InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,278
- Reaction score
- 4,422
- Points
- 601
China luluskan vaksin Sinopharm
BEIJING: China meluluskan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal Sinopharm hari ini, dengan dos pertama diberikan kepada orang ramai, sebagai persediaan menghadapi peningkatan risiko akibat musim sejuk.
Tiada data vaksin didedahkan namun pembangunnya, Institut Produk Biologi Beijing, unit anak syarikat Sinopharm, Kumpulan Biotek Nasional China (CNBG) berkata, vaksin itu 79.34 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan virus ke atas manusia.
Kelulusan itu diberikan selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan ini menjadi negara pertama memberikan vaksin kepada orang ramai.
Ketika China agak lambat meluluskan vaksin COVID-19 berbanding negara lain, negara itu sudah memberi tiga suntikan berbeza ke atas rakyatnya.
China melancarkan kegunaan kecemasan pada Julai, disasarkan kepada pekerja sektor penting serta golongan berisiko tinggi dan sehingga akhir November, sudah memberikan 1.5 juta dos menggunakan sekurang-kurangnya tiga produk berbeza, dua dibangunkan CNBG dan satu oleh Sinopharm.
Kadar keberkesanan suntikan Sinopharm mencecah lebih 90 peratus berbanding vaksin dikeluarkan pesaing mereka, Pfizer Inc dan BioNTech serta Moderna Inc, sekali gus menunjukkan perkembangan China dalam membangunkan vaksin COVID-19 yang berkesan.
Kelulusan pihak berkuasa ialah syarat diberikan untuk vaksin yang amat diperlukan bagi menangani kecemasan kesihatan umum, walaupun fasa percubaan klinikal masih belum selesai, kata Pengurusan Produk Perubatan Nasional hari ini.
Kelulusan itu diberikan ketika Britain semalam meluluskan vaksin kedua COVID-19, yang dibangunkan Universiti Oxford dan AstraZeneca, bagi menghadapi musim sejuk dan variasi baharu virus. - AGENSI