BTC USD 41,779.4 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan kosmetik bergelar Datin ditahan edar dadah

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,512
Reaction score
324
Points
51

Kota Bharu: Satu sindiket pengedaran dadah didalangi wanita bergelar Datin dengan berselindung di sebalik penjualan kosmetik, ditumpaskan pihak polis susulan rampasan dadah bernilai RM2.34 juta.

Ia membabitkan 180,000 biji pil yaba dan 14.9 kilogram (kg) syabu menerusi serbuan membabitkan lima lokasi di tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas sejak kelmarin sehingga semalam.

Menerusi serbuan berkenaan, polis menahan 11 individu berusia 23 hingga 48 tahun masing-masing tujuh lelaki dan empat wanita warga Thailand termasuk usahawan kosmetik bergelar Datin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sindiket dadah yang dikenali sebagai 'sindiket Datin' itu berjaya ditumpaskan susulan risikan dan intipan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, pada 4.30 petang kelmarin, pihaknya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kota Bharu dan merampas dua botol plastik mengandungi cecair kehitaman disyaki kodein dan 180,000 biji pil kuda.

"Susulan tangkapan itu, polis menahan dua lagi lelaki jam 4 petang semalam dalam sebuah kereta di Kampung Kedai Mulong dan merampas 17 bungkusan mengandungi syabu seberat 14.9 kg.

"Seterusnya, pada hari yang sama polis menahan lapan individu iaitu empat lelaki tempatan dan empat wanita warga Thailand termasuk seorang Datin di tiga daerah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SHAFIEN (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Shafien berkata, siasatan polis mendapati, sindiket berkenaan didalangi seorang wanita warga Thailand bergelar Datin berusia 48 tahun.

"Kejayaan tangkapan ini adalah susulan tangkapan terdahulu dan kita percaya sindiket ini bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu. Bekalan dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Pantai Timur termasuk Terengganu dan Pahang.

"Selain rampasan dadah, polis turut menyita enam kereta, dua motosikal, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis Kelantan turut menumpaskan satu sindiket dikenali sebagai 'Sindiket Mat Yo' membabitkan rampasan dadah jenis pil yaba sebanyak 462,000 biji bernilai RM4.62 juta.

Serbuan pada Rabu dan Khamis lalu itu membabitkan penahanan dua lelaki berusia 32 dan 43 tahun di dua lokasi iaitu Kota Bharu dan Tanah Merah.

"Serbuan pertama pada Rabu lalu di sebuah apartmen di Jalan Sri Cemerlang menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan rampas 14 bungkusan mengandungi 84,000 biji pil yaba.

"Serbuan kedua pula menahan seorang lagi lelaki di Tanah Merah dan merampas 10 bungkusan mengandungi 378,000 biji pil yaba. Pil berkenaan disembunyikan dalam tiga tong hitam yang ditanam di kawasan rumah.

"Polis turut menyita kereta, motosikal dan wang tunai bernilai RM65,000 dan suspek direman seminggu," katanya.

Shafien berkata, jumlah bekalan dadah yang dirampas itu boleh digunakan kepada seramai 300,500 penagih.


== harian metro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register