BTC USD 63,381.0 Gold USD 1,746.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 buatan China | China pertimbang campur pelbagai jenis vaksin COVID-19

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,873
Reaction score
2,143
Points
201
COVID-19: Vaksin virus tidak aktif antara yang terbaik - Pakar

KUALA LUMPUR: Penggunaan virus tidak aktif dalam vaksin COVID-19 dilihat lebih meyakinkan dan selamat dalam usaha memerangi pandemik terburuk yang pernah direkodkan sejarah dunia itu.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata penggunaan vaksin virus tidak aktif sudah terbukti teknologinya sejak 40 tahun lalu.

"Vaksin virus tidak aktif dibangun menggunakan virus aktif yang lemah untuk merangsang tubuh badan menghasilkan tindak balas imun lebih baik.

"Jika kita melihat penyakit seperti polio, influenza dan rabies, kesemua wabak itu dikawal penularannya menggunakan vaksin virus tidak aktif.

"Justeru, saya yakin vaksin itu sesuai digunakan secara meluas dalam memastikan rantaian COVID-19 berjaya diputuskan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Rabu lalu, Malaysia memulakan kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 menggunakan platform vaksin virus tidak aktif atau antigen SARS-CoV-2 di sembilan hospital membabitkan 3,000 sukarelawan.

Kajian klinikal itu ditaja Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Dengan merujuk CoronaVac, iaitu vaksin virus tidak aktif keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Lifesciences Co Ltd sebagai contoh, Dr Zainal Ariffin berkata, vaksin berkenaan lebih mudah diedarkan ke seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman kerana kaedah penyimpanan yang minimum.

"Suhu diperlukan untuk vaksin itu ialah antara 2-8 darjah Celsius, iaitu suhu peralatan penyimpanan yang biasa terdapat di hospital dan klinik kerajaan.

"Ini secara tidak langsung akan memudahkan serta mempercepat proses pengedaran vaksin ke seluruh negara," katanya.

Selasa lalu, Pharmaniaga Bhd memeterai satu perjanjian dengan Kementerian Kesihatan bagi membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac apabila bekalan pertama tiba pada bulan depan.

Vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir Mac atau awal April depan.

CoronaVac telah didaftar dan diluluskan untuk kegunaan semasa kecemasan di China, Chile, Brazil, Indonesia serta Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, juga sudah mengambil vaksin itu. – BERNAMA

yg ini betul
Attenuated vaccine
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Kajian klinikal vaksin COVID-19 untungkan Malaysia

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 digerakkan di sembilan hospital milik Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan pusat kajian klinikal (CRC) masing-masing, bermula 21 Januari lalu.

Ia disusuli pelancaran rasmi kajian klinikal oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis minggu lalu.

Difahamkan kajian klinikal ke atas vaksin COVID-19 yang pertama dilakukan di Malaysia dan kita antara negara pertama di luar China terpilih menjalankan ujian itu yang dijangka membabitkan lebih 30,000 sukarelawan dari pelbagai negara.

Malaysia akan mengendalikan 3,000 sukarelawan khusus sebagai kohot pertama kajian klinikal ini.

Calon vaksin tidak aktif COVID-19 untuk kajian klinikal ini dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) sejak Februari 2020 yang berpangkalan di fasiliti kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kunming di China.

IMBCAMS ialah sebuah agensi penyelidikan vaksin milik Kerajaan China di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Kesihatan China dan mempunyai lebih 50 tahun pengalaman membangunkan vaksin sejak 1958.

Antara vaksin dibangunkan dan dipasarkan, termasuk Inactivated polio, bivalent live attenuated polio, live attenuated polio, Enterovirus dan Hepatitis.

Pusat kajian vaksin ini juga dilengkapi kemudahan makmal Kabinet Biokeselamatan Tahap 3 serta mempunyai lebih 400 pakar dan saintis.

Calon vaksin tidak aktif COVID-19 ini diuji secara klinikal melalui Fasa 1 dan Fasa 2 sejak Mei tahun lalu membabitkan lebih 1,500 sukarelawan.

Keputusan awal daripada kedua-dua fasa ini mendapati tahap keberkesanan dan data keselamatan adalah menepati kriteria untuk diuji ke peringkat Fasa 3 kajian.

Berdasarkan protokol kajian klinikal vaksin dan mematuhi piawaian antarabangsa, Fasa 3 adalah perlu dilakukan dengan jumlah sukarelawan lebih ramai dan mereka seharusnya berasal dari pelbagai negara dan latar belakang berbeza.

Ini penting untuk memastikan tahap keselamatan terus terjamin dan jika kesan sampingan berlaku, pihak penyelidik klinikal perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan.

Kajian klinikal calon untuk Fasa 3 terlebih dahulu mematuhi semua keperluan regulatori, termasuk kelulusan etika daripada Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Perubatan (MREC) dan akhir sekali, Lesen Import Kajian Klinikal (CTIL) daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) diperoleh pada 8 Januari lalu.

Proses evaluasi awal ini sebagai prasyarat untuk memastikan data awal yang diperoleh ketika fasa praklinikal, Fasa 1 dan Fasa 2 klinikal terbukti selamat untuk terus diuji ke fasa berikutnya.

Kita bertuah kerana KKM melalui agensi di bawahnya, iaitu Pusat Klinikal Kebangsaan (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM) serta kebanyakan hospital utama kerajaan di setiap negeri mempunyai fasiliti untuk menjalankan kajian klinikal juga dikenali sebagai CRC.

Pusat ini memainkan peranan penting memastikan implementasi kajian oleh pasukan penyelidik klinikal dan sukarelawan terbabit mematuhi piawaian antarabangsa seperti mana dinyatakan dalam dokumen 'Amalan Klinikal Baik' (GCP).

Tujuan pertama menjalankan Fasa 3 kajian klinikal ialah mengkaji tahap keberkesanan vaksin ke atas sukarelawan yang menepati kriteria kajian.

Keberkesanan ini bermaksud vaksin mampu merangsang imuniti badan bertindak dengan menghasilkan antibodi secara spesifik yang akan menghalang dan melawan virus itu sebelum boleh membiak dan merosakkan sistem tubuh badan.

Pencapaian sekurang-kurangnya 50 peratus tahap keberkesanan seperti kriteria pematuhan vaksin adalah perlu, sebelum sesuatu vaksin itu boleh diterima pakai dan didaftarkan pihak berkuasa kesihatan.

Tujuan kedua pula untuk merekod maklumat berkaitan tahap keselamatan terhadap penerima vaksin. Keselamatan di sini bermaksud vaksin seharusnya tidak menyebabkan kesan mudarat serius seperti penyebab kecacatan, kerosakan organ penting badan, alahan akut dan juga kematian.

Secara umumnya, pasti ada kesan sampingan boleh dikategorikan sebagai ringan dan boleh dirawat dengan segera. Semua kesan sampingan itu perlu direkodkan sebagai rujukan pihak berkuasa kesihatan nanti.

Kajian klinikal calon vaksin tidak aktif COVID-19 di Malaysia membuka sejarah baharu di mana negara mampu menjalankan kajian dengan jumlah sukarelawan teramai pernah diadakan.

Ini satu penghormatan oleh pihak luar dengan adanya fasiliti kajian klinikal dan pasukan penyelidik klinikal yang terlatih dalam bidang vaksin ini.

Peluang pakar Malaysia untuk belajar daripada pihak luar, terutama IMBCAMS terbuka luas dan IMBCAMS bersedia untuk berkongsi maklumat kajian praklinikal vaksin, serta maklumat berkaitan Fasa 1 dan Fasa 2 klinikal yang dijalankan sebelum ini.

Ini satu kelebihan dan sesuatu yang menguntungkan Malaysia serta mereka yang terbabit. Di samping dapat memberi maklumat klinikal berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin, maklumat berkenaan kesesuaian vaksin juga mampu memberikan kelebihan kepada Malaysia.

Maklumat ini sangat berguna kerana akhirnya boleh digunakan ketika pendaftaran vaksin dengan pihak berkuasa Malaysia menerusi NPRA.

Justeru, penyertaan aktif KKM serta agensi di bawahnya dan 3,000 rakyat Malaysia secara sukarela dalam kajian klinikal vaksin ini perlu diberi penghargaan tinggi.

Demi memastikan kajian klinikal ini dipantau lebih rapi, penyertaan syarikat tempatan, iaitu The Organic Pharmacy Sdn Bhd (TOPSB) dan pasukan penasihat teknikal sangat dialu-alukan.

Ini memberi kelebihan kepada TOPSB untuk berhubung rapat dengan pihak penganjur IMBCAMS dan koordinasi ini mengeratkan hubungan dari segi saintifik dan teknikal.

Seperti semua pihak sedia maklum, vaksin ini dibangunkan sebagai satu kaedah rawatan pencegahan awal untuk memastikan wabak COVID-19 terkawal dengan sebaiknya.

Namun, tahap keseluruhan keberkesanan vaksin sangat bergantung jumlah penduduk di Malaysia menerima vaksin itu nanti. Sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus rakyat Malaysia perlu menerima vaksin supaya imuniti kelompok dapat terbentuk dalam masyarakat dan penduduk amnya.

Diharapkan kajian klinikal ini yang akan membabitkan ramai pihak tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama, memberi sinar harapan supaya wabak COVID-19 di Malaysia dapat dikawal sebaiknya.

Prof Dr Azizi Ayob

Timbalan Pengarah Pusat Kajian, Inovasi dan Pembangunan (IRDI), International Medical University (IMU) dan Timbalan Presiden IMEDIK
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
7 lagi vaksin COVID-19 China mula ujian klinikal tahap 3

BEIJING: Pegawai Kementerian Sains dan Teknologi (MOST) China mengesahkan bahawa tujuh lagi vaksin COVID-19 buatan negara itu sudah memulakan ujian klinikal tahap tiga.

China kini mempunyai 16 vaksin COVID-19 yang sedang menjalani ujian klinikal, kata Ketua Pengarah Sains dan Teknologi untuk pembangunan sosial dengan MOST, Wu Yuanbin, pada persidangan haematologi baru-baru ini.

Vaksin dibangunkan Beijing Biologic Products Institute Co Ltd di bawah China National Biotec Group, yang berkerjasama dengan Sinopharm, bulan lalu menjadi yang pertama mendapat persetujuan pasaran bersyarat dari Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA).

Keputusan sementara ujian klinikal tahap tiga menunjukkan keberkesanan 79.34 peratus vaksin berkenaan terhadap COVID-19.

Sabtu lalu, China melaporkan 92 kes baru coronavirus, termasuk 73 kes tempatan dan 19 kes import, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional semalam.

Penularan kes tempatan itu, 63 dilaporkan di Jilin, sembilan kes di Heilongjiang dan satu kes di Hebei, kata suruhanjaya itu dalam laporan hariannya.

Tiada kes disyaki dilaporkan dan tidak ada kematian berkaitan wabak itu dilaporkan pada Sabtu lalu, daripada keseluruhan 4,708 kes import, yang mana 4,399 mangsa sudah keluar dari hospital dan 309 masih dirawat. - AGENSI
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,873
Reaction score
2,143
Points
201
Polis China rampas 3,000 vaksin Covid-19 palsu
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 02 Februari 2021
Selasa | 02 Februari 2021
959248.jpg

Vaksin Covid-19. - Foto: Reuters
SHANGHAI - Polis China memberkas lebih 80 individu dan merampas sebanyak 3,000 dos vaksin Covid-19 palsu sebagai sebahagian daripada usaha membanteras kegiatan jenayah berkaitan vaksin tersebut.
Suspek telah melaksanakan kerja-kerja penipuan sejak September lalu dan semua dos palsu itu sudah dikenal pasti, kata agensi media tempatan, Xinhua pada Isnin seperti dilaporkan Reuters.
Vaksin palsu itu diperbuat daripada cecair saline iaitu larutan yang terdiri daripada 0.9 peratus kepekatan sodium klorida (garam) ke dalam botol kecil dan kemudian menjualnya sebagai vaksin Covid-19.
Sindiket terbabit dikatakan berniat untuk menghantar vaksin-vaksin palsu tersebut ke luar negara dan mengambil kesempatan ketika China mengejar masa untuk menyuntik vaksin kepada 50 juta rakyatnya sebelum sambutan Tahun Baharu Cina pada pertengahan Februari.
Operasi serbuan telah dijalankan di beberapa tempat termasuk Beijing, Shanghai dan wilayah timur China, Shandong di timur China dan merampas lebih daripada 3,000 vaksin Covid-19 palsu di lokasi kejadian.
Menurut agensi berita itu, jumlah vaksin palsu yang sudah dijual tidak didedahkan kepada umum tetapi polis sudah mengesan lokasi vaksin itu berakhir.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Polis China tumpaskan sindiket vaksin COVID-19 palsu

BEIJING: Polis China menahan lebih 80 individu dan merampas 3,000 dos palsu vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada usaha membanteras jenayah berkaitan vaksin itu.

Suspek dikatakan menjalankan kerja penipuan sejak September tahun lalu, menurut agensi berita Xinhua.

Sindiket itu dikatakan mengambil kesempatan ketika kerajaan mengejar masa untuk menyuntik vaksin COVID-19 kepada berjuta-juta rakyatnya sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi,

Sindiket berkenaan memasukkan air saline (larutan yang terdiri daripada 0.9 peratus kepekatan sodium klorida (garam) ke dalam botol kecil dan menjualnya sebagai vaksin COVID-19.

Polis menyerbu beberapa lokasi di Beijing dan beberapa bandar di wilayah Jiangsu dan Shandong di timur Chhina, dan merampas lebih daripada 3,000 vaksin COVID-19 palsu di tempat kejadian.

Menurut agensi berita itu, jumlah vaksin palsu yang sudah dijual tidak didedahkan kepada umum tetapi polis sudah mengesan di mana vaksin itu berakhir.

China mengejar masa untuk membangunkan vaksin buatan sendiri dan mensasarkan untuk menyuntik vaksin kepada 50 juta rakyatnya sebelum sambutan Tahun Baharu China pertengahan Februari.

Ketika China meningkatkan kempen vaksinnya, pihak berkuasa berulang kali meyakinkan masyarakat mengenai keselamatan dan keberkesanannya, walaupun tidak mengeluarkan data percubaan klinikal yang terperinci.

Vaksin dibangunkan gergasi farmaseutikal milik negara, Sinopharm diluluskan oleh pengawal selia China untuk penggunaan umum pada Disember tahun lalu.

Sejak virus itu muncul pada tahun 2019, China sudah mendakwa ribuan orang kerana melakukan jenayah berkaitan COVID-19 termasuk menyebarkan khabar angin, menyembunyikan jangkitan dan tidak mematuhi panduan.

Negara ini juga tidak asing dengan skandal vaksin.

Pada tahun 2018, pengeluar vaksin terkemuka Changsheng Bio-Technology didenda $1.3 bilion selepas pengawal selia mendapati vaksinnya tidak menepati standard, yang menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap vaksin pada masa itu. -AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
China bekal 10 juta vaksin untuk negara membangun

BEIJING: China akan membekalkan 10 juta dos vaksin COVID-19 kepada program pengedaran vaksin antarabangsa (COVAX) atas permintaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memenuhi keperluan kecemasan negara-negara membangun.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, dalam satu sidang akhbar berkata, ia adalah antara langkah penting China untuk mendorong pengagihan vaksin secara adil, memperkasa kerjasama antarabangsa melawan wabak dan mengamalkan konsep komuniti berkongsi nasib dalam bidang kesihatan.

Sementara itu, Wenbin turut menyatakan bahawa China telah menyertai COVAX secara rasmi dan mengekalkan interaksi rapat dengan pihak penganjur termasuk WHO.

Jelasnya, kedua-dua pihak akan berusaha bersama-sama memastikan vaksin dapat dijadikan produk awam global mampu milik bagi negara-negara membangun.

Wenbin berharap negara berkemampuan bersama-sama menyokong COVAX dan usaha WHO untuk membantu negara membangun mendapatkan vaksin di samping memberi sumbangan sewajarnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatasi wabak COVID-19 seawal mungkin.

Dalam perkembangan lain, WHO turut memaklumkan telah memulakan semakan semula bagi memberi kebenaran penggunaan kecemasan terhadap vaksin buatan China.

Menurut WHO, pihaknya telah menerima kerjasama aktif daripada syarikat-syarikat China. - BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,084
Reaction score
12,469
Points
2,376
China bekal 10 juta vaksin untuk negara membangun

BEIJING: China akan membekalkan 10 juta dos vaksin COVID-19 kepada program pengedaran vaksin antarabangsa (COVAX) atas permintaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memenuhi keperluan kecemasan negara-negara membangun.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, dalam satu sidang akhbar berkata, ia adalah antara langkah penting China untuk mendorong pengagihan vaksin secara adil, memperkasa kerjasama antarabangsa melawan wabak dan mengamalkan konsep komuniti berkongsi nasib dalam bidang kesihatan.

Sementara itu, Wenbin turut menyatakan bahawa China telah menyertai COVAX secara rasmi dan mengekalkan interaksi rapat dengan pihak penganjur termasuk WHO.

Jelasnya, kedua-dua pihak akan berusaha bersama-sama memastikan vaksin dapat dijadikan produk awam global mampu milik bagi negara-negara membangun.

Wenbin berharap negara berkemampuan bersama-sama menyokong COVAX dan usaha WHO untuk membantu negara membangun mendapatkan vaksin di samping memberi sumbangan sewajarnya bagi masyarakat antarabangsa untuk mengatasi wabak COVID-19 seawal mungkin.

Dalam perkembangan lain, WHO turut memaklumkan telah memulakan semakan semula bagi memberi kebenaran penggunaan kecemasan terhadap vaksin buatan China.

Menurut WHO, pihaknya telah menerima kerjasama aktif daripada syarikat-syarikat China. - BERNAMA

Termasuklah negara kita kan
Negara membangun
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19: 2 vaksin China pada peringkat amat maju dalam penilaian EUL

GENEVA: Dua vaksin COVID-19 keluaran China kini 'berada pada peringkat sangat maju' dalam penilaian Prosedur Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua, semalam.

Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Kepada Perubatan, Vaksin dan Farmaseutikal, Mariangela Simao, berkata vaksin dihasilkan oleh Sinovac serta Sinopharm itu adalah antara empat vaksin yang berada pada peringkat sangat maju untuk kelulusan.

"Sepasukan pakar dari WHO kini berada di China dan akan memulakan pemeriksaan pada minggu depan berikutan mereka sedang menjalani kuarantin ketika ini," katanya pada sidang media.

Ia berkemungkinan membolehkan vaksin itu diberi kelulusan dalam tempoh lebih cepat berikutan Sinovac dan Sinopharm telah selesai menjalani beberapa ujian klinikal Fasa 3, seperti yang ditunjukkan dalam dokumen awam mingguan yang dikemas kini dalam laman sesawang WHO.

EUL, iaitu proses pelesenan vaksin baharu oleh WHO, adalah penting untuk pelbagai permohonan, termasuk sebagai sebahagian daripada Fasiliti COVAX diketuai WHO bagi memastikan akses cekap dan saksama terhadap vaksin COVID-19 secara global.

Setakat ini, Simao berkata, hanya vaksin Pfizer-BioNTech sudah menerima kelulusan EUL, manakala AstraZeneca (Britain) dan SK Bioscience (Korea Selatan) sedang dinilai. - BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register