- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
SELAIN digunakan untuk makan, chopsticks kini dipakai untuk tujuan urutan. Urutan menggunakan chopsticks telah dipelopori oleh pengasas spa Rustic Nirvana, Yvett Chiang, seorang wanita Singapura.
Menurut Eksekutif Pemasaran Kanan Rustic Nirvana cawangan Malaysia, Wing Kok, urutan menggunakan chopsticks kini menjadi tarikan utama di Rustic Nirvana.
"Apabila kami melakukan demonstrasi atau pameran di tempat-tempat tertentu, orang ramai mudah tertarik dengan urutan ini kerana ia unik," kata Kok.
YVETT CHIANG
Menceritakan lebih lanjut tentang idea menemukan cara urutan itu, Kok memberitahu idea ini diperoleh daripada Yvett.
"Masa kecil, neneknya telah meminta dia mengurut belakang badannya. Namun, kerana kudrat urutan yang agak lemah kerana masih kanak-kanak, nenek meminta Yvett ke dapur mengambil chopsticks. Kemudian nenek menyuruhnya mengurut menggunakan chopsticks yang ternyata tenaga yang keluar lebih kuat. Dari situlah, Yvett mendapat teknik urutan berkenaan," kata Kok.
Menurut Kok, urutan ini dapat melegakan tekanan, kesakitan otot, meningkatkan pengaliran darah dan membuang panas dalam badan.
"Ia dilakukan dengan menggunakan 10 batang chopsticks yang dicipta khas. Berbentuk bulat, ia tidak begitu menyakitkan. Kaedahnya dimulakan dengan menepuk chopsticks di sekitar tubuh dari bahu hingga ke kaki. Kemudian, sapu minyak 24 jenis herba dan ikuti urutan chopsticks teknik Qua Sha," katanya.
Bagaimanapun, urutan chopsticks yang ditawarkan di Rustic Nirvana hanya untuk kaum wanita. Bayaran urutan ialah RM350.
Untuk keterangan lanjut mengenai urutan ini, bolehlah hubungi spa Rustic Nirvana di talian 03-2141 9193.
Kena reka kaedah baru juga nie...bekam guna ulaq lidi ok ker?