Ustaz dituduh cabul murid tahun empat

CG Sponsors




BerkatNiaga

Banned
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25
Ustaz dituduh cabul murid tahun empat
Oleh Junita Mat Rasid

MUAR: Seorang ustaz berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat Tangkak, dalam kejadian tahun lalu dan awal tahun ini.

Tertuduh Samsul Bahri Saleh, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor`iza Mohamed.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba paha dan alat sulit seorang murid berusia 10 tahun, kira-kira jam 1.30 petang, antara 1 Februari lalu hingga 5 Februari lalu di kelas 4 Anggerik di sekolah berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Samsul Bahri didakwa melakukan kesalahan yang sama dengan meraba alat sulit seorang lagi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang pada tahun lalu, di sekolah yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan kira-kira jam 1.20 tengahari pada tahun lalu dengan meraba alat sulit mangsa yang berusia 10 tahun dan pertuduhan keempat membabitkan dakwaan meraba buah dada murid tahun empat pada jam kira-kira 1.30 tengah hari, 8 Februari lalu.

Mahkamah memerintahkan wang jaminan dikenakan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan 15 April ini.

Cetak artikel | Hantar pada kawan
 
Sponsored Post

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
tahun 4 ke tingkatan 4..isk2 ngan anak2 pun bernafsu..adess
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
dia baru didakwa...bagila peluang untuk dia mwbuktikan dia bersalah atau x:-?
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Aduhai...Ngan budak2 pon jadi..
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
kalo betul2 bersalah..memang bangsat la ustaz ni..
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,880
Reaction score
49
Points
125
baru didakwa jer..
belum didapati bersalah
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
baru didakwa jer..
belum didapati bersalah
betul tu bro..aku ingat lagi sekolah aku dulu..ada sorang ustaz yang memang dihormati semua orang tapi dituduh ambik kesempatan atas sorang murid..Wallahualam aku masih tak percaya sampai sekarang..aku rasa beliau difitnah..

dia salah sorang cikgu yang paling aku hormat dalam hidup aku..cikgu yang betul 'berjiwa' cikgu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register