dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 36,988
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 36,988
- Reaction score
- 3,392
- Points
- 266
- Awards
- 1

USTAZ Abdul Somad (UAS) memberikan ceramah di Serpong, Tangerang, Selatan, Banten.
Agensi
PEKAN BARU: Penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad dilaporkan menceraikan isterinya selepas permohonan perceraian itu diluluskan mahkamah syariah.
Tribunnews melaporkan, hakim di mahkamah syariah Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42, dengan isterinya, Mellya Juniarti semalam.
Mahkamah membuat keputusan itu tanpa kehadiran penceramah popular berkenaan manakala Mellya, 29, dilaporkan datang lewat.
Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing.
Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019.
“Mahkamah sudah bersidang sebanyak 11 kali termasuk proses rundingan,” katanya.
Ujarnya, pasangan itu mempunyai tempoh 14 hari untuk menerima keputusan berkenaan atau membuat rayuan.
Sementara itu, Mellya ketika ditemui wartawan di luar mahkamah enggan memberi komen mengenai dakwaan Ustaz Abdul Somad kurang memberi nafkah zahir.
“Saya enggan memberi komen. Tanyalah ustaz kerana dia yang membuat permohonan (cerai),” katanya kepada Tribunnews.
sumber - https://www.hmetro.com.my/global/2019/12/523564/ustaz-abdul-somad-isteri-sah-bercerai