Usul Undi Tidak Percaya Kepada Perdana Menteri || MP Langkawi Mempunyai Majoriti?

CG Sponsors




Sponsored Post

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,445
Reaction score
489
Points
86
better YDPA take over dulu 2 thn.. kasi cuci semua kaki2 rasuah.. kaki2 gila kuasa dlm parti2 politik nih.. Dsai + Madey + Najib + Zahit + LKS + LGE + Mat Sabu letak dlm 1 sel/bilik penjara ..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Tak usah la YDPA lantik keturunan umno lg jd PM
Rasuah liwat scandal semua ada
Mereka guna nama melayu tp sebenarnya tambah poket keturunan masing2 saja
Di belakang mereka sapot cina mca & dap

kita bagi pulak kpd kepimpinan ulama utk perintah negara..Setakat ni mereka ada rekod baik perintah pantai timur smooth takde masalah..slalu bagu ceramah agama

1602833156950.jpeg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
1602833382505.png


MP Amanah juga akan failkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin


Diterbitkan Hari ini 12:41 pm

Dikemaskini Hari ini 12:44 pm


Anggota parlimen Amanah dijangka akan memfailkan usul tidak pecaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti dilakukan kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Salah seorang yang mengesahkan akan berbuat demikian ialah naib presidennya, Mahfuz Omar yang akan menghantar usul tersebut hari ini.


Hari ini merupakan hari terakhir untuk usul itu dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.
“Ya. Saya akan hantar hari ini. Hari ni hari akhir. Lepas (solat) Jumaat sekejap lagi,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada Malaysiakini.
Menurut seorang lagi Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Bin Mohd Yunus, kesemua 11 Anggota Parlimen Amanah digalakkan berbuat demikian.

“Kami sedang menyiapkan dokumen-dokumen tersebut, dan tidaklah status wajib untuk menghantar.
“(Tapi) Kita menggalakkan semua 11 orang itu untuk menghantar surat hari ini,” katanya yang juga anggota parlimen Hulu Langat.

Hasanuddin berkata, ia bagi menzahirkan bahawa ahli-ahli parlimen sudah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin, lebih-lebih lagi setelah PN dilihat bertelingkah sesama sendiri.
“Bagi saya, yang penting kerajaan yang stabil. Memang kami nak (ambil) balik kerajaan, tapi kami lebih mengutamakan kestabilan kerajaan dan ekonomi.

“Tapi bila dah bergaduh sesama mereka antara PN dan sekutu, menyerang secara terbuka, jadi dengan sendirinya kerajaan ini bagi saya sudah tak stabil. Jadi perlu untuk menukar perdana menteri dan kerajaan,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Mahathir dan kesemua ahli parlimen dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan usul tidak percaya terbaru terhadap Muhyiddin hari ini.

Menurut Ketua Penerangan Penaja Pejuang, Maszlee Malik, keputusan itu diambil kerana kegagalan perdana menteri mentadbir kerajaan sewaktu wabak Covid-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang diperolehinya.
Usul undi tidak percaya tersebut difailkan oleh Mahathir (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Umno mengancam untuk menarik sokongan daripada gabungan itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
Gantung sementara urusan kerajaan, beri laluan usul tidak percaya PM

19 October 2020

MGF220720_SIDANG-DEWAN-RAKYAT-35-1-681x454.jpg

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengemukakan satu usul kepada Dewan Rakyat agar menggantung sementara urusan kerajaan bagi memberi laluan kepada usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Dalam satu kenyataan dua muka suratnya hari ini, bekas menteri itu berkata, usul itu berikan setelah usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri tidak mendapat tempat di Dewan Rakyat.


“Sebagai ahli Parlimen telah menghantar satu usul di bawah Peraturan 90 (2), iaitu suatu usul untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1) dan beberapa peraturan-peraturan mesyuarat lain yang berkaitan supaya PM tidak lagi boleh menghalang amarah rakyat dengan berselindung di sebalik teknikal undang-undang.
“Melalui Usul ini saya telah meminta agar Dewan Rakyat membuat keputusan agar urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa YB Langkawi dibaca dan diputuskan terlebih dahulu,” katanya hari ini.

Menurut Maszlee, usul itu dikemukakan 15 Oktober lalu.

Tambah beliau, usul itu bukan untuk menambah rumit kemelut politik sedia ada di saat rakyat sedang berdepan bencana namun ia hakikatnya untuk menamatkan kemelut poliitk negara.
Bekas Menteri Pendidikan itu beralasan, usul yang dbawanya itu bagi menghalang kerajaan Perikatan Nasional untuk menolak sebarang usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebab itu sebarang usul yang melibatkan ketidakpercayaan Dewan terhadap PM akan diketepikan.

“PM akan menggunakan senjata ampuhnya iaitu Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan bahawa urusan kerajaan (apa-apa urusan yang dikehendaki oleh kerajaan) hendaklah
didahulukan daripada urusan-urusan lain,” tegas Maszlee lagi.

Untuk rekod, lima Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diketuai Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin bagi dibentangkan pada Sidang Dewan Rakyat.
Ini tidak termasuk satu usul daripada Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) yang berbuat demikian pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
Maszlee dakwa ada cara cepatkan usul tidak percaya terhadap PM

Oktober 19, 2020 16:52 MYT
Maszlee dakwa ada cara cepatkan usul tidak percaya terhadap PM

Maszlee mendakwa, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, mendakwa terdapat cara lain usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh diberi laluan untuk diputuskan dengan lebih cepat di Dewan Rakyat.
Maszlee mendakwa, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan dan memberi laluan kepada usul berkenaan dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.


Beliau mendakwa, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum ini telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk usul itu didahulukan adalah melalui rundingan dengan pihak kerajaan.

"Saya telah menghantar satu usul di bawah Peraturan 90 (2), iaitu suatu usul untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1) dan beberapa peraturan-peraturan mesyuarat lain yang berkaitan.

Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)

Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)
Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)

Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)

“Bererti melalui usul ini saya telah meminta agar Dewan Rakyat membuat keputusan agar urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.

“Usul ini pada asasnya bukanlah untuk menambah rumit kemelut politik sedia ada di saat rakyat sedang berdepan bencana. Namun usul ini hakikatnya tampil untuk menamatkannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Pada 16 Oktober lepas, Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir bersama empat ahli Parlimen lain termasuk Maszlee menghantar usul tidak percaya terbaharu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Selain lima ahli parlimen Bebas itu, usul tidak percaya juga turut dihantar oleh beberapa ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah).


Sehari selepas usul tidak percaya itu dihantar, portal MalaysiaNow mendedahkan surat akuan bersumpah (SD) yang didakwa ditandatangani Maszlee bagi menyokong ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sehingga hari ini Maszlee atau pegawainya tidak menafikan atau mengesahkan SD itu.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
ENAM soalan berkaitan Undi Tidak Percaya

Assalamu’alaikum wrt wbt untuk semua pembaca, moga dalam rahmat Allah.

Frasa “Undi tidak Percaya” sudah popular untuk beberapa ketika. Malah sejak mula kerajaan Perikatan Nasional terbentuk lagi ia telah banyak diperkata. Sebelum ini undi tidak percaya pernah berlaku pada peringkat negeri. Undi tidak percaya dalam Dewan pernah berlaku di negeri Kelantan, terhadap Menteri Besar Kelantan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15hb Oktober, 1977. Sebelum itu, oleh kerana lompat parti, pada tahun 1961, kerajaan negeri Terengganu yang diterajui PAS telah bertukar tangan kerana kehilangan majoriti. Kes-kes bertukar kepercayaan yang menyebabkan jatuhnya sebuah kerajaan berlaku di Sabah (1994) dan Perak (2009). Isu hilang kepercayaan juga telah berlaku di Sarawak (1968). Keputusan kes di negeri Sarawak adalah kes pertama dan menjadi autoriti sekian lama.

Di bawah ialah ENAM soalan yang dikemukakan kepada saya oleh beberapa orang wartawan mengenai usul undi tidak percaya. Saya mengolah semula jawapan saya kepada wartawan dalam bentuk tulisan ini untuk saya kongsi bersama pembaca saya.

Soalan 1
Apakah undi tidak percaya?
Jawapan:
Undi tidak percaya atau dikenali dalam bahawa Inggeris sebagai “motion of no confidence” adalah penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang tidak lagi sesuai untuk memegang jawatan. Dalam hal undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, undi tidak percaya adalah pernyataan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai kepercayaan ahli Dewan untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri.

Undi tidak percaya boleh berlaku dalam salah satu daripada keadaan berikut:
1. Undi secara formal dalam Dewan
2. Rang Undang-Undang kerajaan tidak diluluskan pada bacaan kedua dan/atau ketiga
3. Perdana Menteri gagal mendapatkan undi percaya setelah memfailkan usul undi percaya
4. Kerajaan gagal dalam pelaksanaan polisi penting
5. Keadaan luar biasa – seperti lompat parti; atau membuat pengumuman dan memaklumkan kepada Ketua Negara kerana bertukar keyakinan

Soalan 2
Adakah terdapat jumlah tertentu dalam kalangan ahli Parlimen agar membolehkan undi tidak percaya itu boleh dibawa ke parlimen?
Jawapan:
Undang-undang tidak mensyaratkan sebarang nombor atau jumlah usul untuk ia dimasukkan dalam agenda persidangan Majlis Parlimen. Sekiranya satu usul pun ia boleh dimasukkan dalam agenda Persidangan; dengan syarat ia menepati hukum dan tatacara membuat usul. Pada persidangan lepas, Langkawi telah membuat cadangan usul undi tidak percaya, dan usul tersebut telah tersenarai dalam agenda mesyuarat tetapi tidak dibahaskan.



Soalan 3
Kenapa usul undi tidak percaya diletakkan pada senarai bawah dalam Aturan Mesyuarat bagi persidangan Dewan?
Jawapan:
Usul undi tidak percaya diletakkan pada senarai bawah dalam Aturan mesyuarat kerana usul undi tidak percaya adalah usul yang dimasukkan oleh ahli persendirian dan tidak mewakili Kerajaan. Pada Peraturan 15(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, (Standing Order) ada dinyatakan urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain dan urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut seagaimana yang baik pada timbangan Kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha.

Namun begitu Aturan Mesyuarat boleh diubah sekiranya dicadangkan oleh seorang Menteri. Ini adalah dinyatakan dalam Peraturan 14(2). Ini pernah berlaku apabila Menteri mengangkat agenda untuk pembentangan RUU 355 sehinggan membolehkan RUU persendirian yang di bawa oleh Marang telah dibaca. Walaupun begitu ia sukar untuk dilakukan.

Terdapat juga cadangan yang mahukan usul undi tidak percaya ini diletakkan pada senarai yang teratas kerana dikatakan ia adalah urusan penting dan perlu didahulukan untuk menentukan keabsahan lantikan Perdana Menteri. Ini dikatakan amalan dalam Parlimen. Namun, suatu amalan itu boleh digunakan sekiranya dipersetujui oleh ahli Dewan. Namun ia tidak boleh diamalkan sekiranya tidak dipersetujui oleh ahli Dewan. Satu perkara lain yang menjadikannya sukar ialah kerana Peraturan 15(1) dan (2) adalah jelas mendahulukan urusan kerajaan.


Soalan 4
Apakah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Order)? Adakah ia boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Bolehkah ia dipinda sekiranya ahli Dewan dapati ia tidak sesuai lagi
Jawapan:
Standing Order adalah tatacara atau peraturan persidangan Dewan Rakyat. Ia dibuat oleh Dewan Rakyat menurut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan “Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri”. Justeru ia adalah Peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua Ahli Dewan, termasuk juga Yang di-Pertua Dewan (Spaker) dan penyeliaan persidangan Dewan. Oleh kerana ia dibuat oleh Ahli Dewan, ia juga boleh dipinda oleh mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin boleh mencadangkan Standing Order itu dipinda bagi memasukkan peraturan khusus tentang usul undi tidak percaya, seperti peruntukan bagaimana usul tersebut harus diberikan perhatian. Standing Order ini tidak berupa suatu Akta, tetapi bersifat sebagai Peraturan. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi, tiada apa yang boleh menngatasinya. Oleh itu, Peraturan ini juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.


Soalan 5
Apakah tujuan undi tidak percaya dan dalam keadaan bagaimanakah ia diusulkan?
Jawapan:
Tujuan undi tidak percaya ialah untuk menafikan kepercayaan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang yang pada hemat baginda adalah mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat (Perakra 43(2)(a).

Suatu undi tidak percaya secara umumnya diusulkan disebabkan beberapa perkara. Contohnya, kerana Perdana Menteri tidak layak menjadi Perdana Menteri atas sebab ketidakbolehan melaksanakan tugas, iaitu Perdana Menteri yang incapable; atau Perdana Menteri telah membuat keputusan yang merugikan atau mempunyai kesan buruk kepada negara; atau telah berlaku keadaan luar biasa seperti lompat parti.

Sementara itu, terdapat negara yang juga mengiktiraf undi tidak percaya kepada Menteri (bukan Perdana Menteri seperti negara kita). Di negara kita, undi tidak percaya adalah hanya kepada Perdana Menteri kerana beliau sahaja yang memegang jawatan atas kepercayaan ahli Dewan, manakala Menteri lain atau ahli Jemaah Menteri,memegang jawatan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong (office during pleasure).

Walaupun lantikan Perdana Menteri adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, tetapi Perdana Menteri tidak memegang jawatan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. Hal ini dinyatakan dalam Perkara 43(5) yang menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya”.

Sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ini berjaya diluluskan atau mendapat undi majoriti ahli Dewan, akibatnya ialah sesebuah kerajaan itu mungkin akan runtuh. Proses yang akan diambil ialah prosedur yang dinyatakan dalam Perkara 43(4). Pada Fasal 43(4) ini diperuntukkan, “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Sekiranya Perdana Menteri enggan meletakkan jawatannya yang sekali gus meletakkan jawatan Jemaah Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh memecatnya dengan syarat telah terbukti kepada baginda bahawa Perdana Menteri telah secara sah, telah hilang kepercayaan; atau apabila Perdana Menteri sendiri memperakui beliau telah hilang kepercayaan ahli Dewan dan memaklumkan keadaan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun begitu, terdapat pandangan bahawa dalam masa munasabah selepas suatu undi tidak percaya diluluskan, Perdana Menteri juga berpeluang untuk kembali mendapatkan undi percaya. Namun perkara ini belum pernah berlaku di negara kita dan ia sukar berlaku.


Soalan 6
Sekiranya gagal mendapatkan undi tidak berjaya atau apa akan berlaku sekiranya usul undi tidak percaya gagal diluluskan?
Jawapan:
Sekiranya undi tidak percaya gagal diperoleh maka ia bermaksud, Perdana Menteri masih lagi mempunyai kepercayaan majoriti.





Rajab Mariali
Waalaikumsalam wbt Prof. Pencerahan yg bermanfaat. Sy tertarik dgn perenggan jawapan no.5.

"Walaupun begitu, terdapat pandangan bahawa dalam masa munasabah selepas sesuatu undi tidak percaya diluluskan, Perdana Menteri juga berpeluang untuk kembali mendapatkan undi percaya."

Sekiranya pandangan ini memang benar, adakah disebut dlm mana² peraturan atau perlembagaan tentang berapa lamakah yg disebut 'masa munasabah' itu boleh dilakukan selepas undi tidak percaya diluluskan? Dan sekiranya Perdana Menteri itu kembali mendapatkan undi percaya semula, adakah kemungkinan sekali lagi undi tidak percaya boleh dilakukan semula? Sekiranya ya, nampaknya kekalutan politik demokrasi berparlimen akan terus berpanjangan. Allahua'lam. Terima kasih Prof.


Shamrahayu Aziz
Rajab Mariali
itu la kan.. pandangan ini tiada dlm undang2. Kalau berterusan pastinya keadaan semakin kalut





Udin San
'Undi tak percaya' sepatutnya datang dari pihak kumpulan sama yang membentuk kerajaan dan bukannya dari pembangkang... sbb pembangkang memang tak percaya pun dengan PM.
Berlaku kat Tanah Melayu, runtuh sebuah kerajaan krn lompatan 'berisi' dgn harga yang munasabah, bukan krn tak percaya kat PM.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
1603179810065.png


Mengulas mengenai usul menangguhkan sementara urusan kerajaan di Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, beliau berkata usul tersebut bersifat umum, justeru tidak boleh diutamakan oleh sidang Dewan Rakyat.

“Dalam undang-undang ada dua perkara iaitu general provision (peruntukan umum) dan specific provision (peruntukan khusus).

"Peruntukan umum tidak boleh mengatasi peruntukan khusus yang antaranya memperuntukkan bahawa urusan kerajaan perlu diutamakan,” katanya.

Maszlee dilaporkan berkata dia mengemukakan usul agar persidangan Dewan Rakyat akan datang menangguhkan terlebih dahulu urusan kerajaan bagi memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibincangkan dan diputuskan.

Menurut bekas Menteri Pendidikan itu menerusi status bebenang akaun Twitternya, usul tersebut penting bagi memastikan keabsahan sokongan terhadap Muhyiddin sekali gus menentukan kestabilan politik negara.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-14 dijadual berlangsung dari 2 Nov hingga 15 Dis ini.


- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,987
Reaction score
11,103
Points
1,906
#BHnasional Maszlee diminta fahami peraturan sidang Dewan Rakyat

Keutamaan diberi kepada urusan kerajaan'

Oktober 20, 2020 @ 4:52pm


1020RSPAS_1603183963.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diminta mengkaji peraturan persidangan sebelum mengemukakan usul menangguhkan sementara urusan kerajaan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata peraturan Dewan jelas menyatakan urusan kerajaan perlu diutamakan.

"Saya minta dia baca peraturan betul-betul, saya rasa tak betul apa yang beliau kata kerana peraturan memang jelas menyatakan urusan kerajaan perlu diutamakan.
"Dalam undang-undang ada dua perkara iaitu peruntukan am dan khusus, peruntukan am tidak boleh mengatasi peruntukan khas yang memperuntukkan urusan kerajaan perlu diutamakan.

"Untuk menggantung Peraturan Mesyuarat itu adalah peruntukan am, maka eloklah beliau kaji dahulu," katanya kepada pemberita menghadiri perjumpaan bersama ketua jabatan agensi Persekutuan di Wisma Persekutuan Anak Bukit di sini, hari ini.

Takiyuddin diminta mengulas tindakan Maszlee mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan sementara waktu bagi memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri didengar dan diputuskan.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS menjelaskan, tindakan menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) dan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta bagi meredakan ketegangan politik.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) memastikan segala permasalahan berkaitan COVID-19 dapat ditangani.

"Mesyuarat semalam semua tangguh kerana ikut SOP, mesyuarat PAS dan UMNO juga tangguh, hari ini saya difahamkan mesyuarat MT UMNO pun tangguh.
"Kita nak redakan keadaan isu politik untuk memberi tumpuan menangani COVID-19.

"Semua pihak perlu pastikan keadaan stabil termasuk di pihak pembangkang kerana kita perlu beri peluang kepada kerajaan mengekang pandemik COVID-19, tidak ada sebab ada pihak perlu menggugat kerja yang dilakukan kerajaan," katanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register