BTC USD 40,068.8 Gold USD 1,864.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usul Potong RM10 Gaji Peguam Negara Dan Ketua Pengarah SPRM Ditolak

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Usul Potong RM10 Gaji Peguam Negara Dan Ketua Pengarah SPRM Ditolak

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat Selasa menolak dua usul Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk memotong RM10 dari gaji Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semasa membentangkan usul pertamanya terhadap gaji Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Kit Siang mendakwa Abdul Gani telah memberi keterangan palsu dalam siasatan insiden 'mata lebam' Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Beliau juga mendakwa Abdul Gani tidak pernah menafikan dakwaan berkenaan meskipun dakwaan itu dibuat oleh pegawai penyiasat kes itu iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee kemudiannya memutuskan usul pertama itu ditolak setelah undian secara belah bahagian dibuat dengan 50 anggota Parlimen pembangkang menyokong usul dan 85 penyokong kerajaan pula tidak bersetuju.

Pada usul keduanya Kit Siang mendakwa Malaysia adalah negara yang paling buruk prestasinya di kalangan negara-negara Asia Pasifik dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak 16 tahun kebelakangan ini yang juga ditolak oleh Dewan Rakyat setelah majoriti suara menolak usul berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab usul terhadap gaji Peguam Negara berkata, perkara berkenaan akan dipanjangkan ke dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan.

"Demi keadilan semua pihak terutama Peguam Negara, saya memerlukan notis mengenainya dan ia juga tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat kerana pada masa ini beliau tiada dalam negara kerana sedang mengerjakan ibadah Haji di Mekah," kata beliau.

Dalam pada itu Mohamed Nazri berkata tiada indeks lain selain Indeks Persepi Rasuah (CPI) yang boleh diambil kira sebagai kayu pengukur bagi memastikan seluruh dunia dapat melihat usaha Malaysia dalam memerangi rasuah.



"Namun CPI adalah berkait rapat dengan persepsi dan ia bukan realiti. Kadang-kadang persepsi yang lahir dari kenyataan liar itu dibuat tanpa fakta jelas. Ini sudah tentu akan mempengaruhi indeks kita yang tak semestinya tunjuk kesungguhan kita untuk melawan nak hapuskan rasuah di negara kita," katanya.

Sehubungan itu Mohamed Nazri meminta semua anggota Parlimen terutamanya parti pembangkang supaya bersama-sama mencari jalan memerangi rasuah dan bukannya terus mengkritik kedudukan negara yang mendapat 0.1 mata lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.



Beliau juga berpendapat ketika ini agak sukar untuk Malaysia mendapat skor yang baik dalam CPI berbanding sebelum ini kerana beberapa perubahan yang berlaku di Malaysia



"Misalnya keterbukaan. Mungkin 15 tahun dulu skor tinggi. Masa itu mungkin takda keterbukaan seperti sekarang. Maka maklumat tak dapat disebar begitu meluas," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
tu baru srh ptong rm10...kalau usul srh ptg rm100, lag la dorang x nak ek
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
penjawat bagi jawatan nie bukannya ramai pun...potong sikit je tu ,xbleh dah ...
 

marwan82

Fun Poster
Joined
Mar 31, 2009
Messages
484
Reaction score
0
Points
10
kalau nak potong gaji rakyat...laju jer lulus huhuhu
 

uckiller

Active Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
1,055
Reaction score
30
Points
40
kalau nak potong gaji rakyat...laju jer lulus huhuhu

ptg gaji dgn naik hga brg...cpt je smpai xsmpt nk umum mnyak naik...nk naik gaji....jwbnye kerajaan hrs berjimat cermat....haha :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register