BTC USD 49,263.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah diskriminasi bekas pesakit jiwa - Lam Thye

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 20 Dis. — Orang ramai perlu mengikis semua bentuk diskriminsi terhadap bekas pesakit mental bagi membolehkan golongan itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam masyarakat, kata pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diwujudkan Program Bantuan Pekerja (EAP) bagi mencegah dan memberi bantuan awal berhubung isu kesihatan mental, tekanan dan emosi yang menjejaskan prestasi kerja.

"Langkah mengenal pasti masalah di tempat kerja akibat kemerosotan kesihatan mental bagi tujuan mewujudkan program penjagaan kesihatan mental untuk pekerja juga perlu diperkenalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata langkah segera perlu diambil bagi manangani isu mental dan kesihatan di sekolah dan tempat kerja.

"Sikap mengabaikan kesihatan mental dan faktor psikologi di tempat kerja bukan saja memberi kesan buruk terhadap seseorang pekerja, tetapi juga secara langsung menjejaskan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan sesebuah syarikat,” katanya
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
ye betul tu..kesian dorang..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register