InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 51,096
- Reaction score
- 4,388
- Points
- 601
28 juta dos vaksin sudah disuntik- WHO
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menjelaskan kira-kira 28 juta dos vaksin sudah diberikan setakat ini dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan kebanyakannya diagihkan di negara kaya.
Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata sebanyak 46 negara sudah memulakan kempen vaksinasi COVID-19 dengan 38 daripadanya negara berpendapatan tinggi.
"Kita sudah memberikan kira-kira 28 juta dos vaksin setakat ini. Lima vaksin berbeza atau platform sudah digunakan.
"Sebanyak 46 negara sudah memberikan vaksin kepada penduduk mereka. Namun daripada jumlah itu hanya sebuah negara berpendapatan rendah yang berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata, ada populasi di negara lain yang menginginkan dan memerlukan vaksin, bagaimanapun tidak berupaya mendapatkannya kecuali semua pihak mula berkongsi manfaatnya.
COVID-19 sudah mengorbankan lebih 1.96 juta orang sejak wabak itu muncul di China pada Disember 2019, sementara lebih 91.5 juta jangkitan didaftarkan, menurut laporan AFP yang memetik sumber rasmi.
Jumlah berkenaan berdasarkan jumlah kematian harian yang diberikan pihak berkuasa kesihatan di setiap negara dan tidak termasuk penilaian semula oleh organisasi terbabit.
"Kita sedang menghadapi tahun kedua pandemik ini yang dilihat semakin mencabar, dengan penularan lebih dinamik," katanya sambil menjelaskan varian terbaharu virus semakin mudah menjangkiti dengan lebih cepat.
Sementara itu, Ketua Pasukan Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove, berkata peningkatan kes mendadak di beberapa negara Eropah berikutan perhimpunan sosial sempena cuti Krismas dan sambutan Tahun Baharu.
"Kini kita sedang menghadapi akibatnya hasil beberapa minggu lalu.
"Di sesetengah negara, ada keadaan yang semakin teruk sebelum menjadi lebih baik," katanya. - AFP