Covid-19 Vaksin COVID-19 buatan China | China approves homegrown single-dose vaccine CanSino

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,314
Reaction score
1,545
Points
201
Vaksin: Ada kelonggaran dalam soal halal jika darurat, kata menteri
PARLIMEN | Meskipun dalam Islam ubat-ubatan mestilah dibuat daripada bahan-bahan yang halal dan baik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad berkata ada kelonggaran untuk menggunakan sumber yang haram jika dalam keadaan darurat.

Menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) tentang peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menentukan isu halal dan haram sesuatu vaksin, Zulkifli menjelaskan hukumnya adalah harus bagi tujuan pencegahan sesuatu penyakit dan menjaga nyawa.

Katanya, soal itu di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) - sebuah agensi di bawah Jakim - yang sentiasa mengkaji perkara itu mengikut keperluan dari masa ke masa.

“Mesyuarat Muzakarah MKI telah menjelaskan hukum harus bagi penggunaan vaksin, selari dengan kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam berteraskan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa.

“Dalam isu perubatan, ulama sepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (thoyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang memudaratkan kesihatan badan dan akal manusia.

“Namun, terdapat kelonggaran menggunakan sumber yang haram dalam kes darurat yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit kronik [...] sedangkan sumber halal tidak diperoleh,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan menteri bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memaklumkan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19, vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan.

Terbaru, dilaporkan Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin, yang memberi negara keutamaan akses vaksin Covid-19 yang dikembangkan China
Huh pantas betul klu malaysia china ni
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
Vaksin: Perjanjian Malaysia-China pemangkin kerjasama dua negara

KUALA LUMPUR- Perjanjian Malaysia-China dalam pembekalan vaksin Covid-19 akan menjadi pemangkin kepada perluasan kerjasama dan kolaborasi saintifik antara kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka Baginda mengalu-alukan komitmen yang telah diberikan kerajaan China kepada Malaysia, untuk disenaraikan sebagai negara penerima utama vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan oleh negara itu.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar keakraban, kerjasama dua hala di pelbagai sektor dan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974 ini dapat diperkukuh dan dipertingkat lagi demi kepentingan dan kesejahteraan ekonomi bersama,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian di Istana Negara bagi majlis perpisahan duta tersebut.

Komitmen China kepada Malaysia untuk disenaraikan sebagai penerima utama vaksin itu hasil persetujuan dicapai Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya, Wang Yi dalam perjumpaan yang telah diadakan pada 13 Oktober lepas. Pemeteraian perjanjian secara maya membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya,Wang Zhigang berlangsung pada 18 November.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita kerana kedua-dua negara masih mencatatkan pertumbuhan positif dari aspek jumlah perdagangan walaupun perdagangan di peringkat global terkesan akibat ancaman wabak Covid-9.

“Ini menggambarkan kemampanan dan daya tahan ekonomi Malaysia dan China yang boleh menjadi pelengkap kepada kedua-dua negara,” titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Bai Tian sepanjang perkhidmatan selama tiga tahun di Malaysia, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih komprehensif.

“Seri Paduka Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bai Tian atas usaha beliau dan khususnya kepada Presiden China, Xi Jinping di atas bantuan dan sumbangan berterusan yang telah dihulurkan kepada Malaysia sejak mula menghadapi penularan Covid-19 awal tahun ini,” katanya.

Bai Tian secara rasmi mula berkhidmat sebagai Duta Besar China ke Malaysia pada 28 November 2017 dan bakal menamatkan penempatannya di negara ini pada 27 November 2020. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...Malaysia-China-pemangkin-kerjasama-dua-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
Kajian klinikal vaksin China di Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia akan memulakan kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 di negara ini, pada bulan depan menerusi inisiatif kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama China.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata vaksin berkenaan dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) dan kajian klinikal akan membabitkan 3,000 peserta bagi menilai keselamatan serta keberkesanan.

"Kajian ini dikendalikan pertubuhan kajian klinikal tempatan dan sudah pun didaftarkan dalam Daftar Kajian Perubatan Nasional.

"Profil keselamatan vaksin akan diteliti terlebih dahulu oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk memperoleh Lesen Import Kajian Klinikal dan protokol kajian akan dikaji Jawatankuasa Etika dan Kajian Perubatan, bagi memastikan kajian yang akan dijalankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan secara sidang video di Perdana Putra di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin berkata, kajian klinikal fasa ketiga itu akan membabitkan lapan pusat penyelidikan klinikal di bawah seliaan Kementerian Kesihatan.

"Kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IMBCAMS yang akan berkolaborasi untuk menjalankan kajian klinikal fasa tiga ini di Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai masa depan Malaysia dalam meneroka pembangunan vaksin, Muhyiddin berkata, penularan wabak COVID-19 memberi pengajaran mengenai pentingnya untuk negara mengeluarkan vaksin sendiri, bukan hanya bagi COVID-19 tetapi juga penyakit lain.

"Tidak menjadi masalah untuk kita bekerjasama dalam pembangunan vaksin di peringkat awal. Jika ada mana-mana badan atau syarikat yang mahu mencari rakan kongsi bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan, itu satu usaha yang kita galakkan.

"Memang ada beberapa bentuk insentif untuk syarikat ini dan kita harap Malaysia bukan hanya akan menjadi pengguna tetapi juga pengeluar vaksin," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
One million doses of COVID-19 vaccine from China arrive in Indonesia


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
Indonesia terima 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China

JAKARTA: Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Garuda dari Beijing, malam tadi.

Biro Pers, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan berkata vaksin yang diuji sepenuhnya untuk digunakan itu, tiba di Jakarta pada 9.25 malam tadi.

Presiden Indonesia Joko Widodo dalam YouTube rasmi Sekretariat Presiden berkata, Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021.

"Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, ertinya kita akan segera mencegah meluasnya wabak COVID-19," kata Presiden Joko Widodo.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.

Mengikut data yang disiarkan laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, republik itu mencatatkan sebanyak 575,796 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian akibat virus itu kini 17,740 orang. - BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,069
Reaction score
12,214
Points
2,376
Kita pun mungkin ambik vaksin dari China jugak gamaknya
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,577
Reaction score
198
Points
73
mcm komputer
org cipta virus komputer pastu dia la jgk yg jual software antivirus nye
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
MYEG dilantik edar vaksin COVID-19 dari China

KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MYEG) dilantik sebagai pengedar tunggal vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co Ltd (Zhifei) untuk tempoh tiga tahun.

MYEG dalam satu kenyataan berkata, ia turut menjalin kerjasama dengan Zhifei bagi mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kedua-dua syarikat memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai persetujuan untuk menjalankan ujian klinikal Fasa 3 vaksin yang dibangunkan Zhifei di Malaysia dan mendapatkan pensijilan halal JAKIM.

"Memandangkan standard halal JAKIM diiktiraf di peringkat antarabangsa, maka akreditasi yang diterima daripada badan ini akan memastikan peningkatan penerimaan vaksin dalam kalangan penduduk Islam global.

"Selain itu, pelaksanaan ujian percubaan Fasa 3 ini akan menjadikan vaksin buatan Zhifei menjadi antara yang pertama untuk melakukan ujian peringkat akhir di bawah seliaan Kementerian Kesihatan," katanya.

Zhifei ialah anak syarikat Chongqing Zhifei Biological Products Co Ltd, yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen dan terbabit dengan industri produk bilologi sejak 2002, terutama pengeluaran vaksin untuk kegunaan manusia.

Ketika ini, Zhifei adalah antara satu daripada lima syarikat China yang sedang menjalankan ujian klinikal Fasa 3 untuk vaksin COVID-19 di pelbagai pelusuk dunia.

Sebaik selesai ujian Fasa 3 berkenaan, MYEG akan menjadi pengedar tunggal vaksin berkenaan di Malaysia.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
MYEG dilantik edar vaksin COVID-19 dari China
vaccine-kobid_1607332716.jpg
MYEG akan menjadi pengedar tunggal vaksin COVID-19 keluaran Zhifei di Malaysia - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MYEG) dilantik sebagai pengedar tunggal vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co Ltd (Zhifei) untuk tempoh tiga tahun.

MYEG dalam satu kenyataan berkata, ia turut menjalin kerjasama dengan Zhifei bagi mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kedua-dua syarikat memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai persetujuan untuk menjalankan ujian klinikal Fasa 3 vaksin yang dibangunkan Zhifei di Malaysia dan mendapatkan pensijilan halal JAKIM.

"Memandangkan standard halal JAKIM diiktiraf di peringkat antarabangsa, maka akreditasi yang diterima daripada badan ini akan memastikan peningkatan penerimaan vaksin dalam kalangan penduduk Islam global.

"Selain itu, pelaksanaan ujian percubaan Fasa 3 ini akan menjadikan vaksin buatan Zhifei menjadi antara yang pertama untuk melakukan ujian peringkat akhir di bawah seliaan Kementerian Kesihatan," katanya.

Zhifei ialah anak syarikat Chongqing Zhifei Biological Products Co Ltd, yang disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen dan terbabit dengan industri produk bilologi sejak 2002, terutama pengeluaran vaksin untuk kegunaan manusia.

Ketika ini, Zhifei adalah antara satu daripada lima syarikat China yang sedang menjalankan ujian klinikal Fasa 3 untuk vaksin COVID-19 di pelbagai pelusuk dunia.

Sebaik selesai ujian Fasa 3 berkenaan, MYEG akan menjadi pengedar tunggal vaksin berkenaan di Malaysia.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,236
Reaction score
4,422
Points
601
08nt25vac_1607584543.jpg


Indonesia letakkan risiko pertaruhan terhadap vaksin China

JAKARTA: Indonesia meletakkan pertaruhan terhadap vaksin COVID-19 buatan China untuk membantunya mengatasi pandemik terburuk di Asia, namun penganalisis memberi amaran bahawa pertaruhan itu bakal membuatkan mereka dikuasai oleh China.

Beijing berjanji untuk memberi keutamaan akses vaksin ke negara miskin ke dalam usaha memperbaiki imej akibat pandemik itu yang bermula di Wuhan, China.

Minggu ini, Indonesia menerima 1.3 juta dos vaksin COVID-19 dihasilkan oleh Sinovac China dengan 1.8 juta set akan tiba bulan hadapan, namun pakar menyatakan bahawa akses itu boleh menyebabkan mereka terikat kepada China.

"Diplomasi vaksin China tidak bersyarat.

"Beijing mungkin menggunakan sumbangan vaksinnya untuk memajukan agenda wilayahnya, terutama terhadap isu-isu sensitif seperti tuntutannya di Laut China Selatan," kata Ardhitya Eduard Yeremia dan Klaus Heinrich Raditio dalam majalah yang diterbitkan oleh Institut Yusof Ishak yang berpusat di Singapura.

Indonesia memulakan ujian kepada manusia untuk vaksin Sinovac walaupun belum dipersetujui oleh pengawal selia China atau Indonesia.

Jakarta menandatangani perjanjian untuk lebih 350 juta dos vaksin dari pembekal yang berbeza, termasuk AstraZeneca, tetapi kebanyakannya dari pembekal China, termasuk Sinovac dan Sinopharm, menurut satu projek pengesanan vaksin Universiti Duke.

Penyelidik Kanan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa yang berpusat di Jakarta, Evan Laksmana, berkata kerjasama vaksin dengan China adalah profil yang paling tinggi.

"Ini menimbulkan potensi implikasi sejauh mana Indonesia akan bergantung pada rantaian bekalan perubatan China dalam jangka panjang.

"Dan di sebalik beberapa perselisihan, hubungan dengan China tetap penting bagi Jakarta yang terhutang budi secara diplomatik kepada Beijing kerana vaksin itu.

"Setakat ini belum ada pertukaran serius mengenai vaksin. Tetapi semua orang di Jakarta sedar lebih sukar bagi mereka untuk membuat beberapa langkah dalam dasar luar yang mungkin merosakkan hubungan dengan China," katanya.

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia dengan 270 juta orang, melaporkan lebih setengah juta jangkitan COVID-19 dengan 18,000 kematian, selain tahap pengujian yang rendah.

China adalah rakan dagang utama Indonesia dan negara Asia Tenggara dengan pelbagai projek termasuk jalur kereta api berkelajuan tinggi.

Bagaimanapun, hubungan itu mempunyai masalah. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register