BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usul kaji semula sistem GST

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hamizura (kiri) menyampaikan ucapannya ppada Mesyuarat Wanita Umno Cawangan Seri Indah, Gopeng​

GOPENG - Wanita Umno Cawangan Seri Indah, di sini, mahu kerajaan mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

Ketua Wanitanya, Hamizura Osman berkata, peniaga dilihat sangat berani menaikkan harga barang sejak sistem cukai itu dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun sistem GST baik untuk negara, kerajaan perlu mempertimbangkannya semula jika ia tidak dilaksanakan dengan sempurna.

"Berikutan itu, kita mencadangkan supaya kadar GST dimulakan dengan lebih rendah iaitu sebanyak 2.5 peratus dan pelaksanaannya melibatkan barangan tertentu sahaja.

"Ini bagi memudahkan kerajaan memantau harga dan sistem yang digunakan dengan lebih efisien," katanya pada Mesyuarat Wanita Umno Cawangan Seri Indah, Gopeng, di sini.

Beliau berkata, jika pelaksanaan GST tidak disemak semula dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan rakyat.

"Lebih berbahaya jika rakyat menterjemahkannya pada PRU14," katanya.

Menyentuh laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Hamizura meminta supaya kerajaan mengumumkan tempoh sebenar yang perlu diambil bagi menyiapkan laporan tersebut.

"Perkara itu perlu dilakukan segera supaya isu ini dapat ditepis dan rakyat tidak lagi ragu-ragu dengan mendakwa kononnya ia boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan terus menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Umno.

"Kita harap beliau akan terus menegur dan memperbaiki Umno dari dalam supaya dapat dilihat sebagai parti yang relevan serta sangat terbuka dalam menerima sebarang teguran.

"Sehubungan itu, diharap teguran yang diberikannya akan menjadi 'check and balance' kepada parti," katanya.
 
pokjib dok usha je belakang hamizura ni
bg lollypop senyap la nnt
 
ada PRK, mmg la bunyi. tunjuk prihatin kata kau..trick murahan
 
La ni semua senada je.. pembangkang ka.. bn ka.. semua hentam kerajaan.
 
Ada lagi rupanya ahli UMNO yang cerdik..alhamdulillah
 
La ni semua senada je.. pembangkang ka.. bn ka.. semua hentam kerajaan.

Betul tue masta... budak wats up yg kuat BN pun dah tergugat... pastu dah start ckp pasal Ahmad Maslan lah semua... kawe pun pelik jugak... agaknye dia org terasa sgt kot GST nie... beli ape2 pun susah nak kurang sbb dah kurang pun 6% tetap ader... jahat betol 6% nie... bilelah 6% nk lenyap di muka bumi malaysia nie... lg kesian kalau org miskin tegar... :((
 
Back
Top
Log in Register