Usul Undi Tidak Percaya Kepada Perdana Menteri || MP Langkawi Mempunyai Majoriti?

CG Sponsors




Sponsored Post

konaLeper

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2016
Messages
155
Reaction score
28
Points
30
Lawyer schools Ku Li after release of letter backing Dr M’s no-confidence motion

N Surendran says a private member’s motion can only be debated if a minister moves a motion to bring it up.

Oct 14, 2020 10:14 PM
Yg dikomen tu, hanya pembuka selera shj, ikut sesetengah pandangan.
Perlu diberi perhatian, surat KuLi, 2 hari selepas anwar buat sidang media pada 23 sept 2020.
Secara matematik, isu dia mudah sahaja.
Jika tak silap, kali terakhir, PM8 ada 113 sokongan.
Keadaan semasa, 2 dah jelas tarik balik sokongan tersebut ie KuLi dan Nazri Aziz, ikut sesetengah perkiraan.
Bermakna, PM hanya ada sokongan 111 daripada 222 Ahli Parlimen.
Kena tunggu Menteri “moves a motion to bring it up” atau rasa tanggungjawab PM atau Speaker atau Ahli Dewan Yg Mulia utk usulkan Undi Percaya?
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,783
Reaction score
756
Points
121
diberitakan seantero malaya ada agreement WIN-WIN

supaya

non dan tuan besarnya tak memerintah tanah melayu...

hrpnya itu adalah PENYELESAIAN DAN PERANCANGAN yg terbaik dr kembali terjajah komunis
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
"Dalam era norma baharu politik, sesiapa boleh kemukakan usul. Tetapi perlu juga faham Peraturan 15, Dewan Rakyat."
#AWANInews #AWANI745

Parti, MP boleh kemukakan usul tetapi perlu faham peraturan 15 - Bung Moktar
Assim Hassan
Oktober 15, 2020 14:34 MYT
Parti, MP boleh kemukakan usul tetapi perlu faham peraturan 15 - Bung Moktar

Bung Moktar menyifatkan sesiapa ahli parlimen dan parti boleh mengemukakan usul tetapi perlu juga memahami Peraturan 15, Mesyuarat Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Mana-mana parti mahupun ahli parlimen berhak untuk mengemukakan usul termasuk Usul Tidak Percaya untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Kinabatangan, pihak yang mengemukakan usul itu perlu juga arif dan faham yang mana peraturan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

Dalam era politik norma baharu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, beliau menghormati pendirian ahli parlimen (mengemukakan usul) tetapi ia perlu mengikuti peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
"Memang dalam peraturan Dewan Rakyat urusan kerajaan perlu didahulukan. Itu adalah prosedurnya. Urusan-urusan lain itu (boleh dibahaskan) setelah selesai urusan kerajaan dilaksanakan.

"Setiap ahli parlimen dibenarkan untuk membawa usul sama ada ia melalui parti atau individu Kita menghormati pendirian ahli parlimen (mengemukakan usul).. cuma peraturan itu perlu diikuti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.


Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar usul tidak percaya yang dibawa oleh Dr Mahathir dikemukakan di Dewan Rakyat.
Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar pada 25 September lalu.

Dalam pendedahan yang sama, turut dilampirkan adalah jawapan Azhar kepadanya dalam surat bertarikh 29 September, yang menerangkan dakwaan bahawa Perdana Menteri tidak membenarkan usul tidak percaya dibahaskan dengan menyenaraikan di penghujung Aturan Urusan Mesyuarat, adalah tidak benar.

Azhar dalam surat itu menjelaskan, Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
Pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi satu ujian besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ia dianggap sebagai satu usul tidak percaya tersirat terhadap Perdana Menteri.

Kesan usul tidak percaya tersirat

16 Oktober 2020


1602805707489.png

Pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi satu ujian besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ia dianggap sebagai satu usul tidak percaya tersirat terhadap Perdana Menteri.

SHAH ALAM - Pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi satu ujian besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ia dianggap sebagai satu usul tidak percaya tersirat terhadap Perdana Menteri.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ia sudah memadai untuk membuktikan sama ada kerajaan benar-benar mendapat kepercayaan atau sebaliknya tanpa perlu membahaskan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.



“Sekiranya belanjawan itu tidak diluluskan, ia membuktikan Muhyiddin hilang sokongan majoriti.

“Mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, apabila seorang Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti, ada dua pilihan yang boleh dilakukan Muhyiddin, sama ada beliau memohon untuk pembubaran Parlimen atau meletakkan jawatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, usul undi tidak percaya itu bukanlah satu perkara yang besar kerana sama ada kerajaan benar-benar mendapat kepercayaan atau tidak, ada cara lain untuk tentukannya termasuk kelulusan belanjawan itu sendiri.

“Walaupun usul undi tidak percaya itu tidak dibawa ke hadapan sebelum ini, tujuan usul itu sebenarnya sudah tercapai menerusi kelulusan agenda lain yang dibentangkan di Parlimen.
“Berdasarkan persidangan lepas juga, Muhyiddin berjaya melepasi ujian dari segi sokongan majoriti termasuk menerusi pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, Pas diyakini konsisten menyokong Perdana Menteri walaupun nasib Muhyiddin hanya diketahui pada sidang Parlimen nanti.

Beliau berkata, ia berdasarkan kenyataan pemimpin Pas yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin lebih-lebih lagi situasi ketika ini menunjukkan UMNO seolah-olah terbahagi kepada dua blok iaitu kumpulan yang menyokong kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang membantah.

“Pas diyakini akan terus beri sokongan kepada Muhyiddin kerana dalam idea penggabungan bersama Anwar, ia turut libatkan DAP. Ini asas paling kukuh mengapa Pas akan terus menyokong Muhyiddin.
“Sebelum ini juga DAP juga sering dijadikan peluru politik kerana polemik berbangkit yang libatkan bermacam-macam isu termasuk berkaitan tulisan jawi dan sebagainya,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
1602808249702.png


‘Muhyiddin akan tewas pada pembentangan bajet jika Anwar ada majoriti’


Diterbitkan 15 Oct 2020, 5:05 pm


Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali mencadangkan agar sidang parlimen khas diadakan sebelum pembentangan belanjawan 2021 bagi membuktikan sokongan diterima Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali gus merungkai kemelut politik negara.
Katanya, berkata cara itu adalah yang terbaik bagi kerajaan menafikan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Dia berkata, jika benar Anwar memiliki majoriti, Muhyiddin pasti akan tewas dalam pembentangan belanjawan bulan depan.
"Yang terbaik adakan sidang Parlimen khas, buktikan majoriti yang dimiliki, jangan main politik rakyat merana.

"Rakyat nak tahu, saya percaya kalau Anwar betul ada sokongan, pada pembentangan belanjawan nanti... belanjawan Muhyiddin tidak akan lulus dan dia kalah," katanya ketika ditemui hari ini.

d2fc1debfc907b23263b35f810ce6bda.jpg


Oleh itu, Ibrahim berkata, saranan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya Parlimen menerima usul undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu didibenarkan.

"Saya nak tergelak bila baca alasan Speaker Dewan Rakyat menjawab surat Ku Li... chicken (ayam) ke apa ni?" kata Ibrahim secara sinis.
Semalam Tengku Razaleih yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mendedahkan suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat bertanyakan tentang alasan Parlimen menolak usul undi tidak percaya dikemukakan Mahathir.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.
Anwar juga dalam sidang media mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

904c99046082f372294d0cab0ef3df47.jpg


Dalam pada itu, Ibrahim turut mencadangkan supaya Seri Paduka menitahkan perisytiharan darurat dan menggantung Parlimen jika iklim politik negara terus hangat dan bergolak.
"Peristyiharan darurat boleh dilakukan kerana keadaan politik negara yang tidak stabil. Kedua-dua pihak tidak mempunyai sokongan yang padu.

"Agong mempunyai kuasa untuk melantik jawatakusa Mageran seperti mana 13 Mei dan tempoh masa dua tahun gunakan untuk menyelesaikan masalah negara termasuk isu Covid-19, agenda ekonomi dan sebagainya," katanya lagi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
Sujita Soorian

6m ·

[TERKINI] Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan sudah menghantar surat Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri bertarikh 15 Oktober 2020 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
1602817847983.png



Kem Mahathir fail usul tak percaya terbaru terhadap Muhyiddin
Diterbitkan Hari ini 10:08 am

Dikemaskini Hari ini 11:07 am


Kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memfailkan usul tidak percaya terbaru dalam usaha menumbangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Umno mengancam untuk menarik sokongan daripada gabungan itu.

Anggota Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah yang berpihak kepada Mahathir berkata beliau telah memfailkan usul itu semalam.
"Saya telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri bertarikh 15 Oktober 2020 untuk sesi sidang parlimen yang akan datang.

"Usaha ini adalah demi menjunjung prinsip mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14 dan solidariti atas sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan stabil. Bagaikan telur di hujung tanduk," katanya dalam satu kenyataan.

f0fc5524433d0578c44850a06e222ebe.jpg


Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 2 November.

Mahathir sendiri sebelum ini cuba mengemukakan usul tidak percaya dalam dua sesi di Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin.
Bagaimanapun disebabkan amalan parlimen yang mengutamakan usul dan rang undang-undang kerajaan berbanding pembangkang, ia tidak dapat dibentangkan untuk undian.

Persidangan November ini akan menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021, yang juga boleh menentukan sokongan terhadap Muhyiddin.
Amiruddin, yang menyerahkan surat kepada speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, mengemukakan usul tersebut bagi menentukan apakah Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pada masa ini, Muhyiddin memperoleh sokongan 113 anggota parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 anggota parlimen.
Ini bermaksud kerajaan pimpinannya akan tumbang sekiranya ada tiga anggota parlimen melompat parti.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
Dewan Rakyat akan bermula 22 Sept.

Dr M sekali lagi bawa usul tidak percaya Muhyiddin




October 16, 2020 11:21 AM


Mahathir-8-fmt-1.jpg

Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 2 Sept.

Mahathir dalam usul bertarikh 15 Okt yang ditujukan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata, ia dibuat di bawah peraturan mesyuarat 26(1) dibaca bersama peraturan mesyuarat 27(3) dalam peraturan-peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bahawa dewan ini memberi kebenaran kepada ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut peraturan mesyuarat 26(1) dibaca bersama dengan peraturan mesyuarat 27(3).

“Dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat,” katanya.

FMT turut difahamkan, beberapa ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik; dan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir turut membawa usul sama.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,989
Reaction score
11,103
Points
1,906
Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Empat lagi Ahli Parlimen hantar surat mohon usul undi tak percaya

16 Oktober 2020
853806.jpg






SHAH ALAM - Empat lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.
Kesemua mereka menghantar surat bertarikh semalam iaitu 15 Oktober 2020 kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagi meminta izin Majlis untuk membawa satu usul dan megemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

AKAN MENYUSUL


 
Sponsored Post
Top
Log in Register