Urus niaga guna tunai terhad RM25,000 tahun depan (2020)

Recommended Brokers


mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
26,058
Reaction score
2,291
Points
191


KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, urus niaga secara tunai mungkin akan dihadkan kepada RM25,000.

Ia susulan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan had transaksi tunai (CTL) RM25,000 dalam usaha mengukuhkan integriti kewangan negara.


Sebarang transaksi yang melebihi had ditetapkan itu perlu membuat bayaran secara elektronik atau menggunakan cek.

CTL, inisiatif di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Wang Haram (NCC) adalah had ditetapkan bagi jumlah yang boleh dibayar menggunakan wang tunai bagi sesuatu urus niaga.

Ini bermakna, transaksi melebihi had berkenaan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, berkata pelaksanaan CTL digunakan bagi sebarang transaksi menggunakan wang tunai untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan menerusi perniagaan ke perniagaan (B2B); perniagaan kepada pengguna (B2C); pengguna kepada pengguna (C2C) serta sebarang pemindahan wang tunai secara fizikal seperti derma.

Bagaimanapun, katanya transaksi tunai melalui atau dengan bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau pengendali berlesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 atau institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 adalah dikecualikan daripada had berkenaan.

“Begitu juga transaksi di bawah situasi mendesak seperti bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana dikecualikan daripada had itu.

“Pengecualian berkenaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan berdasarkan saranan BNM,” katanya pada taklimat media mengenai pelaksanaan CTL, di sini, hari ini.

Abdul Rasheed berkata, BNM kini menyediakan kertas rundingan bertujuan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung cadangan jumlah CTL, pengecualian terhad untuk cadangan berkenaan dan cabaran praktikal untuk melaksanakannya.

“Tempoh rundingan bermula dari 11 November hingga 31 Disember 2019 dan orang ramai, pihak industri serta pihak berkepentingan lain digalakkan memberi maklum balas bertulis berkenaan persoalan yang dikemukakan serta isu berkaitan cadangan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, CTL adalah langkah terkini untuk memperkukuhkan rangka kerja Pencegahan Penggubahan Wang Haram/Pembanteras Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) di Malaysia.

“Langkah itu melengkapi langkah integriti sedia ada seperti laporan transaksi mencurigakan (STR) dan laporan nilai ambang tunai (CTR) untuk memastikan pihak berkuasa mempunyai maklumat serta sokongan sewajarnya bagi memperkukuhkan integriti kewangan di Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan, cadangan penguatkuasaan CTL juga tidak akan menjejaskan ekonomi dalam negara.

“Berdasarkan penilaian oleh pihak jawatankuasa, cadangan itu dilihat tidak akan menjejas dan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Apa yang pasti, ia hanya akan memberi impak kepada kumpulan penjenayah yang menggunakan tunai untuk menjalankan kegiatan jenayah kewangan.

“Malah, bagi perniagaan berkemungkinan usaha itu akan membantu memantapkan operasi dan menjurus penggunaan platform elektronik selain transaksi yang lebih selamat,” katanya.

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
27,007
Reaction score
577
Points
171
haha next pru garu kepala nak nak cash tunai.. better keluarkan awal2
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,191
Reaction score
2,102
Points
226
ada ke orang ke hulu ke hilir bawa cash lebih RM20k dalam poket? :rolleyes:

RM25k tu sehari ke, sebulan atau setahun?
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
806
Reaction score
308
Points
41
ada ke orang ke hulu ke hilir bawa cash lebih RM20k dalam poket? :rolleyes:

RM25k tu sehari ke, sebulan atau setahun?

Munkin kalau org beli kereta Cash misalnya...bayar RM 30 K...Tak boleh dah.

Maksudnya, kena bayar pakai bank transfer.

RM 25 k tu bukan Kira sehari atau sebulan...tapi utk satu urusniaga.
 

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
591
Reaction score
180
Points
23
Orang politik akan lawan punya ni. Nanti menyusahkan depa di kemudian hari.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register