Covid-19 Vaksin COVID-19 buatan China | China lulus 16 vaksin COVID-19 untuk ujian klinikal

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
INix peroleh akses pembekalan vaksin Covid-19 dari China

KUALA LUMPUR - Inix Technologies Holdings Bhd (INix) memperoleh akses pembekalan vaksin Covid-19 daripada tiga buah syarikat dari China.

Tiga pembekal iNix untuk vaksin Covid-19 itu ialah Sinovac Biotech Co Ltd, Cansino Biologics Inc dan Sinopharm China National Biotech Group Co Ltd (CNBG).

Susulan itu, iNix telah menyerahkan permohonannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) kelmarin bagi tujuan pembekalan vaksin berkenaan.

Inix dalam kenyataan medianya berkata, pendaftaran iNnix dengan NPRA sangat penting untuk pengedaran vaksin di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia harus memastikan bahawa hanya vaksin yang memenuhi syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan didaftarkan dan digunakan di negara ini.

"Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk NPRA dan pihak berkuasa kawalan ubat untuk kelulusan sebelum vaksin Covid-19 dapat digunakan di Malaysia," kata kenyataan itu pada Rabu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai imuniti kelompok sebanyak 60 hingga 70 peratus atau 20 hingga 30 peratus populasi Malaysia perlu diberikan vaksin Covid-19.

Buat masa ini, kerajaan telah menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, Pfizer dan AstraZeneca untuk perolehan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi.

Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta

"Sebaik sahaja iNix mendapat persetujuan daripada KKM, iNix boleh mengimport dan membekalkan vaksin terbabit serta melakukan Percubaan Klinikal Fasa 3 di mana ia akan ditaja sepenuhnya oleh Inix sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat," kata Inix.

Tambah iNix lagi, percubaan klinikal pertama di Malaysia ini dijangka melibatkan kira-kira 3,000 sukarelawan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...h-akses-pembekalan-vaksin-Covid-19-dari-China
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
Ikuti Jokowi, Presiden Erdogan Juga Disuntik Vaksin Sinovac | tvOne Minute


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 di 9 hospital

KUALA LUMPUR: Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan hospital dengan masing-masing di bawah kendalian Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre-CRC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini akan membabitkan seramai 3,000 sukarelawan.

Katanya, Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaksin buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.

"Semua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA diperoleh pada 8 Januari lalu.

"Semoga kajian ini akan dipermudahkan dengan keberkesanan yang tinggi dan kesan samping minima," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua sukarelawan boleh mendapatkan maklumat lanjut sembilan hospital terdekat dengan talian yang disertakan berikut.

Hospital Ampang di talian 016-728 6617, Hospital Sungai Buloh (011-10045343); Hospital Taiping, Perak (019-854 6373); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak (011-6331 1654) dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-906 5518).

Talian untuk dihubungi bagi Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah ialah 019-554 4976; Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (017-793 1938), Hospital Pulau Pinang (016-5213055) dan Hospital Sarawak Umum (012-310 8108).
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,388
Reaction score
1,998
Points
201
Jakim sahkan vaksin Covid-19 dari China halal

Kuala Lumpur: Vaksin Covid-19 diperakukan halal selepas mendapat kelulusan dan saringan Perkhidmatan Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengesahan ini didedahkan dalam soalan lazim terbitan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM).
Nombor Sijil halal diperoleh vaksin itu ialah 2019ILC/L-056052820.
Ia sekali gus menjawab persoalan diutarakan ramai yang bimbang dengan status kehalalan vaksin berkenaan.
Vaksin Covid-19 yang disahkan halal ini dibangunkan oleh Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan, China.
Vaksin itu kini bakal menjalani kajian Klinikal Fasa 3 di sembilan hospital di negara ini bermula 21 Januari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 9:02 PM
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
Bioalpha edar vaksin COVID-19 dari China

KUALA LUMPUR: Bioalpha Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Bioalpha International Sdn Bhd (BISB) memeterai perjanjian perolehan dan pengedaran dengan Shanghai Bukun Trading Co Ltd (SBTC) bagi mendapatkan serta mengedarkan vaksin di Malaysia.

Pengeluar produk makanan tambahan kesihatan itu dalam satu kenyataan berkata, perjanjian terbabit turut merangkumi vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Sinovac Biotech Co Ltd (Sinovac Biotech), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

SBTC adalah anak syarikat milik penuh Sinopharm (Hainan) Health Industry Co Ltd, sebahagian daripada Sinopharm

Group Co Ltd atau China National Pharmaceutical Group yang juga syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan terbesar China.

Di bawah perjanjian itu, BISB akan mendapatkan vaksin Sinovac Biotech COVID-19 dari SBTC untuk tujuan pengedaran di Malaysia, tertakluk kepada kelulusan.

BISB akan membeli sejumlah 100,000 dos dari SBTC bagi fasa pertama, manakala baki pesanan berikutnya boleh mencapai 1 juta dos.

Vaksin akan dibeli secara siap untuk digunakan yang tidak memerlukan proses pengisian dan pembotolan semula.

Penghantaran vaksin kepada BISB dijangka akan dilakukan dalam tempoh tiga minggu setelah pembayaran dibuat.

Perjanjian berkuat kuasa mulai 25 Januari 2021 untuk tempoh dua tahun.

Pengarah Urusan Bioalpha, William Hon, berkata kumpulan menjadi salah satu syarikat penjagaan kesihatan yang mendapatkan bekalan vaksin Sinovac Biotech COVID-19 di Malaysia.

"Walaupun kami memahami kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada rakyat, namun banyak pertanyaan daripada syarikat-syarikat untuk memberikan suntikan vaksin kepada pekerja warga asing secepat mungkin setelah mendapat kelulusan.

"Oleh itu, kami yakin ada permintaan besar untuk vaksin di sektor swasta. Sasaran pasaran kami adalah ekspatriat dan pekerja warga asing daripada pelbagai industri," katanya.

Hon berkata, negara menyaksikan peningkatan jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi dan berada pada tahap yang membimbangkan.

Beliau berkata, sektor pembuatan dan pembinaan menjadi penyumbang utama kepada kadar jangkitan ini terutama disebabkan oleh cabaran berkaitan dengan asrama dan pengangkutan pekerja warga asing.

Oleh itu katanya, vaksinasi adalah penyelesaian penting untuk membendung penyebaran virus, seterusnya membolehkan perniagaan terus beroperasi.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
Kajian klinikal Fasa 3 vaksin bermula hari ini

PUTRAJAYA: Kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 bermula hari ini dengan penghantaran vaksin ke semua tapak percubaan secara berperingkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, hari ini berkata mereka memulakan kajian ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) itu dengan objektif menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Pelancaran kajian berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara virtual dari pejabatnya di sini, tengah hari tadi.

Kenyataan itu menyebut, inisiatif kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China menerusi IMBCAMS itu berperanan menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-COV-2.

"Pelaksanaannya perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki yang akan dipantau secara ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM.

"Kajian ini adalah ujian terhadap vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif seperti platform yang digunakan oleh Sinopharm (China), CoronaVac dari Sinovac (China) dan Covaxin dari Bharat Biotech (India)," katanya.

KKM berkata, kajian klinikal Fasa 1 dan 2 yang dijalankan peserta di China merekodkan tindak balas imun yang signifikan terhadap antigen SARS-CoV-2 serta tidak menunjukkan kesan sampingan serius, iaitu tidak melebihi 30 peratus secara keseluruhan bagi tempoh 28 hari selepas imunisasi dilaksanakan.

Pada masa sama, pihak IMBCAMS sudah menjalankan tinjauan lapangan dan fasiliti percubaan klinikal KKM dan buat masa ini semua sembilan hospital KKM bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan kajian klinikal Fasa 3 terbabit.

Sementara itu, KKM memaklumkan kajian vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif dibuat daripada virus yang dimatikan menerusi proses fizikal atau kimia serta tidak berpotensi menyebabkan penyakit.

Penggunaan vaksin tidak aktif seperti vaksin untuk Hepatitis A, selesema, polio dan rabies biasanya tidak memberi imuniti yang kuat seperti vaksin hidup, justeru ia memerlukan beberapa dos dari semasa ke semasa untuk membina tindak balas imuniti terhadap penyakit COVID-19.

Menurut maklumat tambahan KKM, vaksin kajian diterima pada 23 Januari lalu, manakala peserta pertama dijangka menerima pelalian bermula pada akhir Januari atau awal Februari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 50 peratus daripada 3,000 sukarelawan akan menerima dua dos vaksin tidak aktif sementara separuh lagi akan menerima dua dos plasebo, tetapi tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2.

Semua sukarelawan itu akan diberi dua dos dalam tempoh selang 14 hari pada otot lengan atas dan diwajibkan menghadiri senam lawatan dalam tempoh dua bulan, disusuli selama 13 bulan.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,388
Reaction score
1,998
Points
201
Senjata Terkini Beijing dalam Perangnya pada COVID-19: Anal Swab

15.1.21
Pihak berkuasa di Beijing memerintahkan sapuan dubur untuk beberapa orang yang mungkin telah menghubungi pesakit COVID-19, dalam usaha terbarunya untuk menahan wabak tempatan.

Para pegawai mengatakan pada hari Rabu lalu bahawa sapuan dubur telah diberikan kepada lebih dari 1,000 pelajar dan guru di sebuah sekolah di daerah Daxing di ibu negara China, setelah seorang budak lelaki berusia sembilan tahun didapati positif coronavirus.

Walaupun China berjaya menahan wabak ini pada separuh kedua tahun 2020, negara tersebut kini menghadapi kelompok baru yang terkait dengan varian virus dari luar negara, yang memberikan tekanan baru kepada pemerintah.

Penyapu dubur untuk ujian coronavirus bukanlah perkara baru di China. Beberapa hospital telah menguji sampel rektum atau kotoran pesakit yang disahkan, setelah kajian mendapati coronavirus dapat dikesan pada sistem pencernaan orang lebih lama daripada pada saluran pernafasan mereka.

Menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional, penyapu kapas harus diletakkan 3 hingga 5 sentimeter (sekitar 1 hingga 2 inci) di dalam rektum semasa sapuan dubur.

Alex Wang, 21, mengatakan kepada VICE World News bahawa dia mempunyai dua sapuan dubur di sebuah hotel karantina pada bulan September, setelah dia kembali dari Australia ke kampung halamannya Weihai, di wilayah timur Shandong.

Wang berkata dua jururawat menyuruhnya memegang kerusi dan menggunakan sebelah tangan untuk melepaskan pantatnya. Penyapu itu berlangsung beberapa saat. Wang berkata, dia seperti cirit-birit.

"Pada mulanya saya malu," kata Wang. "Tetapi saya faham negara ini berada di bawah tekanan untuk mencegah wabak."

Tetapi laporan mengenai sapuan dubur berskala besar di Beijing mendorong gelombang panik dalam talian, kerana orang bimbang ujian yang tidak menyenangkan akan dilancarkan kepada masyarakat umum.

"Hidungnya cukup tidak selesa, saya tidak dapat membayangkannya," seorang pengguna Weibo mengulas.

"Saya bimbang saya akan kentut semasa disapu," kata orang lain.

Li Tongzeng, seorang doktor di Rumah Sakit Beijing You’an, mengatakan kepada penyiar CCTV negara bahawa dalam beberapa kes ringan dan tanpa gejala, virus itu hanya dapat dikesan pada sampel dubur tetapi tidak pada sapuan pernafasan.

Li berkata, melakukan sapuan dubur dan tekak akan mengurangkan kemungkinan jangkitan terlepas. Tetapi kerana tidak mudah melakukan sapuan dubur untuk sebilangan besar orang, ujian ini hanya diperlukan untuk "populasi utama," seperti mereka yang berada di bawah karantina, katanya.

Para penyelidik telah mengkaji apakah sapuan dubur dapat membantu doktor menyaring kemungkinan jangkitan atau mengenal pasti kes-kes yang teruk pada peringkat awal.

Satu kajian di Weihai mendapati coronavirus positif pada swab dubur tetapi negatif pada jenis sampel lain dari beberapa pesakit yang disembuhkan. Satu lagi kajian di bandar Guangzhou selatan menunjukkan pengesanan virus pada sapu dubur adalah petunjuk amaran penyakit yang teruk.

Para penyelidik masih berusaha untuk mengesahkan sama ada coronavirus dapat menular melalui tinja atau air kencing. Satu kajian mengenai wabak di sebuah bangunan pangsapuri di Guangzhou menunjukkan virus itu mungkin menyebar melalui sistem air sisa.

Ikuti Viola Zhou di Twitter.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,063
Reaction score
4,421
Points
601
COVID-19: Vaksin virus tidak aktif antara yang terbaik - Pakar

KUALA LUMPUR: Penggunaan virus tidak aktif dalam vaksin COVID-19 dilihat lebih meyakinkan dan selamat dalam usaha memerangi pandemik terburuk yang pernah direkodkan sejarah dunia itu.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata penggunaan vaksin virus tidak aktif sudah terbukti teknologinya sejak 40 tahun lalu.

"Vaksin virus tidak aktif dibangun menggunakan virus aktif yang lemah untuk merangsang tubuh badan menghasilkan tindak balas imun lebih baik.

"Jika kita melihat penyakit seperti polio, influenza dan rabies, kesemua wabak itu dikawal penularannya menggunakan vaksin virus tidak aktif.

"Justeru, saya yakin vaksin itu sesuai digunakan secara meluas dalam memastikan rantaian COVID-19 berjaya diputuskan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Rabu lalu, Malaysia memulakan kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 menggunakan platform vaksin virus tidak aktif atau antigen SARS-CoV-2 di sembilan hospital membabitkan 3,000 sukarelawan.

Kajian klinikal itu ditaja Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Dengan merujuk CoronaVac, iaitu vaksin virus tidak aktif keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Lifesciences Co Ltd sebagai contoh, Dr Zainal Ariffin berkata, vaksin berkenaan lebih mudah diedarkan ke seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman kerana kaedah penyimpanan yang minimum.

"Suhu diperlukan untuk vaksin itu ialah antara 2-8 darjah Celsius, iaitu suhu peralatan penyimpanan yang biasa terdapat di hospital dan klinik kerajaan.

"Ini secara tidak langsung akan memudahkan serta mempercepat proses pengedaran vaksin ke seluruh negara," katanya.

Selasa lalu, Pharmaniaga Bhd memeterai satu perjanjian dengan Kementerian Kesihatan bagi membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac apabila bekalan pertama tiba pada bulan depan.

Vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir Mac atau awal April depan.

CoronaVac telah didaftar dan diluluskan untuk kegunaan semasa kecemasan di China, Chile, Brazil, Indonesia serta Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, juga sudah mengambil vaksin itu. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register