Usahawan terkenal, pengasas kicap Jalen meninggal dunia

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,194
Reaction score
9,776
Points
1,746
Syahril A. Kadir
44 min ·

INILAH pencipta dan pengasas kicap Jalen yang terkenal itu.
Al-Fatihah.
#jalen


Usahawan terkenal, pengasas kicap Jalen meninggal dunia
By
Syahril A. Kadir
-
18 February 2020

87043199_10162965876205641_5887401136243081216_o

KUALA LUMPUR – Usahawan berjaya yang juga pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru petang tadi.

Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.


Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.

Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan pula sebuah syarikat baru yang dinamakan Syarikat Jalen Sdn Bhd dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen.
71500199_10162244788270641_214656461089800192_o


Memandangkan penerimaan dan sambutan hebat masyarakat terhadap kicapnya, Jalil mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit.

Ia bagi membolehkan kilangnya menggunakan alatan seperti mesin teknologi yang canggih untuk meningkatkan dan seterusnya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi bagi kicap jenama tersebut.

Jalil juga kemudian menambahkan lagi produknya selain daripada kicap.

Antaranya sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucu masin dan kordial.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh, Johor Bahru- MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,194
Reaction score
9,776
Points
1,746
Innalillah, semoga Allah merahmati arwah
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
Innalillah..antara usahawan melayu berjaya. Semoga roh tuan di kalangan orang yang dilindungi.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,106
Reaction score
1,885
Points
206


semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,444
Reaction score
241
Points
88
Innalillah..... sampai sekarang aku guna kicap ni.
 

viper21my

Super Active Member
Joined
Feb 25, 2006
Messages
7,551
Reaction score
137
Points
73
Semoga arwah diberkati, dah bertahun guna kicap Jalen kuning oren hingga kini, secara berterusan setelah kecewa dengan kicap kipas udang Habhal yang harga mahal.

al Fatihah
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,119
Reaction score
514
Points
126
tapi kicap habhal lagi sedap dari jalern. kicap jalen cair.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,194
Reaction score
9,776
Points
1,746
memang sedap kalau buat cecah dengan jemput2 ikan bilis.
mentua lalu belakang pun tak perasan. kalau perasan pun buat2 tak nampak je.
aah ye betul tepat sekali tn kopirait :)
mmg sedap sungguh buat cicah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register