Covid-19 Vaksin COVID-19 : U.S. will adopt vaccine passports soon

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601

Lessons learned from Dr. Djaballah about the COVID-19, caused by the SAR-CoV2 virus, can be summed up in several notes. Check out the video interview with Dr. Djaballah for more in depth.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Novavax, semalam memaklumkan bahawa pihaknya bakal menjalankan ujian klinikal Fasa Ketiga yang terakhir bagi penghasilan vaksin COVID-19.

Percubaan klinikal itu bakal dijalankan di United Kingdom (UK) dengan menyasarkan pembabitan 10,000 sukarelawan berumur 18 hingga 84 tahun, dalam tempoh empat hingga enam minggu akan datang.

"Dengan tahap jangkitan SARS-CoV-2 yang tinggi dan dijangka berterusan di UK, kami optimis ujian klinikal Fasa Ketiga ini akan dijalankan segera dan memberi pandangan mengenai keberkesanan NVX-CoV2373," kata Presiden Penyelidikan dan Pembangunan syarikat itu, Gregory Glenn yang menggunakan nama teknikal bagi formulasi berkenaan.

Ia adalah calon vaksin COVID-19 yang ke-11 mencapai peringkat Fasa Ketiga itu pada peringkat global. - AFP

 
Coronavirus vaccine will not be a cure-all, virologist warns


A vaccine for the new coronavirus will not be a “cure-all” solution to the pandemic, a virologist has cautioned.

Speaking to CNBC’s “Squawk Box Europe” on Friday, Robert Lambkin-Williams, an independent virologist at Virology Consult Ltd, said there was no clear evidence that antibodies produced to fight off the virus gave people any protection against being reinfected with Covid-19.

“That’s important because we don’t know if the vaccines that encourage those antibodies to be produced are going to work,” he explained, adding that the scientific community remained hopeful that antibodies would prevent the coronavirus from infecting individuals more than once.

Even if antibodies did provide immunity, however, Lambkin-Williams warned that there may be too much expectation being pinned on the impact a vaccine could have.

“The vaccine is not going to be a cure-all. We have not had a successful vaccine against this type of virus ever,” he told CNBC. “We will get a vaccine of some description in the next couple of years, but it will not be perfect and it will need to be developed going forward.”

There are currently at least 141 vaccines for the coronavirus being tested around the world, according to the WHO, 16 of which are in the more advanced clinical trial phase.

Sticking to mitigation measures

Because of the uncertainty that remained around immunity and the effectiveness of a preliminary vaccine, Lambkin-Williams urged the public to adhere to guidelines on mitigating the spread of Covid-19.

“We’re going to have to adapt, and nobody should think that by Christmas it’s all going to be back to normal because in the Western Hemisphere, and the Northern Hemisphere particularly, we’ve got normal colds and flu about to arrive,” he said. “So we’re going to have this and two more respiratory diseases affecting us.”

According to Lambkin-Williams, the best ways to reduce community transmission of the coronavirus were to wear a comfortable-fitting face covering, avoid touching your own face and practice good hand hygiene.

“The virus is particularly spread by touch, say if you touch one surface, you then touch another surface and then you touch your face,” he explained.

Face coverings were important, Lambkin-Williams noted, because infected people were much less likely to pass the virus on to someone else if they wore one.

“Wearing a face covering and using PPE (personal protective equipment) and hand sanitizers, all of those things protect at the community level, they’re keeping the virus down, and all the time we keep the virus down, we protect the individual,” he said.

“We can’t keep our economies locked down in the way they are. It’s not good for the economy and it’s not good for people individually because mental health is an extremely important component of anybody’s welfare,” Lambkin-Williams added. “So we have to learn to live with the virus.”

The new strain of coronavirus, first reported to the WHO in late December, has infected at least 9.6 million people globally and caused almost 500,000 deaths worldwide, according to data compiled by Johns Hopkins University.



'Vaccines won't work': US virologist breaks down COVID-19, how to curb spread

Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Harga siling vaksin Covid-19 RM87.60

Share


Tweet


GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.
Suraya Roslan
[email protected]

Kuala Lumpur: Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19, Covax yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global adalah AS$21 (RM87.60).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir.

"Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.
"Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) mengenai langkah kerajaan bagi menjamin bekalan vaksin Covid-19 kepada masyarakat bagi mewujudkan imuniti kelompok.
Khairy berkata, perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.
Bagi soalan asal lisan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) berhubung kaedah bekalan vaksin secara saksama, Khairy berkata, vaksin Covid-19 itu dijangka diperoleh suku pertama tahun depan dengan keutamaan diberikan untuk tiga peratus populasi negara.
"Kelompok pertama ini terdiri daripada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen.
"Akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi serta diangkat sebagai keutamaan sejajar Covid-19 ini dilihat sebagai satu keperluan asas awam," katanya.
Katanya, berdasarkan senarai vaksin Covid-19 daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 3 November 2020, terdapat 202 calon vaksin sedang dibangunkan dengan 10 daripadanya berada dalam ujian klinikal fasa tiga.
"Menerusi pendekatan pelbagai hala daripada diplomasi sains Malaysia, beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuklah bersama kerajaan China apabila lawatan pada 13 Oktober lalu, Menteri Luar China, Wang Yi umumkan Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin daripada China.
"Selain itu rundingan Covax dan syarikat farmaseutikal luar negara yang lain," katanya.
Menjawab soalan tambahan Ahmad yang membangkitkan mengenai status pelan strategik kerajaan ke arah mencapai imuniti kelompok, Khairy berkata, dasar imunisasi kebangsaan itu kini diteliti menerusi suatu jawatankuasa sedia ada.
Menerusi pendekatan latihan kepada anggota kesihatan dan imunisasi secara besar-besaran, katanya, program komunikasi bagi menjelaskan kepada masyarakat berhubung taraf keselamatan vaksin Covid-19 akan dibuat.
"Ini bagi memastikan vaksin ini mesti diambil oleh rakyat, untuk lindungi mereka daripada Covid-19. Pelaksanaan kepada pelan imunisasi, dengan latihan dan komunikasi, akan bermula akhir tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
COVID-19: Vaksin sedang dibangunkan catat keberkesanan 90 peratus - Pfizer

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer, semalam mengumumkan vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkannya berjaya mencatatkan keberkesanan hingga 90 peratus.

Perkembangan berkenaan sekali gus mendorong pasaran saham melambung tinggi bersama lonjakan harapan untuk menamatkan pandemik mengerikan itu.

Pfizer mendakwa, keputusan ujian dilakukan terhadap lebih 40,000 orang menunjukkan 'pencapaian kritikal' dalam usaha menghasilkan vaksin berkenaan ketika jangkitan global kini melepasi angka 50 juta, termasuk di AS yang mencecah 10 juta kes.

Vaksin berkesan dilihat sebagai harapan terbaik untuk menghapuskan kitaran wabak membawa maut itu yang mengakibatkan sekatan ketat terpaksa dilaksanakan di serata dunia bagi mengekang penularannya.

Puluhan juta penduduk di Eropah dikenakan perintah berkurung di rumah, manakala jutaan lagi pemilik perniagaan terpaksa gulung tikar.

Sekatan dalam kehidupan harian itu turut menjejaskan ekonomi global yang menyaksikan pemimpin bertungkus lumus mengikhtiarkan pelbagai langkah untuk melindungi rakyat mereka.

"Kami mencatat langkah signifikan yang semakin hampir untuk menyediakan penemuan amat diperlukan kepada penduduk di seluruh dunia, bagi membantu mengakhiri krisis kesihatan global ini," kata Pengerusi Pfizer, Albert Bourla, dalam satu kenyataan.

Ubat terbabit yang dibangunkan bersama firma Jerman, BioNTech, adalah salah satu daripada lebih 40 calon vaksin tetapi belum ada pihak lain yang mendakwa mencapai keberkesanan seumpama itu.

Syarikat itu turut mendakwa mereka berupaya melepasi cabaran akhir untuk mengedarkan vaksin terbabit di AS, akhir bulan ini, selain mampu membekalkan hingga 50 juta dos ke seluruh dunia, tahun ini, dan 1.3 bilion lagi pada tahun depan.

Perkembangan itu juga menerima maklum balas positif daripada saintis, dengan pakar terkemuka AS, Anthony Fauci, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai 'luar biasa'.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengalu-alukannya sebagai sebagai berita 'memberangsangkan'. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601


Pfizer, BioNTech announce Covid-19 vaccine candidate is 90% effective
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Vaksin COVID-19 cetus harapan, persoalan

PARIS: Laporan mengenai penghasilan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keputusan meyakinkan, memberi harapan kepada dunia yang dilanda lonjakan kes virus itu.

Bagaimanapun, adakah ia bermakna pandemik itu akan berakhir? Tidak semestinya, kata beberapa pakar, berikutan masih banyak persoalan mengenai siapa yang akan dilindungi vaksin itu dan berapa lama tempoh perlindungannya.

Isnin lalu, syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman, BioNTech mengumumkan calon vaksin mereka mencatatkan 90 peratus berkesan mengelak jangkitan COVID-19 ketika ujian fasa tiga.

Satu daripada beberapa vaksin yang dibangunkan, ia menggunakan teknologi inovatif yang belum pernah digunakan sebelum in

Meskipun keberkesanannya mencetus keterujaan, dengan data yang belum lengkap, masih belum dapat diketahui berapa lama vaksin itu bertahan, serta sama ada akan melindungi kumpulan paling berisiko dan bagaimana ia diagihkan di seluruh dunia.

Pengumuman Pfizer dan BioNTech adalah berasaskan keputusan awal dalam fasa terakhir ujian klinikal, sebelum mendapatkan membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan.

Mereka mendakwa vaksin itu didapati '90 peratus berkesan' dalam memastikan peserta tidak dijangkiti, berdasarkan 94 kes COVID-19 dikesan dalam ujian yang membabitkan 43,538 individu.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak memperincikan jumlah pesakit dijangkiti berada dalam kumpulan yang menerima vaksin, dan berapa yang diberikan placebo.

"Keputusan ujian ini menarik, namun kita perlu melihat pada data yang masih belum diterbitkan" kata Pakar Virologi Perancis, Marie-Paule Kieny, yang mengetuai penyelidikan di Inserm dan bekas Pengarah di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Data lain masih dikumpulkan, khususnya mengenai keselamatan, namun kedua-dua firma itu menjelaskan 'tiada isu keselamatan serius' dikesan.

Profesor pelawat Perubatan Farmaseutikal di King's College London, memberitahu Pusat Media Sains, tempoh perlindungan vaksin itu masih belum dapat diketahui kerana keberkesanannya diuji tujuh hari selepas pesakit menerima suntikan terakhir daripada dua dos vaksin, 28 hari selepas suntikan awal.

"Susulan dalam tempoh yang lebih lama diperlukan ketika penularan wabak untuk memastikan keperluan suntikan dos berulang," katanya

Bruno Pitard dari pusat penyelidikan saintifik kebangsaan CNRS Perancis, memberitahu AFP bahawa antara cabaran ialah untuk mengetahui bagaimana keberkesanan vaksin berubah dalam jangka panjang.

"Selepas tiga minggu, sebulan hingga empat bulan, kita akan lihat sama ada perlindungannya kekal sama," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
EU mahu beli 300 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengemukakan kontrak pembelian sehingga 300 juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat Jerman, BioNTech dan rakannya dari Amerika Syarikat (AS), Pfizer, memetik Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Selasa.

"Ini adalah vaksin yang paling dinanti-nantikan setakat ini," katanya di Twitter, lapor agensi berita Xinhua.

Kontrak itu yang dijangka akan dicapai dalam masa terdekat, menjadikan yang keempat dijamin EU dengan syarikat farmasi bagi pembelian vaksin COVID-19.

Isnin lalu, syarikat farmaseutikal AS, Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech mengumumkan pilihan vaksin mereka yang mencatatkan 90 peratus berkesan bagi mengelak jangkitan COVID-19 hasil ujian fasa tiga.

Ketika dunia sedang berjuang memerangi pandemik COVID-19, negara termasuk Jerman, China, Russia, United Kingdom (UK) dan AS berlumba-lumba mencari vaksin.

Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 3 November lalu, terdapat 202 vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan di seluruh dunia dengan 47 daripadanya dalam peringkat ujian klinikal. - Agensi
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
Pesawat, ais kering antara cabaran logistik penyimpanan vaksin COVID-19

WASHINGTON: Vaksin keluaran Pfizer Inc dan BioNTech SE dijangka tidak akan berada di pasaran dalam masa terdekat, susulan keperluan untuk menyimpan vaksin berkenaan dalam suhu yang sejuk melampau.

Menurut Pfizer, vaksin COVID-19 itu mencatatkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan virus itu bagi hampir semua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.

Namun, suhu simpanan bagi vaksin itu yang serendah negatif 70 darjah Celsius (-94 Fahrenhait) dan ke bawah menimbulkan isu bagi kapasiti simpanan vaksin berkenaan.

Jurucakap Pfizer, Kim Bencker berkata syarikat itu sedang berusaha dan bekerja rapat dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) serta pegawai negeri bagi menyelesaikan isu logistik supaya vaksin itu mampu diedarkan ke seluruh dunia.

"Antara cara vaksin ini boleh diangkut adalah dengan menggunakan ais kering bagi membekukan vaksin pada suhu yang disyorkan selama 10 hari, sambil ia dalam perjalanan menerusi udara dan darat," kata Becker.

Sementara itu, Pakar Virologi dan Penyelidik Vaksin Mayo Clinic, Dr Gregory Poland, berkata vaksin itu memerlukan suhu takat beku serendah negatif 70 atau 80.

"Ini adalah isu logistik yang begitu besar bukan sahaja kepada AS tetapi juga di luar dunia Barat," katanya.

Poland juga berkata, jika pusat perubatan gergasi seperti mereka tiada kapasiti simpanan seperti itu, ia akan menjadi isu bagi kapasiti simpanan, selain halangan logistik. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,566
Reaction score
12,177
Points
2,376
Ramai menanti ketibaan vaksin ni
Cuma keberkesanan vaksin serta kesan sampingannya belum tahu lagi
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,398
Reaction score
1,998
Points
201
Vaksin COVID-19 cetus harapan, persoalan
vaccine1_1605060913.jpg
- Gambar hiasan
PARIS: Laporan mengenai penghasilan vaksin COVID-19 yang menunjukkan keputusan meyakinkan, memberi harapan kepada dunia yang dilanda lonjakan kes virus itu.

Bagaimanapun, adakah ia bermakna pandemik itu akan berakhir? Tidak semestinya, kata beberapa pakar, berikutan masih banyak persoalan mengenai siapa yang akan dilindungi vaksin itu dan berapa lama tempoh perlindungannya.

Isnin lalu, syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman, BioNTech mengumumkan calon vaksin mereka mencatatkan 90 peratus berkesan mengelak jangkitan COVID-19 ketika ujian fasa tiga.

Satu daripada beberapa vaksin yang dibangunkan, ia menggunakan teknologi inovatif yang belum pernah digunakan sebelum ini

Meskipun keberkesanannya mencetus keterujaan, dengan data yang belum lengkap, masih belum dapat diketahui berapa lama vaksin itu bertahan, serta sama ada akan melindungi kumpulan paling berisiko dan bagaimana ia diagihkan di seluruh dunia.

Pengumuman Pfizer dan BioNTech adalah berasaskan keputusan awal dalam fasa terakhir ujian klinikal, sebelum mendapatkan membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan.

Mereka mendakwa vaksin itu didapati '90 peratus berkesan' dalam memastikan peserta tidak dijangkiti, berdasarkan 94 kes COVID-19 dikesan dalam ujian yang membabitkan 43,538 individu.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak memperincikan jumlah pesakit dijangkiti berada dalam kumpulan yang menerima vaksin, dan berapa yang diberikan placebo.

"Keputusan ujian ini menarik, namun kita perlu melihat pada data yang masih belum diterbitkan" kata Pakar Virologi Perancis, Marie-Paule Kieny, yang mengetuai penyelidikan di Inserm dan bekas Pengarah di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Data lain masih dikumpulkan, khususnya mengenai keselamatan, namun kedua-dua firma itu menjelaskan 'tiada isu keselamatan serius' dikesan.

Profesor pelawat Perubatan Farmaseutikal di King's College London, memberitahu Pusat Media Sains, tempoh perlindungan vaksin itu masih belum dapat diketahui kerana keberkesanannya diuji tujuh hari selepas pesakit menerima suntikan terakhir daripada dua dos vaksin, 28 hari selepas suntikan awal.

"Susulan dalam tempoh yang lebih lama diperlukan ketika penularan wabak untuk memastikan keperluan suntikan dos berulang," katanya

Bruno Pitard dari pusat penyelidikan saintifik kebangsaan CNRS Perancis, memberitahu AFP bahawa antara cabaran ialah untuk mengetahui bagaimana keberkesanan vaksin berubah dalam jangka panjang.

"Selepas tiga minggu, sebulan hingga empat bulan, kita akan lihat sama ada perlindungannya kekal sama," katanya. - AFP

 
Sponsored Post
Top
Log in Register