USA VS IRAN | Iran keluarkan waran tangkap terhadap Trump

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,515
Reaction score
2,958
Points
201
AS lancar serangan balas di Iraq



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militia di Iraq yang dipersalahkan atas serangan roket yang membunuh dua tentera AS dan seorang askar British pada hari sebelumnya.

Menurut Pentagon, serangan AS itu menyasarkan lima lokasi simpanan senjata militan Kataib Hezbollah, termasuk stor senjata digunakan sebelum ini untuk menyerang tentera gabungan diketuai AS.

Tentera Iraq dalam satu kenyataan pula berkata, serangan udara AS itu mengenai empat lokasi di negara berkenaan.

Bagaimanapun, tentera AS tidak menganggarkan jumlah orang terkorban dalam serangan terbabit yang menurut pegawai, dilaksanakan oleh pesawat pejuang berpemandu.

Namun, tiada tanda pembunuhan berprofil tinggi seperti yang diluluskan Presiden Donald Trump pada Januari lalu di mana AS menyasarkan jeneral utama Iran, Qasem Soleimani.

Setiausaha Pertahanan, Mark Esper, dalam satu kenyataan Pentagon turut memperincikan serangan terbabit, selain memberi amaran AS bersedia untuk bertindak balas lagi sekiranya perlu.

“Kami akan mengambil sebarang tindakan diperlukan untuk melindungi tentera kami di Iraq dan rantau itu,” katanya.

Trump memberi kelulusan segera untuk tentera AS melakukan tindak balas berikutan serangan di Iraq, kelmarin, di mana puluhan roket 107mm Katyusha dilancarkan daripada sebuah trak ke atas pangkalan tentera Taji di utara Baghdad.

Kira-kira 18 daripada anggaran 30 roket yang dilepaskan itu mengenai pangkalan tentera terbabit, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan, setakat ini.

Ia adalah kali ketiga tentera AS melancarkan serangan terhadap Kataib Hezbollah dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Lebih dua dozen militan terbunuh pada Disember lalu dalam tindak balas AS terhadap satu serangan ke atas pangkalan Iraq yang membunuh seorang kontraktor warga negara kuasa besar itu.

Selain itu, serangan dron AS yang menyasarkan Qasem pada Januari lalu turut membunuh pengasas Kataib Hezbollah, Abu Mahdi al-Muhandis. - REUTERS
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,515
Reaction score
2,958
Points
201
Analysis: Iraq base hosting US-led coalition troops hit by rocket fire


 
Sponsored Post
Top
Log in Register