Utusan Malaysia Henti Operasi Selepas 80 Tahun

CG Sponsors




kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,159
Reaction score
621
Points
161
100 hari berlalu, tiada petunjuk Utusan kembali beroperasi



SUDAH 100 hari berlalu selepas Kumpulan Utusan menggulung syarikat mereka namun tiada sebarang tanda perniagaannya akan kembali beroperasi seperti dijanjikan.

Bekas kakitangan akhbar penerbitan itu pula terus bergelut dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan meneruskan hidup.

Bekas Presiden NUJ Malaysia, cawangan Utusan Malaysia Mohd Taufek Razak berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat daripada pelikuidasi sejak diberi taklimat pada 6 November.

“Waktu itu mereka katakan nak cairkan dulu aset syarikat dalam tempoh enam bulan, tetapi masih belum ada sebarang perkembangan terkini yang diterima.

“Kami pun tak tahu aset mana yang dicairkan,” katanya yang masih belum berjaya mendapat pekerjaan baharu.

Menurut Taufek, bekas kakitangan masih menunggu tunggakan gaji bagi bulan September dan Oktober, pampasan pemberhentian kerja dan tuntutan lain seperti tuntutan kerja lebih masa dan perubatan.

Bulan itu merupakan penamat bagi Utusan apabila lembaga pengarah syarikat membuat keputusan menutup operasi syarikat tersebut pada 9 Oktober.

Dua hari sebelumnya, lembaga pengarah itu meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang.

Ditanya mengenai laporan yang menyebut Utusan akan kembali beroperasi Februari ini, Taufek berkata mereka tiada sebarang maklumat mengenai perkara itu.

“Kalau kata Utusan nak buka semula pun kami tiada berita dan maklumat. Syarikat Utusan dah tutup, sama ada nak buat syarikat baru atau beroperasi semula pun kami tiada maklumat,” kata Taufek.

Pengerusi eksekutifnya Abd Aziz Sheikh Fadzir waktu itu berkata langkah tersebut terpaksa diambil kerana lembaga pengarah berpendapat syarikat tidak lagi mampu meneruskan perniagaan.

Satu-satunya cara untuk Utusan membayar tuntutan berkenaan adalah dengan melupuskan aset yang ada, namun proses itu mengambil masa, kata bekas penolong ketua pengarang, Zaini Hassan.

“Proses itu ambil masa, kalau sudah cukup dana akan diagihkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya dana itu perlu dibayar mengikut keutamaan – kepada pemiutang terlebih dahulu, diikuti bekas kakitangan dan yang terakhir kakitangan yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

“Tunggu pelikuidasi lagi. Bila semua prodes berjalan barulah bayaran dibuat. Buat sementara ini tidak ada lagi bayaran utk VSS atau kakitangan yang diberhentikan,” katanya.

Beliau juga tidak tahu menahu mengenai laporan mendakwa Utusan akan kembali beroperasi.

“Nak buka balik saya tidak ada gambaran, terpulang kepada pihak yang ambil permit. Setakat ini tidak ada berita apa apa lagi,” kata Zaini.

Seorang bekas wartawannya menganggarkan, hanya sekitar 40% daripada bekas kakitangan berjaya mendapat pekerjaan selepas syarikat gulung tikar.

Itupun, ramai yang terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing dan penghantar makanan, selain menjadi ejen penjual produk, kata Ahmad Syukri Shaari.

“Majoriti memang tidak ada kerja lagi terutamanya mereka yang berjawatan besar sebelum ini. Rasanya yang dapat kerja dalam 30% hingga 40% sahaja.

“Bayangkan editor (terpaksa menjadi pemandu) Grab, (penghantar makanan) Foodpanda. Yang lain ada yang jadi ejen jual produk hanya untuk survive.

“Untuk dapat pendapatan seperti gaji sebelum itu, memang tidak sampai,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Perkara ini turut diakui seorang lagi bekas wartawan Utusan, Mohammed Khairul Mohd Ali, 35, yang berpendapat keadaan sekarang ini bukan waktu memilih pekerjaan.

“Saya sekarang berkhidmat sebagai wartawan dengan portal Johorkini. Peluang yang ada saya ambil saja dulu, tak boleh terlalu memilih,” katanya. – 20 Januari, 2020.

khabarnya nak buka semula 2020..tapi masih belum operasi..hilang satu wadah bangsa Melayu..
 
Sponsored Post

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,313
Reaction score
135
Points
73
Kempen paperless yg digerakkan globalisasi,termasuk konglomerat pun punca tak banyak kertas orang guna buat bacaan...orang baca guna iPad,Note,devices hp dan seumpama...

kalau tengok orang baca paper ni nampak macam oldskool sangat...
btol tu..org skrg dah x bc paper dah,smua bc dlm hp je..brita2 kt fb lg up to date..mcm Metro pun x ramai yg bc..tp masih ada org bc paper,org2 lama je beli
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,618
Reaction score
2,439
Points
236
Utusan Bakal Bernafas Kembali - NUJ

24.01.2020 - Kuala Lumpur, Akhbar berbahasa Melayu tertua Utusan Malaysia, yang ditutup tahun lalu kerana berhadapan masalah kewangan, bakal hidup kembali dalam masa beberapa bulan akan datang.

Desas-desus bertiup susulan laman Facebook Utusan Online membuat hantaran dua hari lalu bahawa pemilik syarikat akhbar Media Mulia Sdn Bhd sedang mencari calon untuk mengambil jawatan editor, pemberita, penulis kreatif dan jurugambar.

Media Mulia dikatakan berkait dengan hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mana syarikatnya Aurora Mulia memiliki saham dalam Media Prima Bhd.

Setiausaha cawangan NUJ-Utusan, Muhammad Bashir Abu Bakar, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa Utusan Malaysia mungkin memulakan operasinya seawal Mei tetapi tiada arahan untuk bekas pekerja itu kembali semula.

"Kekosongan jawatan itu terbuka kepada semua dan bekas pekerja telah digalakkan untuk memohon, tetapi tidak ada janji bahawa mereka akan diambil semula.

"Setakat yang say atahu, mereka perlu melalui proses temuduga yang sama seperti calon lain," kata Bashir sambil menambah tiga bekas editor Utusan Malaysia ditugaskan untuk menyusun semula penerbitan itu.

Bashir berkata ramai bekas pekerja telah memohon untuk bekerja dengan Utusan Malaysia di pejabat baru yang akan berada di ibu pejabat New Straits Times Press (NSTP) di Bangsar.

Media Prima memiliki NSTP, yang menerbitkan tiga akhbar nasional - Harian Metro, Berita Harian, dan New Straits Times.

Bagaimanapun, Bashir mengambil maklum bahawa terdapat persaingan sengit di kalangan calon, terutamanya bekas pekerja Utusan kerana spekulasi mengatakan editorial hanya akan mengambil 40 wartawan, 12 jurugambar, dan 12 artis grafik, yang akan memfokuskan pada edisi cetak.

Untuk rekod itu, Utusan Group mempunyai 815 pekerja sebelum menamatkan operasinya pada 31 Okt tahun lepas.

Pada November tahun lalu, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof mengumumkan bahawa Utusan akan dilancarkan semula pada awal tahun 2020.

Utusan mula-mula terbit dalam tulisan Jawi pada tahun 1939 sebelum menukar kepada huruf roman pada 1967.

Akhbar itu rugi sejak 2012.

Pada Oktober tahun lepas, pengerusi eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Bhd pada masa itu, Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat tersebut tidak mampu membayar hutang.

Rentetan itu, Utusan memberhentikan kesemua pekerjanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508263
 
Sponsored Post
Top
Log in Register