BTC USD 97,146.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Usahawan Buat Content Ziarah Kubur Bertemakan Barbie

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
11.04.2024 - Ketika ramai di media sosial berdebat tentang tema hari raya sama ada oren bata, hijau atau pun warna pastel, tetapi usahawan dan pempengaruh, Syed Muhammad Syah Hasif memilih tema unik. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Syed Muhammad Syah 32, atau dikenali Prince Syed memilih tema Barbie bagi memberi kelainan. Difahamkan, Syed Muhammad Syah telah membelanjakan kos kira-kira RM4,000 untuk empat pasang baju fesyen berkenaan.

“Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, Barbie adalah tema raya kami untuk tahun 2024. Alhamdulilah, ‘simple’ je baju kami anak beranak kali ini.

Pada hantaran sama, dia turut memaklumkan telah mengeluarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Tiber Raya’.

“Istimewa untuk semua followers (pengikut) kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya single pertama lagu raya dari kami berjudul ‘Tiber Raya’ untuk semua raya ini harap semua suka dan terhibur, tahun ini kami beraya di Gerik. Ini lah suasana kami apabila raya , bersama keluarga dan kawan-kawan baik kami , bila raya semua dapat berkumpul memang satu kenikmatan yang sukar nak digambarkan , dan paling best dan meriahhh raya di kampung,”tulisnya di TikTok.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam fesyen yang digayakan pempengaruh itu kerana dakwa mereka ia tidak sesuai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Fesyen apa ni, dunia akhir zaman macam-macam fesyen pelik digayakan, harap tidak jadi ikutan pada masa hadapan,”tulis @ayieshfr.
“Hormatilah Syawal, dahlah atas tanah perkuburan, nanti terkejut mereka yang tengah tidur,”kata @mie45.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ZekZ67. “Dahlah musim panas, naik rimas tengok fesyen ini. Mula terbayang aiskrim paddle pop,”katanya.

 
Sponsored Post

'Jaga Sensitiviti, Adab Ziarah Kubur', Berbaju Raya Tema Barbie Permain Syariat Di Ajar Nabi

12.04.2024 - UMAT Islam perlulah menjaga sensitiviti masyarakat dalam memaparkan sesuatu perbuatan yang menyentuh adat dan tradisi semasa hari perayaan, kata pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Dr Mohd Izhar berkata sedemikian ketika menyentuh isu mengenai usahawan dan pempengaruh, Syed Muhammad Syah Hasif yang memuat naik klip video menziarahi kubur dengan busana raya bertemakan Barbie.

"Saya harap orang kita lebih sensitif dalam nak mengubah adat-adat yang telah dibiasakan dalam negara kita, dalam kalangan orang Islam dan orang Melayu. Masyarakat lain seperti Cina juga sangat menjaga pakaian kebudayaan mereka. Hatta, orang Arab sendiri tidak pernah mengotorkan pakaian rasmi mereka iaitu jubah dengan sesuatu yang pelik-pelik sehingga menghilangkan kebudayaan Arab," katanya kepada Majoriti.
Dr Mohd Izhar turut menegaskan bahawa setiap busana tradisional seperti baju melayu, tengkolok dan sebagainya memiliki lambang tersendiri.

"Samping, baju Melayu dan tengkolok mempunyai makna tersirat jadi kena hati-hati supaya tak menyinggung mana-mana pihak. Kita pakai baju Melayu lambang kebangsaan, tiba-tiba cemarkan dengan sesuatu yang tidak sesuai dan datang dari Barat, adat tidak boleh menerima pakaian yang boleh menjatuhkan maruah orang Melayu," katanya.

Selain itu, Dr Mohd Izhar berkata, adab menziarahi kubur perlulah ditonjolkan meskipun hanya dalam bentuk content video.

"Kita tidak boleh menziarahi kubur dalam keadaan pakaian yang kurang senonoh atau tidak elok. Sebagai contoh, pada awalnya ziarah kubur untuk mengingati mati tetapi selepas itu terus berjoget seakan-akan menziarahi kubur tiada unsur keinsafan," katanya.

Jelas bahawa, umat Islam perlu mengelak daripada mempermainkan syariat menziarahi kubur seperti yang diajarkan Nabi Muhammad SAW. Dr Mohd Izhar turut berpandangan bahawa perbuatan sebegitu tersebut hanya akan menimbulkan rugi kepada diri sendiri.

"Content yang kita nak buat perlu jelas dari sudut motif kerana akhirnya kita juga yang rugi akibat mendapat tempias yang tidak elok. Video itu juga melibatkan anak-anak jadi hati-hati supaya tidak menimbulkan kontroversi yang mengundang perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu dan orang Islam," katanya.

Sebelum ini, Syed Muhammad turut dikecam selepas memuat naik klip video menziarahi kubur dengan pakaian raya bertemakan Barbie. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pengguna media sosial, Mohd Hamdan beranggapan pakaian yang dikenakan Syed Muhammad sama sekali tidak bersesuaian.
1712905247856.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register