Covid-19 Vaksin COVID-19 buatan China | China approves homegrown single-dose vaccine CanSino

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
UAE luluskan pendaftaran vaksin China

BEIJING - Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin tidak aktif yang dikembangkan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) di negara itu.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan UAE mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan pada Rabu. Ini menunjukkan kepercayaan dan akuan pihaknya terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin buatan China itu.

Menurut hasil ujian klinikal fasa tiga vaksin yang dijalankan oleh Sinopharm, kadar keberkesanan anti jangkitan Covid-19 vaksin itu mencatat 86 peratus, kadar tukaran neutralisasi serum antibodi mencatat 99 peratus dan boleh mencegah kes COVID-19 ringan kepada kes sederhana atau kritikal dengan seratus peratus.

Majlis pelancaran ujian klinikal fasa tiga vaksin itu diadakan di UAE pada 23 Jun, diikuti ujian rasmi mula dijalankan pada 16 Julai.

Kira-kira 31,000 sukarelawan dari 125 buah negara dan kawasan yang menetap di UAE menerima suntikan vaksin Sinopharm itu.

Pada 14 September, kementerian kesihatan UAE telah meluluskan penggunaan vaksin Sinopharm itu kepada petugas perubatan di barisan hadapan. -- BERNAMA

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114206/KHAS/Covid-19/UAE-luluskan-pendaftaran-vaksin-China
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
Peru gantung ujian klinikal vaksin COVID-19 China

LIMA: Peru menangguhkan sementara ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh gergasi ubat China, Sinopharm selepas mengesan masalah neurologi di salah seorang sukarelawan ujiannya.

Institut Kesihatan Nasional semalam menyatakan ia memutuskan untuk campur tangan dan menghentikan ujian selepas sukarelawan mengalami kesukaran menggerakkan tangan mereka, menurut media tempatan.

"Beberapa hari lalu kami memberi isyarat, seperti yang kami dikehendaki, kepada pihak berkuasa pengawalseliaan bahawa salah seorang peserta kami (dalam ujian) menunjukkan gejala neurologi yang sama seperti keadaan yang disebut sindrom Guillain-Barre (keradangan saraf di luar otak dan saraf tunjang)," kata ketua penyelidik German Malaga dalam komentarnya kepada pemberita.

Sindrom Guillain-Barre adalah penyakit yang jarang berlaku dan tidak menular, yang mempengaruhi pergerakan lengan dan kaki.

Peru mengisytiharkan darurat kesihatan sementara di lima wilayah pada Jun tahun lalu berikutan beberapa kes.

Pada 1970-an, kempen untuk menyuntik orang Amerika terhadap serangan selesema babi yang dikatakan begitu mengancam dihentikan selepas kira-kira 450 orang yang diberi vaksin mengalami sindrom, yang juga boleh menyebabkan kelumpuhan.

Ujian klinikal Peru untuk vaksin Sinopharm akan berakhir minggu ini, selepas menguji seramai kira-kira 12,000 orang.

Sekiranya mereka berjaya - yang tidak akan diketahui hingga pertengahan 2021 - kerajaan Peru dijangka membeli hingga 20 juta dos untuk menyuntik dua pertiga penduduknya.

Seramai 60,000 orang di seluruh dunia telah mengambil vaksin Sinopharm, termasuk sukarelawan di Argentina, Russia dan Arab Saudi.

Peru mempunyai angka kematian per kapita tertinggi di dunia akibat virus itu, yang setakat semalam telah mengakibatkan 36,499 kematian dan 979,111 jangkitan.

Pandemik itu telah menjejaskan ekonomi negara Amerika Selatan, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjunam lebih 30 peratus pada suku kedua. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
COVID-19: Indonesia sasar bekal vaksin bukan subsidi kepada 75 juta penduduk

JAKARTA: Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia menyasarkan pembekalan vaksin COVID-19 yang bukan subsidi kepada 75 juta penduduk dalam tempoh lapan atau sembilan bulan akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri BUMN yang juga Ketua Eksekutif Jawatankuasa Menangani COVID-19 dan Pemulihan Ekonomi (KPCPEN), Erick Thohir.

Menurut Kementerian Kesihatan pula, petugas kesihatan akan menjadi kumpulan pertama diberikan vaksin dalam usaha membasmi jangkitan COVID-19 di Indonesia.

Kira-kira 32 juta penduduk akan layak untuk menerima vaksin subsidi.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan klinik serta hospital swasta untuk melaksanakan program vaksinasi bagi mereka yang bersedia membayar.

Kerajaan Indonesia telah membelanjakan hampir AS$45 juta untuk membeli vaksin dari China, tahun ini.

Pada fasa pertama, 1.2 juta dos vaksin sudahpun tiba di Indonesia dan akan digunakan pada awal tahun depan.

Fasa berikutnya akan menyaksikan 1.8 juta dos lagi dihantar pada Januari tahun depan. - BERNAMA
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Siap backing lagi vaksin cina komunis
Walhal mereka menindas org islam ughyur kita

————
Dakwaan vaksin China tak selamat tidak berasas

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan dibuat sebuah akhbar mengenai vaksin yang dikeluarkan China sebagai tidak selamat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini kerana negara itu sudah sekian lama mengeluarkan vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk pelbagai penyakit termasuk polio, influenza, Hepatitis A serta Japanese Encephalitis (JE).

Justeru, beliau menafikan dakwaan dibuat akhbar mingguan yang diedarkan secara percuma itu memandangkan China terbukti mempunyai pengalaman dalam menghasilkan vaksin.

"Ia adalah tidak benar dengan mengatakan vaksin dari CChina tidak selamat. Ini informasi tidak benar langsung.

"Sekarang ini, ia adalah vaksin baharu yang memerlukan kajian. Setakat ini ada 12 vaksin dalam kajian fasa ketiga dan KKM masih menunggu dokumen membabitkan kajian itu.

"Kita akan melihat keberkesanan serta kesan samping vaksin itu," katanya pada sidang media COVID-19 hari ini.

Mengulas kerjasama Malaysia dengan China dalam melaksanakan ujian klinikal vaksin COVID-19 di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Etika Perubatan hari ini sedang melihat vaksin dihasilkan Institut Molekular Biologi di Beijing, China.

Beliau berkata, vaksin itu, apabila diluluskan jawatankuasa berkenaan kelak, akan digunakan terhadap 3,000 peserta di lapan hospital dikenal pasti sebelum ini.

"Kita akan menunggu keputusan itu dan jika ia diluluskan jawatankuasa berkenaan, barulah kita boleh perkenalkan di hospital yang sudah dinamakan.

"Ini adalah kajian untuk melihat keberkesanan dan kesan sampingan vaksin di negara kita, yang mempunyai populasi berbeza dengan penduduk China.

"Kami juga sedang memantau kajian terhadap vaksin lain dan setakat ini belum ada kes (kesan sampingan) vaksin dilaporkan kepada KKM," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
Kemboja enggan rakyatnya dijadikan 'tikus makmal' uji vaksin China

PHNOM PENH: Kemboja, dalam satu reaksi mengejut kepada sekutu rapat, China, mengumumkan tidak akan membenarkan rakyat mereka dijadikan 'tikus makmal' bagi menguji keberkesanan vaksin COVID-19 dibangunkan negara itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, berkata beliau tidak akan membenarkan penduduk negara itu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran China, walaupun ia diberikan secara percuma.

"Jika vaksin berkenaan tidak diluluskan tetapi masih diguna untuk program inokulasi rakyat, amat malang sekali sekiranya ia menyebabkan kematian atau komplikasi kesihatan yang serius.

"Justeru, kami sedia menunggu dan akan menggunakan pelitup muka sementara menanti vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kemboja akan membeli dos vaksin dari mana-mana negara jika ia sudah diluluskan WHO," katanya dalam ucapan secara langsung di televisyen, yang dipetik Khmer Times.

Beliau juga menegaskan tidak akan membenarkan rakyat Kemboja digunakan sebagai 'tikus makmal' untuk sebarang percubaan vaksin oleh mana-mana negara atau syarikat, melainkan ia diluluskan oleh WHO.

Sementara itu, Nikkei Asia melaporkan, Kemboja akan mendapat bekalan satu juta dos vaksin COVID-19, namun tidak menyenaraikan vaksin Sinovac dari China.

Hun Sen berkata, beberapa negara sudah membangunkan vaksin mereka sendiri, namun tiada yang mendapat kelulusan WHO setakat ini, termasuk Russia, Britain, Amerika Syarikat (AS) atau Jerman.

Beliau turut memaklumkan, stok vaksin sudah ditempah melalui program COVAV di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menawarkan subsidi kepada 92 negara berpendapatan rendah.

"Kemboja menyasarkan perolehan 26 juta dos vaksin bagi menyuntik 13 juta daripada 16 juta penduduknya secara percuma dengan peruntukan antara AS$100 juta (RM403 juta) dan AS$200 juta (RM806 juta)," katanya.

Pada masa sama, kerajaan Kemboja turut menerima lebih AS$48 juta (RM194 juta) didermakan lebih 38,000 individu termasuk sumbangan terbesar AS$5 juta (RM20.1 juta) oleh bilionair kasino milik warga Malaysia, NagaWorld. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601

China's state-owned drug maker Sinopharm has said its COVID-19 vaccine is close to 80 per cent effective. It has applied to Chinese regulators for approval.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,677
Reaction score
366
Points
141
China ni x guna vaksin pon xde kes ketara di negara mereka sejak bulan Mac 2020..
rasanya diorg lepaskan vaksin yg x brape bagus utk diberikan kpd negara asing..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register