BTC USD 34,272.3 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usul Undi Tidak Percaya Kepada Perdana Menteri || MP Langkawi Mempunyai Majoriti?

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,607
Reaction score
694
Points
121
D12CBBD2-7E31-4173-A21C-F1348730A10F.jpeg

...............
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
Ab Jalil Backer

12m ·

https://suara.tv/.../muhyiddin-pertimbang-bubar-parlimen.../

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

e8a62f8861c95d434cc1d693c902e65f.jpeg
ByAB JALIL BACKER

21/10/2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan pentadbiran Kerajaan memberitahu SuaraTV setakat ini tiada perancangan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan surat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Yang Di Pertuan Agong.

“Walaupun Perdana Menteri cuba mencari konsensus untuk tidak membubarkan Parlimen dalam keadaan pandemik Covid-19 tengah memuncak ini, namun membubarkan Parlimen dan bertindak sebagai ‘caretaker government’ selama 60 hari adalah satu-satunya pilihannya jika perlu.”

Politik negara sebelum ini berkocak apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Agong dan mempersembahkan surat sokongan ketua-ketua parti politik yang dikatakan menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun penafian UMNO bahawa Presidennya menandatangani sebarang surat sokongan kepada Anwar Ibrahim menamatkan spekulasi Ketua Pembangkang tersebut mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Pagi tadi Perdana Menteri mengadap Tuanku Agong sebagai perjumpaan biasa pra-mesyuarat kabinet. Bagaimanapun difahamkan ia turut membincangkan senario politik semasa dan keadaan pandemik Covid-19.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 itu dijadual dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 4 petang, 6 November nanti.

Mesyuarat ke-3, penggal ke-3, Parlimen ke-14 itu akan berlangsung sehingga 15 Disember depan akan menjadi mesyuarat Parlimen terakhir untuk penggal ini jika Belanjawan 2021 ditolak oleh Dewan Rakyat.
Sekiranya dibubarkan pada akhir Disember, Pilihan Raya Umum ke-15 perlu diadakan selewat-lewatnya Mac 2021.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin hanya mempunyai 113 Ahli Parlimen berbanding majoriti mudah dewan ialah 112. – SUARATV

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
1603871001404.png

MP kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM - speaker
Diterbitkan Hari ini 11:56 am

Dikemaskini Hari ini 12:16 pm

Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan dari ahli parlimen belah kerajaan, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Usul percaya, jika dikalahkan, bermaksud Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat .

"Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan edisi cetak hari ini.

Tidak jelas siapa yang mengemukakan usul undi percaya itu. PAS sebelum ini pernah mengemukakan usul serupa semasa sidang Parlimen terakhir pada bulan Julai lalu, tetapi ini tidak dibahaskan.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Sementara itu, Azhar juga mengesahkan Dewan Rakyat telah menerima lebih daripada 16 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Azhar, bagaimanapun, memberitahu Utusan bahawa “banyak lagi usul penting telah diterima selain meletakkan fokus kepada pembentangan Belanjawan 2021".

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa ahli parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad dan empat anggota parlimen yang berpihak kepadanya telah mengemukakan lima usul seumpama itu.
Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mendesak supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.

Speaker dalam sepuck surat bagi menjawab Razaleigh, berkata bahawa urusan bukan kerajaan hanya boleh mengatasi urusan kerajaan sekiranya ia mendapat sokongan daripada seorang menteri.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
Usul tak percaya PM: Saifuddin beri isyarat ada 'perubahan positif'
Diterbitkan Hari ini 5:11 pm

Dikemaskini Hari ini 5:12 pm

1604313060097.png

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata ada perkembangan "positif" sejak usul tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau bagaimanapun tidak menjawab soalan wartawan ketika ditanya apakah usul tersebut akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dan dijadualkan berakhir pada 15 Dis depan.

"Saya rasa ada beberapa perubahan positif pada ketika usul tidak percaya dikemukakan dan apa yang telah terjadi dalam beberapa hari lalu.
"Saya fikir anggota dewan lebih positif. Mari kita terus bersikap positif, ” katanya dalam sidang media yang diadakan hari ini.

Saifuddin tidak menjelaskan apa "perubahan positif" yang dimaksudkannya.

Dia juga memberikan isyarat "perkembangan positif" ketika ditanya apakah kemungkinan Belanjawan 2021 akan diluluskan, terutama setelah pertemuan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan kerajaan dan parti pembangkang.

"Ini naratif yang berbeza sama sekali sekarang. Saya rasa nada di kalangan ahli parlimen sekarang berbeza berbanding dua minggu lalu, saya fikir orang bercakap tentang 'bagaimana kita akan melakukannya' dan bukannya 'kita akan menentangnya sekarang'.

"Ini memberikan banyak harapan dan saya ingin fikir semua orang lebih memikirkan rakyat daripada politik ," tambahnya.

Sekurang-kurangnya 25 anggota parlimen pembangkang termasuk Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi), Amirudin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu), Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan Hanipa Maidin (PH-Sepang) mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Sementara itu, dua penyokong kerajaan - Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengemukakan usul percaya bagi menyokong perdana menteri.
Bagaimanapun Dewan Rakyat tidak mungkin membahaskan usul tersebut.

Di bawah Peraturan Tetap Dewan Rakyat, urusan kerajaan diberi keutamaan semasa perbahasan. Ini bererti rang undang-undang baru dan pindaan undang-undang akan diberi keutamaan.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
Dewan Rakyat pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.

Zahid gesa pemerintah bawa usul undi percaya Muhyiddin ke Parlimen

November 19, 2020 11:57 AM

ahmad-zahid-hamidi-fmt-190219-1.jpg

KUALA LUMPUR: Umno yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), berkata soal sokongan majoriti kepada pentadbiran Muhyiddin mesti dirungkai, dan Dewan Rakyat pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.

“Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya ianya hendak diuji di Dewan yang mulia ini. Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.

“Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.
Gesaan ini mendapat sokongan Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang berkata langkah ini akan memastikan tiada lagi keraguan terhadap sokongan kepada Muhyiddin.
Zahid membuat gesaan itu dalam penutup ucapannya yang menyentuh tentang kejujuran dalam kerjasama, menegaskan ia harus ditunjukkan melalui pelaksanaan.
“Jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait,” katanya.

Menyambung isu usul percaya, Zahid menambah proklamasi darurat bukan pilihan, “malah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja telahpun menolak”.
“Jika ini tidak dapat dilakukan, ianya hendaklah dikembalikan kepada rakyat sesegera yang mungkin.”

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,678
Reaction score
297
Points
91

confirm muhyidin tak berani..
undi percaya ni kesannya sama je macam undi tak percaya..
sebelum ni, muhyidin ada sokongan 113 mp,
sekarang dah jadi 112 mp.. kerusi gerik dah kosong..

kalau ada at least sorang mp kerajaan yg tak datang waktu ngundi usul nanti, habislah muhyidin..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.
#malaysianow #dewanrakyat #parlimen #agong

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

Nov 23, 2020 2:19 PM

FW1108465_KL07_05112020_PARLIMEN-lpr_edited.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama

Perlembagaan Persekutuan atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara yang berhubung usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Antaranya Yang di Pertuan Agong boleh menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam jawapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Sebanyak 25 usul undi tidak percaya diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga, bagaimanapun Takiyuddin menegaskan perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, 43. (4) Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong.
Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.
“Walaupun Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kedudukan jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Fasal tersebut tidak memperuntukkan tatacara untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Oleh itu, tatacara tersebut hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Takiyuddin berkata, usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berhubungan dengan kehendak mengenai pemberitahu usul.

Katanya, usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, Yang di Pertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan kerajaan.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Sehubungan itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan kerajaan selesai,” katanya.

Berhubung Usul Undi Percaya terhadap perdana menteri seperti yang dikemukakan Ahmad Zahid Hamidi (BN- Bagan Datuk), Takiyuddin berkata, usul ini juga termasuk sebagai usul persendirian.

Katanya, ianya juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,314
Reaction score
13,538
Points
1,906
Pemimpin Umno dan DAP menggesa agar undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diadakan bagi menjawab persoalan mengenai keabsahan PN.

1607069830479.png

Undi percaya: Pemimpin Umno, DAP gesa Dewan Rakyat contohi DUN Perak

Diterbitkan Hari ini 2:41 pm

Undi percaya di DUN Perak hari ini menimbulkan gesaan agar undi seumpanya turut diadakan di parlimen.

Pemimpin Umno dan DAP menggesa agar undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diadakan bagi menjawab persoalan mengenai keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Mari kita selesaikan (isu keabsahan PN) ini," kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz kepada Malaysiakini.

"Walaupun kita telah mengalahkan (pembangkang) beberapa kali dalam perbahasan Belanjawan 2021, mereka masih mengatakan bahawa kerajaan tidak stabil.

"Jadi mari kita lakukan (undi percaya terhadap perdana menteri)," tambahnya.

Awal hari ini, Ahmad Faizal Azumu Bersatu digulingkan sebagai menteri besar Perak setelah 48 Adun mengundi menentangnya dalam usul undi percaya.
Hanya 10 Adun yang menyokongnya.

Undian itu dibenarkan oleh speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid, dan disegerakan susulan usul dari Adun Umno dan DAP.

Dalam sidang media selepas itu, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, speaker Dewan Rakyat Azhar Harun mesti mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Dewan Undangan Negeri Perak.
"Sekiranya Perak dapat melakukannya, mengapa tidak Parlimen?

"Usul undi percaya melibatkan keabsahan kerajaan, harus mendahului urusan kerajaan (dalam Dewan Rakyat).

"Ini supaya Malaysia tidak lagi mempunyai kerajaan pintu belakang," katanya.

Azhar sebelum ini berkata bahawa sebarang usul peribadi ahli parlimen, termasuk usul undi percaya, hanya dapat dilakukan setelah kerajaan menyelesaikan urusannya di parlimen.

Dia sebaliknya menasihati anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah - yang mendesak untuk usul tidak percaya itu dibahaskan - untuk meminta persetujuan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan agar ia dibentangkan sebagai rang undang-undang kerajaan.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut menyarankan agar kerajaan melakukan demikian.

Ketika ditanya apakah undian itu akan diadakan pada sesi Parlimen berikutnya pada hari Isnin, Nazri mengatakan ia harus diputuskan oleh pucuk pimpinan.
"Tetapi bagi saya, mengapa tidak?" katanya.

Dia juga menyatakan keyakinan bahawa semua 112 anggota Parlimen dalam kerajaan sekarang akan terus menyokong Muhyiddin.

"Di peringkat persekutuan kita teguh," katanya.

Dia mengatakan bahawa keputusan untuk menggulingkan Faizal di Perak tidak ada kaitan dengan persekutuan, tetapi menyatakan bahawa ia melibatkan ketidakpuasan hati Umno terhadap Faizal.

Pemimpin Umno yang lain, bagaimanapun, kelihatan kecewa dengan Putrajaya ketika ini - atas syarat yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai skim i-Sinar untuk pengeluaran Akaun 1.
Secara amnya, pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran mesti kehilangan sumber pendapatan mereka atau membuktikan bahawa jumlah pendapatan mereka telah menurun sebanyak 30 peratus sejak 1 Mac.

Pengeluaran diberikan secara berperingkat selama maksimum enam bulan. Maksimum yang boleh dikeluarkan pada pembayaran pertama adalah antara RM5,000 hingga RM10,000, bergantung pada kelayakan.
Pemimpin Umno yang mengkritik hal ini mengatakan syarat dan mekanisme itu terlalu ketat untuk membantu rakyat.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP telah diperluas oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lalu.

Ia susulan gesaan Umno, yang memberi isyarat bahawa mereka mungkin tidak menyokong Belanjawan 2021 jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Difahamkan, pemimpin Umno akan segera bertemu dengan Zafrul bagi membincangkan skim i-Sinar.

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,195
Reaction score
1,975
Points
201

X bwk lagi kt parlimen ke undi tak percaya ni???
 
fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,115
Reaction score
260
Points
51
X bwk lagi kt parlimen ke undi tak percaya ni???

dah bawak dah, cuma tunggu giliran, dahulukan usul yang lebih penting katanya.

"Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan edisi cetak hari ini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register