BTC USD 66,939.9 Gold USD 2,329.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustazah Asma tegur trend ‘alamak raya’, bawa ‘vibes’ gedik - “Maaf, tak manis untuk muslimah high class”

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1
Ustazah tegur trend ‘alamak raya’, bawa ‘vibes’ gedik - “Maaf, tak manis untuk muslimah high class”

Jumaat, 12 April 2024 8:30 PM
SUASANA raya bagaikan tidak lengkap sekiranya ahli keluarga dan sanak saudara yang berkumpul tidak melakukan aktiviti bersama-sama.

Seiring perubahan zaman, aktiviti yang dilakukan masyarakat tanpa mengira batas usia adalah mengikut trend terkini di laman sosial.

Menjengah ke laman TikTok, antara aksi dan gaya tarian yang menjadi ikutan adalah menggunakan lagu Alamak Raya Lagi dendangan DeFam.

Trend 'alamak raya' merupakan antara aktiviti keluarga masa kini. -Gambar hiasan

Menyedari semakin ramai melakukan gerak tari tersebut sejak 1 Syawal lalu, pendakwah bebas Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh tampil berkongsi pandangan khususnya kepada golongan wanita.

"Elakkan buat trend 'alamak raya' yang dipertonton kepada umum.

"Gedik dah jadi trend sekarang ni. Lagu itu bawa vibes gedik," ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Komen tersebut dibuat berikutan kebanyakan pelayar yang melakukan trend itu perlu menari dengan mimik wajah yang senada rentak lagu.

Malah katanya, amalan seumpama itu sememangnya dilarang masyarakat dahulu kerana melibatkan maruah seorang wanita.

Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan?

WARGA MAYA

"Dulu, mak abah marah kalau gedik depan orang. Sekarang, orang berlumba-lumba tunjuk gedik siapa paling menjadi.

"Maaf ya. Trend tu tak manis untuk muslimah high class," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan beliau dan turut meluahkan rasa kecewa serta sedih melihat generasi masa kini khususnya wanita yang menormalisasikan perkara tidak sepatutnya.

Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut.

"Setuju ustazah! Saya sendiri malu tengok dan malu apabila ia menjadi normalisasi.

"Beraya di rumah adik ipar tadi, benda (tarian) tu la tayang kat televisyen. Benci sungguh tengok.

"Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan?

"Setuju sangat. Saya baru lepas cakap dengan anak-anak tadi, rasa sedih pula. Baru lepas sebulan buat ibadah, Palestin berduka tapi kat Malaysia masyaAllah. Aidilfitri bukan untuk berpesta tapi untuk hargai anugerah Allah," ujar beberapa warga maya.

Sebagai pengajaran bersama, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pernah menerangkan tentang hukum bagi lelaki dan wanita yang tapa segan silu menunjukkan aksi menari secara terbuka di media sosial.

Jelasnya menari di khalayak ramai tapa ada tingkah laku haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

"Jika ada ketika menari it suatu yang haram seperti nampak aurat, berpakaian ketat, seksi, gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram.

"PeRlakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat, katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
 
Sponsored Post

Baru tahu muslimah ada 'high class' - Fasha

A view of the sea
Fasha Sandha
Kuala Lumpur: Pelakon Fasha Sandha, 40, mempunyai pendapat sendiri mengenai trend lagu Alamak Raya yang turut digunakan wanita muslimah berkongsi video meraikan Aidilfitri.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan kongsikan buah fikirannya itu susulan kenyataan seorang ustazah menyifatkan trend terbabit tidak sesuai bagi wanita muslimah yang mempunyai kelas tinggi.

"Baru tahu muslimah pun ada 'high class'? Macam inilah. Hidup sajalah ikut cara masing-masing," katanya.

Pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu juga cukup hairan terhadap sikap segelintir manusia yang suka menghukum.

Terdahulu, pendakwah bebas Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh tampil berkongsi pandangan khususnya kepada golongan wanita.

"Elakkan buat trend 'alamak raya' yang dipertonton kepada umum. Gedik dah jadi trend sekarang ni. Lagu itu bawa aura gedik," kongsinya di Facebook.

Pendapat berkenaan dibuat berikutan kebanyakan pelayar yang melakukan trend itu perlu menari dengan mimik wajah yang senada rentak lagu.

Malah katanya, amalan seumpama itu sememangnya dilarang masyarakat dahulu kerana membabitkan maruah seorang wanita.

Disiarkan pada: April 14, 2024 @ 3:16pm
 
Ustazah tegur trend ‘alamak raya’, bawa ‘vibes’ gedik - “Maaf, tak manis untuk muslimah high class”

Jumaat, 12 April 2024 8:30 PM
SUASANA raya bagaikan tidak lengkap sekiranya ahli keluarga dan sanak saudara yang berkumpul tidak melakukan aktiviti bersama-sama.

Seiring perubahan zaman, aktiviti yang dilakukan masyarakat tanpa mengira batas usia adalah mengikut trend terkini di laman sosial.

Menjengah ke laman TikTok, antara aksi dan gaya tarian yang menjadi ikutan adalah menggunakan lagu Alamak Raya Lagi dendangan DeFam.

Trend 'alamak raya' merupakan antara aktiviti keluarga masa kini. -Gambar hiasan

Trend 'alamak raya' merupakan antara aktiviti keluarga masa kini. -Gambar hiasan

Menyedari semakin ramai melakukan gerak tari tersebut sejak 1 Syawal lalu, pendakwah bebas Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh tampil berkongsi pandangan khususnya kepada golongan wanita.

"Elakkan buat trend 'alamak raya' yang dipertonton kepada umum.

"Gedik dah jadi trend sekarang ni. Lagu itu bawa vibes gedik," ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Komen tersebut dibuat berikutan kebanyakan pelayar yang melakukan trend itu perlu menari dengan mimik wajah yang senada rentak lagu.

Malah katanya, amalan seumpama itu sememangnya dilarang masyarakat dahulu kerana melibatkan maruah seorang wanita.

Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan?

WARGA MAYA

"Dulu, mak abah marah kalau gedik depan orang. Sekarang, orang berlumba-lumba tunjuk gedik siapa paling menjadi.

"Maaf ya. Trend tu tak manis untuk muslimah high class," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan beliau dan turut meluahkan rasa kecewa serta sedih melihat generasi masa kini khususnya wanita yang menormalisasikan perkara tidak sepatutnya.

Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut.

Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut.

"Setuju ustazah! Saya sendiri malu tengok dan malu apabila ia menjadi normalisasi.

"Beraya di rumah adik ipar tadi, benda (tarian) tu la tayang kat televisyen. Benci sungguh tengok.

"Geng cikgu pun ada yang menari guna lagu ni... nampak macam tak okay je kan?

"Setuju sangat. Saya baru lepas cakap dengan anak-anak tadi, rasa sedih pula. Baru lepas sebulan buat ibadah, Palestin berduka tapi kat Malaysia masyaAllah. Aidilfitri bukan untuk berpesta tapi untuk hargai anugerah Allah," ujar beberapa warga maya.

Sebagai pengajaran bersama, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pernah menerangkan tentang hukum bagi lelaki dan wanita yang tapa segan silu menunjukkan aksi menari secara terbuka di media sosial.

Jelasnya menari di khalayak ramai tapa ada tingkah laku haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

"Jika ada ketika menari it suatu yang haram seperti nampak aurat, berpakaian ketat, seksi, gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram.

"PeRlakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat, katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Dah viral sampai Jepun pun sekarang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register