BTC USD 55,222.0 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Vaksin COVID-19 buatan China | China pertimbang campur pelbagai jenis vaksin COVID-19

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

China pertimbang campur pelbagai jenis vaksin COVID-19​

BEIJING: China mempertimbangkan untuk mencampurkan vaksin COVID-19 daripada berlainan jenis bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanannya.

Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Gao Fu, berkata rancangan itu antara usaha difikirkan kerajaan untuk menangani isu tahap keberkesanan vaksin sedia ada yang rendah.

Beliau berkata, antara pilihan yang boleh diambil bagi menangani isu keberkesanan vaksin adalah dengan mempelbagaikan dos vaksin menerusi teknologi berbeza.

Katanya, pilihan yang dibangkitkan itu turut dilakukan banyak pakar kesihatan di luar negara ketika ini.

"Pakar tidak seharusnya mengendahkan vaksin mRNA hanya kerana ada beberapa suntikan (vaksin) COVID-19 dan pembangunan lebih lanjut berkaitan vaksin perlu dilaksanakan," katanya dalam persidangan di Chengdu.


Kenyataannya itu menunjukkan buat pertama kali pakar terkemuka China menyentuh isu keberkesanan vaksin dihasilkan negara itu secara terbuka.


Buat masa ini, vaksin yang dihasilkan China tidak membabitkan jenis mRNA berbanding produk dihasilkan gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan BioNTech serta Moderna.


China setakat ini memberikan 161 juta dos vaksin kepada rakyatnya sejak tahun lalu dan mensasarkan 40 peratus daripada 1.4 bilion rakyatnya menerima inokulasi menjelang Jun ini.


Bagaimanapun, pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin masih perlahan apabila kehidupan masyarakat kembali normal selain penularan pandemik itu masih terkawal. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

Nepal starts second phase of vaccination program with Chinese vaccines​

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,495
Reaction score
4,441
Points
601

Vaksin Coronavac 80 peratus berkesan cegah kematian​

SANTIAGO: Vaksin Coronavac buatan China berkesan sehingga 67 peratus untuk mencegah kes COVID-19 tanpa simpom dan 80 peratus bagi mengelak kematian.

Hasil kajian itu dikeluarkan menerusi bukti data kempen inokulasi di Chile, semalam.

Menteri Kesihatan, Enrique Paris, berkata data sepanjang Februari dan Mac lalu ketika Chile melaksanakan program vaksinasi itu seharusnya menenangkan semua negara.

Data itu diperoleh hasil diambil daripada perbandingan antara mereka yang sudah divaksin sepenuhnya, divaksin dengan hanya satu dose dan tidak divaksin, membabitkan jumlah keseluruhannya sebanyak 10.5 juta sampel.

Malah, kajian juga menunjukkan pemberian vaksin 85 peratus berkesan dalam menghalang rawatan di hospital akibat simptom serius dan 89 peratus mencegah kemasukan ke rawatan rapi.


Chile ketika ini mahu menyuntik vaksin sebanyak 80 peratus atau 15.2 juta penduduk negara itu dan ia dilihat paling ke hadapan di Amerika Latin, malah kempen inokulasinya antara yang paling pesat berkembang di dunia.


Jumaat lalu, Chile berjaya memberikan sekurang-kurang satu dos vaksin kepada 7.6 juta rakyatnya dan kedua-dua dos pula kepada lima juta penduduk iaitu satu pertiga penduduk yang disasarkan di negara itu.


Kempen vaksinasi Chile bermula pada sambutan Krismas lalu, didahului dengan petugas kesihatan, disusuli golongan berusia.


Vaksin Coronavac dihasilkan firma China, Sinovac dan mendominasi 86.9 peratus kempen vaksinasi di Chile dan selebihnya akan diberikan suntikan Pfizer/BioNtech. - AFP
 

mohamad71

Active Member
Joined
Apr 23, 2007
Messages
2,068
Reaction score
24
Points
25
Kalau 2 kali kena suntik vaksin masih kena Covid maknanya tak berkesan.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,156
Reaction score
2,157
Points
201
Tujuan kita cucuk baksin utk memperkenalkan bdn kita kpd virus protin yg lemah

kalau immune system kita sendiri masih lemah, antibody yg developed tu tak cukup kuat utk melawan

relapsed la smula

masalah skrang, pakar sajes cucuk saja
Dia tak tekankan mcm mana nak boost immune system sendiri
Mereka menyembunyikan fakta sebenar
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register