BTC USD 57,121.5 Gold USD 1,788.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan India Diingat Bayar Balik Pinjaman TEKUN Secara Sistematik

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pada Ahad mengingatkan usahawan India yang menerima pinjaman perniagaan daripada TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) Nasional agar membayar balik pinjaman berkenaan secara sistematik.

Samy Vellu berkata dengan cara itu lebih ramai usahawan lain kaum itu mendapat pinjaman berkenaan selain membolehkan pihaknya meminta tambahan jumlah pinjaman daripada kerajaan pada masa depan.

"Kita tidak mahu disenarai hitam lagi satu kali. BSN (Bank Simpanan Nasional) sudah senarai hitamkan kita dan kita harap selepas ini kita tidak disenarai hitamkan pula oleh TEKUN Nasional," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI) kepada 64 usahawan kaum India dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Ahad.

Katanya seramai 352 usahawan India dari Perak, Kedah (205 orang), Pulau Pinang (20) dan lain-lain negeri (1,258) telah menerima pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2008 dan 2009.

Beliau berkata usahawan yang mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang baik akan lebih mudah mendapat pinjaman daripada TEKUN Nasional dan organisasi pemberi pinjaman lain pada masa depan.

"Oleh kerana itulah saya meminta Yayasan Strategik Sosial (YSS) mengadakan satu atau dua pegawai... kerja mereka iaitu untuk menghubungi peminjam-peminjam itu untuk mendapat tahu adakah mereka bayar atau tidak.

"Selain daripada itu, kita mahu TEKUN Nasional untuk memberitahu kepada kita siapa yang bayar, siapa yang tidak bayar untuk mana-mana bulan itu. Dengan itu kita serta-merta boleh juga menghubungi mereka untuk membayar," katanya ketika ditanya rekod pembayaran balik pinjaman TEKUN Nasional oleh usahawan India setakat ini.

Samy Vellu yang juga Penaung YSS berkata kerajaan perlu meneruskan skim pinjaman berkenaan bagi memberi peluang lebih ramai belia India menceburi bidang keusahawanan dan sekaligus membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan golongan tersebut.

Terdahulu, selepas menyampaikan pakaian seragam dan beg sekolah kepada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anjuran MIC cawangan Kuala Tanggung di sini, Samy Vellu berkata 54 buah SJKT yang sedang dibina di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut, Kerajaan Pusat bersetuju menyediakan peruntukan tambahan kepada MIC sebanyak RM64 juta dan bantuan itu akan dikeluarkan pada suku pertama awal tahun depan.

Katanya peruntukan awal sebanyak RM130 juta kepada MIC untuk membina 65 buah SJKT termasuk bangunan tambahan di seluruh negara menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak mencukupi ekoran kenaikan harga bahan binaan.

Beliau berkata pembinaan SJKT di seluruh negara adalah antara komitmen utama MIC untuk meningkatkan bidang pendidikan masyarakat India seperti yang dijanjikan pada setiap konvensyen MIC peringkat kebangsaan dan negeri.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
kena panggil ceti baru nak bayar kot
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
aiks org india pun boleh pinjam tekun ke?mcm tak caya lah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register