BTC USD 37,225.8 Gold USD 1,798.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vaksin berasaskan tumbuhan berkesan lawan Covid-19

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,371
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,371
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Vaksin berasaskan tumbuhan berkesan lawan Covid-19​

OTTAWA – Sebuah syarikat farmaseutikal di Kanada menyatakan bahawa vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan yang dihasilkannya terbukti mempunyai keberkesanan sehingga 75 peratus dalam mengekang penularan varian Delta, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Vaksin Medicago adalah 75.3 peratus berkesan terhadap varian itu apabila dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline, demikian menurut kajian peringkat akhir daripada kedua-dua syarikat.

“Ini adalah keputusan yang memberangsangkan.

“Pandemik Covid-19 terus menunjukkan aspek baharu dengan varian Delta menunjukkan dominasi semasa yang akan diikuti oleh varian Omicron dan seterusnya varian lain,” kata Ketua Pegawai Kesihatan Global GSK, Thomas Breuer dalam satu kenyataan.

Vaksin itu menggunakan teknologi yang dihasilkan daripada sel tumbuhan dengan meniru struktur koronavirus.

Keberkesanan vaksin itu terhadap semua varian koronavirus adalah sebanyak 71 peratus, kecuali Omicro yang belum diketahui ketika kajian dijalankan.

Kajian klinikal itu melibatkan lebih 24,000 peserta berumur 18 tahun ke atas di Kanada, Amerika Syarikat, Britain, Mexico, Argentina dan Brazil.

Medicago berkata, pihaknya merancang untuk mendapatkan kelulusan untuk vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan daripada pihak berkuasa kesihatan Kanada. – AGENSI
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,008
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,008
Reaction score
437
Points
51
Tumbuhan pun tumbuhanlllah... Janji halal
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,456
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,456
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Tu la mesti bkait hemp ganja je ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register