atas semua penduduk pada tahun ini,” kata Pengarah Institut Vaksin Finlay (IFV), Vicente Verez.

Institut milik kerajaan itu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan 100 juta dos vaksin Sovereign 02 dalam tempoh 11 bulan akan datang, dengan syarat ia melepasi fasa percubaan.

Sovereign 02 ialah salah satu daripada empat calon vaksin termaju yang sedang dibangunkan oleh Cuba, sebuah negara komunis yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Tiga lagi calon vaksin ialah Sovereign 01, Abdala dan Mambisa.

Cuba yang mempunyai seramai 11.2 juta penduduk adalah salah satu negara paling kurang terjejas akibat pandemik Covid-19, mencatat sekitar 19,000 kes jangkitan dan 180 kematian.

Sovereign 02 kini berada dalam Fasa 2B dengan kira-kira 900 sukarelawan. Jika berjaya, vaksin itu memasuki Fasa 3 membabitkan seramai 150,000 sukarelawan pada Mac ini, fasa terakhir sebelum pendaftaran vaksin.

Pemerintah Cuba berharap dapat melancarkan kempen vaksinisasi menjelang suku pertama tahun ini dan menjadi negara Amerika Latin pertama menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri.

Cuba mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Menurut Jose Moya dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Cuba menghasilkan hampir 80 peratus vaksin sendiri.

Awal bulan ini, IFV menandatangani perjanjian dengan Institut Pasteur di Iran untuk ujian suntikan Sovereign 02 di negara berkenaan. – AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register