BTC USD 51,022.5 Gold USD 1,781.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usahawan bumiputera perlu rebut peluang, kemudahan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Usahawan bumiputera dalam industri desa perlu merebut segala peluang memajukan perniagaan termasuk menerusi dana kemudahan pinjaman berjumlah RM605.3 juta yang disediakan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Muhkriz Mahathir berkata, kerajaan menyediakan dana itu dalam bentuk geran serta pinjaman mudah kepada golongan tersebut.

Pada masa sama, menurutnya, kerajaan turut melantik SME Corp. untuk mengendalikan pelbagai program pembangunan serta latihan bertujuan memajukan industri desa.

''Saya menyeru agar para usahawan bumiputera dalam industri desa mengambil segala peluang yang telah disediakan kerajaan untuk memajukan perniagaan mereka dan juga industri ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Usahawan Industri Desa 2009 di sini semalam.

Anugerah tersebut bagi mengiktiraf para usahawan bumiputera yang berjaya sekali gus memberi dorongan dan motivasi kepada usahawan lain berusaha lebih keras.

Menurut Muhkriz, peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu sangat besar dan perlu dimanfaatkan usahawan bumiputera terbabit.

''Sebagai usahawan, kita juga perlu berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak hanya menumpukan satu-satu jenis pengeluaran barangan atau perkhidmatan.

''Saya juga menyarankan agar para usahawan kita mempunyai tahap etika yang tinggi dalam menguruskan sesebuah perniagaan walaupun memiliki syarikat kecil,'' katanya.

Beliau percaya usahawan bumiputera mampu bersaing serta berjaya bukan sekadar di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

Justeru, Muhkriz menyeru agar para usahawan bumiputera bersatu padu dan saling memberi sokongan dalam usaha memperkasakan ekonomi bangsa serta negara.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Messages
12,098
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
nak rebut ?? pigi daaaaaaaaaaaaaaahh ... nak minta bukan senang .. banyak cikadak!! nak menipu golongan baru nak naik.. yang dah stabil perniagaam lagi diberi .. kapala hanggok..
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
nak rebut ?? pigi daaaaaaaaaaaaaaahh ... nak minta bukan senang .. banyak cikadak!! nak menipu golongan baru nak naik.. yang dah stabil perniagaam lagi diberi .. kapala hanggok..
politik bah itu.... :D
 

laharjaya

Active+ Member
Messages
3,334
Joined
Jul 1, 2008
Messages
3,334
Reaction score
13
Points
25
berita mcm ni kerap kali diputar

alih2 bila time nk minta dana... kena jadi ahli umngok dulu

mungkin rakan2 lain ada pengalaman nk kongsi
 

azriusre

Active+ Member
Messages
4,079
Joined
Sep 27, 2008
Messages
4,079
Reaction score
9
Points
25
Huh...cakap tak serupa bikin,kena rebut peluang la,apply pinjaman yang gomen sediakan la itu la ini la...tapi bila nak apply macam ****...banyak cengkadak...lepas tu Menteri pun keluar kenyataan yang pinjaman tu tak habis la pasal orang tak apply la itu la...apa! dia tak tau ka nak apply punya la susah tahap gaban:mad:
 

fido1

Banned
Messages
7,268
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
berita mcm ni kerap kali diputar

alih2 bila time nk minta dana... kena jadi ahli umngok dulu

mungkin rakan2 lain ada pengalaman nk kongsi

ye..saya nak kongsi..btol kata bro...mula2 sy nak meniaga,diorang awal2 da suruh sy masuk omngok dulu...alih2,apa pun tarak...:(scam:(scam
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,654
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,654
Reaction score
100
Points
123
nak buat camana, orang omngok tak minat berniaga. nak duit suapan je...
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..tmn salah seorang yg berjaya meminjam dgn SME tp sampai skrg x dpt apa2 pun
 

tokputih

CG Top Poster Club
Messages
27,260
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,260
Reaction score
862
Points
176
betul betul betul.... punyalah terseksa nak pinjam....
 

iorichee

Active+ Member
Messages
4,681
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
huuh...

nak kasi buatla cara nak kasi...

kalo taknak kasi cakap je laa....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register