BTC USD 39,793.8 Gold USD 1,817.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan Kosmetik, Suami Didakwa Cederakan Anak Perempuan 16 Tahun

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,888
Reaction score
13,834
Points
2,376
mahkamah_ketuk_4_1623916236.jpg


Foto hiasan​

PASIR MAS: Usahawan kosmetik dan suami mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuan wanita berkenaan, Isnin lalu.

Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi dan Mohd Hairie Razali masing-masing berusia 33 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Nurul Atikah dan Mohd Hairie yang juga bapa tiri mangsa didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 16 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Pauh, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, pada 14 Jun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Peguam Muhammad Hasif Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya diberi jaminan dengan kadar minimum kerana tertuduh wanita mengandung lima bulan.

"Mereka memberi kerjasama yang baik apabila menyerah diri kepada polis dan tinggal di Pasir Mas," katanya.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin. Kedua-dua tertuduh kemudiannya membayar jaminan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan usahawan kosmetik dan suaminya ditahan polis, kelmarin kerana disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun selepas berang dengan tindakan remaja itu memuat naik status di WhatsApp.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register