BTC USD 16,279.1 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usia Lebih Separuh Abad Tapi Awet Muda, Apa Rahsia 5 Selebriti Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,835
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,835
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
Lumrah bila usia dah mencecah separuh abad, kedutan di wajah dan fizikal yang mula terbatas ekoran sakit sendi dan sebagainya akan mula dialami. Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 60 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.
Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih bertenaga dan masih mampu nak bergelar teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas. Agaknya apa rahsia mereka dapat kekal awet muda? Mesti ramai yang cemburu. Berikut Majoriti senaraikan lima selebriti tempatan yang kekal muda walaupun sudah berusia lebih 50 tahun.

1750245.jpeg


Maria Farida bersama anaknya yang kini berusia 25 tahun.

Maria Farida (53 tahun)

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida. Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995. Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan. Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!
1750244.jpeg


Nasha Aziz kini sedang dilamun cinta dengan seseorang.

Nasha Aziz (51 tahun)

Nasha Aziz atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz merupakan seorang pelakon dan digelar sebagai Supermodel Malaysia. Bukan sahaja jelita, Nasha juga berbakat dalam dunia lakonan dan pernah menggondol anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 27 menerusi filem Trauma. Sama seperti Maria, rahsia awet muda yang diamalkan Nasha adalah menjaga pemakanan, mengawal emosi dan sentiasa mengutamakan kesihatan mental. Untuk yang tak tahu, Nasha sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Faizal Husein pada 1995 dan itu juga merupakan hubungan cinta paling lamanya iaitu selama 12 tahun.
1750243.jpeg


Faizal Hussein masih aktif berlakon filem hingga kini.

Faizal Hussein (55 tahun)

Sehingga kini, masih ramai yang tidak boleh lupa dengan hero filem Gila-Gila Remaja ini. Malah, yang belum lahir ketika filem itu ditayangkan pun kenal dengan watak Roy yang dibawakan Faizal. Mula berlakon pada 1972 menerusi filem Darah Panglima, khidmatnya sebagai pelakon masih ditagih dan untuk tahun depan, ada tiga filemnya yang bakal ditayangkan. Rahsia Faizal mengekalkan awet mudanya adalah dengan mengamalkan minum air kosong dan sentiasa menjaga waktu tidur.
1750252.jpeg


Wajah Sheila Majid ketika berusia 55 tahun masih nampak muda.

Sheila Majid (57 tahun)

Penyanyi kecil molek, Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini. Bakat Shiela mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan penyanyi itu mengambil masa selama tiga tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru. Selain menyanyi, Sheila juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan dan membawa watak Tipah. Dialog 'Tipah tertipu bang, tipah tertipu' cukup diingati sehingga dijadikan lagu oleh kumpulan Ruffedge. Tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam menjadi rahsia awet muda yang diamalkan Ratu Jazz ini.
1750242.jpeg


Nama Rosyam Nor baru-baru ini menjadi sebutan kerana salah faham berkaitan kenyataannya yang didakwa menjatuhkan martabat wanita.

Rosyam Nor (55 tahun)

Kalau tak kenal dengan nama Datuk Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, memang anda seorang yang langsung tidak mengikuti perkembangan industri seni negara. Diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai pelakon yang paling banyak menerima anugerah, mustahil ada yang tidak kenal dengan figura ini. Rosyam memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam filem Gila-Gila Remaja sebelum berkembang menjadi penerbit, pengacara dan ahli perniagaan. Rosyam pernah memaklumkan rahsia awet mudanya ialah dengan mengamalkan minum jus durian belanda dan melakukan aktiviti seperti berkebun.​
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,797
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,797
Reaction score
2,856
Points
266
Awards
1
terbukti wanita 50an masih hot & laku kerasssssssssss

ekekekkeke
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,733
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,733
Reaction score
20,058
Points
2,866
Awards
1
maria farida dan nasha tu nampak jelas ada buat sesuatu di klinik aesthetics, bukan awet muda sangat tu

yg dikatakan awet muda tu, berani terima kenyataan yg umur dah meningkat dan grow old gracefully
tak buat apa apa yg sintetik tiruan kat diri tu


jika ada surgeri, bendasing dsb tu dah kira mengelat
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,835
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,835
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
ramai yang operate tu .. tngk SHeila Majid masih original, xpakai lama .. 30 minit dah ok :p
 

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,685
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
53,685
Reaction score
2,106
Points
656
Awards
1
Untung hidup sampai 50

Kita tak tau lagi

Hidup lagi

Atau

Dah mati dok dalam tanah
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,371
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,371
Reaction score
2,556
Points
251
Awards
1
Faizal Husin je aku suka
Yang lain"...sendu
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
6,120
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,120
Reaction score
1,084
Points
151
cantik,awet muda sebab make up..hmmmm....lelaki senang tertipu...kihkihkih
 
Sponsored Post

Top
Log in Register