BTC USD 61,173.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 Luar Negara : Pregnancy and coronavina vaccine PG144

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Perancis gantung 3,000 pekerja kesihatan enggan vaksin

September 16, 2021 @ 6:27pm

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengarahkan penggantungan pekerja kesihatan yang gagal mendapatkan suntikan vaksin sebelum tarikh akhir semalam. - Foto AFP


Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengarahkan penggantungan pekerja kesihatan yang gagal mendapatkan suntikan vaksin sebelum tarikh akhir semalam. - Foto AFP


PARIS: Ribuan pekerja kesihatan di seluruh Perancis digantung tugas tanpa gaji hari ini kerana gagal mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 15 September.

Menteri Kesihatan, Olivier Veran, berkata sekitar 3,000 penggantungan tugas dilakukan semalam terhadap pekerja di pusat kesihatan dan klinik yang belum lagi divaksin.

"Pada masa sama, puluhan kakitangan sudah menyatakan hasrat sanggup berhenti kerja berbanding menerima suntikan vaksin itu.

"Jumlah ini jika dibandingkan dengan 2.7 juta pekerja kesihatan secara keseluruhan, bukan sesuatu yang besar dan penjagaan kesihatan akan terus terjamin," katanya kepada stesen radio RTL.

Julai lalu, Presiden Emmanuel Macron memberi kata dua kepada kakitangan hospital, pekerja rumah persaraan dan anggota bomba supaya mendapatkan sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin sebelum 15 September atau digantung tugas tanpa bayaran.

Ramai jururawat enggan divaksin atas alasan keselamatan atau kebimbangan mengenai keberkesanannya, sekali gus mengancam program inokulasi Perancis.

Agensi kesihatan awam kebangsaan Perancis minggu lalu menganggarkan sekitar 12 peratus pekerja hospital dan sekitar enam peratus doktor di pusat rawatan swasta masih belum divaksin.

Secara keseluruhan, 70 peratus warga Perancis sudah menerima dua suntikan vaksin sepenuhnya, yang diberikan kepada mereka berusia 12 tahun ke atas, menjadikannya antara kadar vaksinasi tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, hanya 74 peratus saja yang menerima dua dos, sekali gus memberi bayangan bahawa ramai yang masih enggan divaksin walaupun bekalan semasa lebih daripada mencukupi. - AFP


 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
suntik_1631883393.jpg

Kemboja mula suntik vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak seawal usia 6 tahun. - Foto AGENSI

Kemboja suntik vaksin COVID-19 kanak-kanak seawal 6 tahun​


PHNOM PENH: Kemboja hari ini memulakan program imunisasi COVID-19 kepada golongan kanak-kanak seawal usia enam tahun meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi meluluskan pemberian vaksin kepada golongan di bawah 12 tahun.

Menurut Kementerian Kesihatan, negara itu mendapat pujian susulan kepantasan program vaksinasinya yang menyaksikan lebih 98 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos, sekali gus berada di tangga kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Program imunisasi kepada kanak-kanak itu dimulakan dengan pemberian vaksin kepada cucu Perdana Menterinya, Hun Sen dan wakil pihak kerajaan lain yang menerima suntikan Sinovac di hadapan pihak pemberita di Phnom Penh.

Hun Sen berkata, pelaksanaan program imunisasi kepada golongan kanak-kanak ini disifatkan penting.

"Adalah penting untuk kami melaksanakan usaha ini kerana kita mahu lebih ke depan," katanya.

Kemboja merancang memberikan dua suntikan vaksin keluaran China itu kepada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun sebelum memperluaskannya kepada suntikan tambahan selepas ini.

Pemimpin yang didakwa mengenepikan aspek keselamatan vaksin kepada kanak-kanak itu berkata, Kemboja bertanggungjawab melindungi nyawa rakyatnya ketika pembukaan semula ekonomi dan sektor pendidikan.

Sinovac diluluskan penggunaannya kepada golongan dewasa di lebih 50 negara dengan China membenarkan penggunaan vaksin itu kepada kanak-kanak.

Namun, sehingga kini pakar kesihatan awam belum dapat mengenalpasti sama ada ia boleh digunakan kepada kanak-kanak.

Sebelum ini, WHO menggesa semua negara supaya menangguhkan pemberian vaksin kepada golongan berusia di bawah 12 tahun.

"Ini kerana lebih banyak bukti diperlukan dalam penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak sebelum ia digalakkan kepada umum," kata WHO.

Kajian global berhubung keberkesanan Sinovac terhadap golongan berusia antara enam bulan hingga 17 tahun dilancarkan minggu lalu, membabitkan 14,000 responden di Afrika Selatan, Chile, Kenya, Malaysia dan Filipina. - AFP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
VAKSIN | Britain Mulakan Suntikan Penggalak

Britain melancarkan kempen vaksin COVID-19 dos penggalak selepas mendapat lampu hijau awal minggu ini.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dos penggalak ini diberikan kepada individu sekurang-kurangnya enam bulan selepas menerima dos kedua.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

China lengkapkan inokulasi 1 bilion penduduk

September 16, 2021 @ 8:23pm

CHINA-HEALTH-VIRUS_1631795003.jpg


Gambar menunjukkan kanak-kanak menjalani ujian asid nukleik bagi mengesan COVID-19 di Xiamen, Fujian di barat China. - Foto AFP


BEIJING: China selesai melengkapkan inokulasi lebih satu bilion penduduknya atau 71 peratus daripada penduduk negara itu bagi menentang wabak COVID-19.

Negara yang menjadi lokasi pertama coronavirus dikesan sudah berjaya mengekang penularan jangkitan namun berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan suntikan vaksin penduduknya selepas varian baharu dikesan di tenggara negara itu.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng, pada satu sidang media, berkata setakat 15 September, 2.16 bilion dos vaksin sudah disuntik di seluruh negara.

Akhir bulan lalu, pihak berkuasa kesihatan China mengatakan sebanyak 890 juta orang di China divaksin sepenuhnya dengan dua bilion dos disuntik.

Kerajaan tidak menetapkan sasaran dalam program itu, namun pakar virologi terkenal, Zhong Nanshan, bulan lalu berkata sekitar 80 peratus penduduk akan diinokulasi akhir tahun ini, sekali gus mencapai imuniti kelompok.

China ketika ini turut berdepan perebakan varian Delta di wilayah tenggara, Fujian, yang sudah menjangkiti sekurang-kurangnya 200 orang di tiga bandar dan berpuluh darinya adalah kanak-kanak sekolah.

Kluster Fujian menjadi jumlah terbesar sejak beberapa minggu ini dan ia muncul selepas negara itu mengisytiharkan varian Delta berjaya dikawal.

China juga dilaporkan memperoleh 49 kes domestik baharu hari ini, kebanyakannya di Fujian.

Walaupun sudah melaksanakan kempen vaksinasi dalam kalangan penduduk muda berusia 12 hingga 17 tahun Julai lalu, kebanyakan kanak-kanak masih belum divaksin dan ia menimbulkan ketakutan jangkitan di Fujian akan menjangkiti golongan rentan.

Pihak berkuasa kini berusaha menyekat penularan itu dengan melaksanakan penutupan bersasar, larangan perjalanan, saringan besar-besaran dan penutupan sekolah sebelum cuti umum 1 Oktober, yang juga musim percutian popular. - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Itali wajibkan 'Pas Hijau' ke atas semua pekerja

September 17, 2021 @ 12:07pm

vaksinsumbang6sept_1631851628.jpg


Gambar hiasan


ROM: Itali semalam memutuskan untuk mewajibkan 'Pas Hijau' ke atas semua pekerja, dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 menjelang musim sejuk, tidak lama lagi.

Undang-undang itu yang bakal menghukum pekerja tidak mendapatkan vaksinasi atau tiada bukti keputusan negatif ujian saringan COVID-19 yang terbaru, dijadualkan berkuat kuasa 15 Oktober depan.

"Kewajipan 'Pas Hijau' diperluaskan terhadap seluruh dunia pekerjaan, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

"Kami melakukannya berasaskan dua sebab utama, iaitu untuk menjadikan tempat berkenaan lebih selamat, dan memperkukuhkan kempen vaksinasi," kata Menteri Kesihatan, Roberto Speranza, pada sidang media selepas kerajaan membuat keputusan berkenaan.

'Pas Hijau' adalah sijil yang menunjukkan sama ada seseorang itu sudah menerima vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 48 jam lalu, atau baru sembuh daripada penyakit berkenaan.

Buat masa ini, pas itu diwajibkan untuk makan di restoran, memasuki panggung wayang dan stadium sukan, menaiki kereta api dan bas antara bandar atau penerbangan domestik, serta ke atas guru.

Lebih 40 juta penduduk sudah lengkap vaksinasi di Italy, iaitu bersamaan dengan kira-kira 75 peratus daripada populasi berumur 12 tahun ke atas.

Kerajaan Itali menyasar untuk meningkatkan angka itu sebanyak empat juta penduduk lagi.

Bawah undang-undang baharu itu, mana-mana pekerja yang gagal menunjukkan pas terbabit akan dikenakan denda hingga 1,000 euro (AS$1,200), menurut laporan media.

Malah, menurut laporan itu lagi, ketidakhadiran tanpa kebenaran susulan kegagalan menunjukkan pas, boleh mengakibatkan kakitangan terbabit digantung kerja. - AFP


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Vietnam lulus vaksin Abdala perangi COVID-19​


HANOI: Vietnam meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Abdala, dibangunkan Cuba ketika negara Asia Tenggara itu berusaha memerangi wabak terburuk di negara itu.

Abdala menjadi vaksin COVID-19 yang kelapan diluluskan untuk kegunaan di Vietnam, antara negara yang kadar vaksinasinya terendah di rantau ini, dengan hanya 6.3 peratus daripada 98 juta penduduk menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Nguyen Xuan Phuc meninggalkan Hanoi untuk lawatan rasmi ke Havana.

Vietnam mencatatkan 667,650 kes jangkitan coronavirus dan 16,637 kematian, sebahagian besar disebabkan varian Delta sejak akhir April lalu.

"Kementerian Kesihatan meluluskan vaksin Abdala, berdasarkan keperluan mendesak negara untuk memerangi COVID-19," menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Kementerian itu bulan lalu mengatakan Cuba akan membekalkan sejumlah besar Abdala ke Vietnam dan memindahkan teknologi pengeluaran pada akhir tahun ini.

Pada Jun lalu, Cuba menyatakan tiga dos vaksin Abdala terbukti 92.28 peratus berkesan dalam ujian klinikal peringkat terakhir. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Dos penggalak tidak perlu - Pakar kesihatan Arab Saudi​


JEDDAH: Pakar kesihatan Arab Saudi menegaskan tiada keperluan untuk pengambilan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Abdullah Assiri, menyifatkan alasan tidak munasabah untuk masyarakat menerima dos ketiga jika dua dos vaksin berupaya mencecah penyakit teruk atau kemasukan ke hospital dan kematian.

Perunding penyakit berjangkit itu berkata pada tahap liputan vaksinasi yang sangat baik, perlu dipertimbangkan semula rasional dan kaedah ujian saringan makmal untuk COVID-19 dan menilai pandemik hanya daripada perspektif beban penyakit kepada masyarakat.

Memetik laporan Arab News, kenyataan itu dibuat berikutan cadangan suntikan dos penggalak vaksin Pfizer BioNTech untuk masyarakat umum dan suntikan ketiga untuk individu berusia 65 tahun ke atas dan golongan rentan.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit, Ahmed Al-Hakawi, berkata pemberian dos ketiga untuk semua orang tidak disokong oleh kajian.

Beliau merujuk kajian bertajuk "Safety and Efficacy of the BNT162b2 mRNA Covid-19 Vaccine through 6 Months," yang diterbitkan pada 15 September, dilakukan terhadap lebih 45,000 peserta di enam negara.

Kajian itu menyimpulkan 'melalui susulan selama enam bulan dan meskipun penurunan keberkesanan vaksin secara bertahap, BNT162b2 memiliki profil keselamatan yang baik dan sangat berkesan dalam mencegah COVID-19.'

"Vaksin masih memberikan perlindungan terhadap penyakit teruk bahkan enam bulan selepas dos kedua," kata Al-Hakawi, yang juga pakar epidemiologi di hospital di Riyadh.

Arab Saudi merekodkan 68 kes baharu semalam, menjadikan jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 546,479, menurut Kementerian Kesihatan.

Negara itu turut merekodkan lima kematian baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kematian 8,656 orang. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Afrika kurang vaksin, risiko varian baru bertambah

September 18, 2021 @ 5:47pm

SAFRICA-HEALTH-VIRUS-FOOD_1632007182.jpg


Pandemik COVID-19 turut mengakibatkan krisis ekonomi yang menyaksikan ramai penduduk Afrika terpaksa bergantung kepada bantuan makanan untuk teruskan kehidupan. - Foto AFP


GENEVA: Benua Afrika menghadapi kekurangan 470 juta dos vaksin COVID-19 tahun ini selepas pakatan COVAX mengurangkan penghantaran, sekali gus meningkatkan risiko penularan varian baharu.

Hanya 17 peratus penduduk benua itu dapat diberi vaksin menjelang akhir tahun ini, berbanding sasaran 40 peratus Pertubuhan Kesihatan Seunia (WHO), kata agensi global itu pada taklimat mingguannya di Brazzaville, Congo.

Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti, berkata ketidakseimbangan mengejutkan dan kelewatan serius penghantaran vaksin mengancam kawasan di Afrika bertukar menjadi tempat pembiakan varian tahan vaksin.

"Ini akhirnya boleh membuatkan seluruh dunia kembali kepada keadaan asal ketika mula menghadapi ancaman COVID-19 pada akhir 2019.

WHO berkata setakat ini hanya dua peratus daripada 5.7 bilion dos vaksin coronavirus disalurkan ke benua itu.

Ia jauh lebih rendah berbanding sasaran sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk setiap negara menerima vaksin menjelang akhir tahun ini dan 70 peratus menjelang pertengahan tahun depan.

Hanya dua negara di Afrika mencapai sasaran 40 peratus, angka paling rendah berbanding wilayah lain, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Menurut beliau, ia bukan disebabkan Afrika tidak mampu atau tidak berpengalaman memberi suntikan COVID-19, tetapi mereka dilupakan penduduk dunia dan jauh ketinggalan berbanding negara lain.

Agensi berita Xinhua melaporkan, tahun lalu WHO dan rakan kerjasamanya melancarkan COVAX, inisiatif global dalam memastikan akses adil dan saksama bagi perolehan vaksin COVID-19.

Sehingga kini, COVAX menyalurkan lebih 260 juta dos vaksin ke 141 negara, namun program itu menghadapi beberapa cabaran, terutama pengeluar vaksin yang lebih mengutamakan perjanjian dua hala dan negara berpendapatan tinggi bagi bekalan.

WHO, Kesatuan Afrika (AU) dan COVAX meminta pengeluar vaksin mengutamakan program itu dan mendesak negara yang berikrar akan berkongsi vaksin, termasuk teknologi dan harta intelek, supaya berbuat demikian.

AU sendiri merayu kepada pengeluar vaksin supaya memberi akses adil pasaran vaksin kepada negara benua itu dan bertekad membeli vaksin daripada terus menunggu ketibaan sumbangan negara lain.

AU turut menggesa negara pengeluar menarik balik sekatan eksport supaya benua itu dapat menangani sendiri ketidaksamaan ketara dalam akses mendapatkan vaksin kerana sebahagian besarnya diperuntukkan bagi negara kaya.

Wakil khas COVID-19 AU, Strive Masiyiwa, berkata perkongsian vaksin adalah baik, namun pihaknya tidak harus hanya bergantung pada perkongsian vaksin, sebaliknya mahu membelinya daripada pengeluar sama.

Menurut kiraan AFP, hanya sembilan dos vaksin diberi bagi setiap 100 penduduk di Afrika berbanding 118 dos bagi setiap 100 penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, 104 di Eropah, 85 di Asia, 84 di Amerika Latin dan Caribbean, 69 di Oceania, dan 54 di Asia Barat. - AGENSI


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register