Urus niaga forex dalam Islam - Kosmo (22 Januari 2015)

Recommended Brokers


azleeali

Fun Poster
Joined
Jun 24, 2014
Messages
320
Reaction score
5
Points
15
Urus niaga forex dalam Islam

DEWASA ini, terdapat pelbagai jenis perniagaan dan pelaburan yang melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai pelaburan foreign exchange (forex).

Ia dikatakan boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya dilakukan secara serius. Namun, adakah perniagaan dan pelaburan forex itu diterima di sisi syariah?

Jika kita menyoroti sejarah tukaran mata wang, kita dapat melihat bahawa amalan itu telah lama dipraktikkan. Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang keharusan menukar mata wang seperti emas dan perak.

Namun, dalam konteks zaman moden ini, tukaran antara emas dan perak sudah tidak lagi dilakukan secara meluas bahkan digantikan dengan wang kertas (mata wang fiat).

Wang kertas ini mengguna pakai hukum emas dan perak seperti yang diputuskan oleh para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari melalui persidangan serta mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa pada tahun 1986.

Tukaran mata wang dengan mata wang lain boleh diistilahkan sebagai bay’ al-sarf iaitu melibatkan jual beli atau perdagangan mata wang seperti emas dan perak serta apa jua medium yang diiktiraf dan diterima sebagai mata wang setempat.

Secara asasnya, Islam mengharuskan perdagangan seumpama forex selagi ia mematuhi syarat bay’ al-sarf yang digariskan oleh syariah. Rujukan utama bagi menetapkan hukum dalam tukaran mata wang adalah hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit.

“Emas (harus ditukar atau diniagakan) dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mestilah sama timbangan, dan ditukar secara terus (dalam satu masa) dan sekiranya (tukaran berlaku antara komoditi) berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagai mana yang disukai jika ia dilakukan dalam bentuk tunai.”

Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan jual beli mata wang yang dilakukan adalah sah menurut Islam.

Apabila tukaran mata wang berlaku pada jenis mata wang yang sama seperti tukaran antara Ringgit Malaysia dengan Ringgit Malaysia atau Dolar Amerika dengan Dolar Amerika, maka tukaran mesti dilakukan dengan nilai yang sama.

Contohnya, RM100 harus ditukar atau dijual beli dengan RM100 juga tanpa ada penambahan atau pengurangan.

Lanjutan dari itu, maka tidak ada masalah pada tukaran mata wang asing atau forex dari aspek ini kerana jelas bahawa mata wang yang digunakan di setiap negara adalah unik dan berlainan jenis dengan nilai mata wang negara lain. Maka dengan itu dibolehkan untuk menjualnya pada nilai dan harga yang berlainan.

Dalam akad tukaran mata wang juga disyaratkan agar pembelian dilakukan tanpa berlakunya penangguhan pada bayaran. Ini bermakna, pembayaran perlu dilakukan dalam majlis akad secara lani (langsung) dan tidak dengan cara berhutang.

Syarat ini adalah seperti mana yang terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari. Mafhumnya: “Rasulullah melarang menjual emas dengan perak secara berhutang.”

Kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) harus menyerahkan tukaran masing-masing dalam majlis akad tersebut sebelum mereka berpisah. Ini bermakna, penjual perlu menyerahkan wang tukaran kepada pembeli dan pembeli pula menyerahkan wang bayarannya kepada penjual sebelum salah seorang daripada mereka berlalu meninggalkan yang lain.

Berhubung dengan isu taqabudh dan tukaran mata wang secara lani, dua kelonggaran telah diberikan berdasarkan keperluan zaman teknologi yang sentiasa berkembang.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3PVYFUhKE
Hakcipta terpelihara
 
Sponsored Post

syahays

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2010
Messages
23,430
Reaction score
46
Points
120
isu yg slu menjadi Hot Issue pada semua traders...
 

sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,397
Reaction score
132
Points
73
aikk..mcm tak haram plak...
ke aku salah paham...:)):)):))
 

mfaiez

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2008
Messages
344
Reaction score
16
Points
15
Artikel nie merujuk pada urusniaga
1) forex online, atau
2) pengurup wang
 

gunungemas

Active Member
Joined
Oct 7, 2007
Messages
2,035
Reaction score
38
Points
30
Umum sangat, tak sentuh pon forex online..... ini lebih kepada pengurup wang asing
 

oneizone

Fun Poster
Joined
Feb 23, 2012
Messages
290
Reaction score
0
Points
10
aku pun tak paham...bab berhutang dan "Kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) harus menyerahkan tukaran masing-masing dalam majlis akad tersebut sebelum mereka berpisah. Ini bermakna, penjual perlu menyerahkan wang tukaran kepada pembeli dan pembeli pula menyerahkan wang bayarannya kepada penjual sebelum salah seorang daripada mereka berlalu meninggalkan yang lain."

untuk online macam mane?
 
Last edited:

kemolok

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,130
Reaction score
25
Points
70
Forex online ni, masalahnya pado broker bucket shop aka kasino...

Bamyak kqt CG broker ni kohkoh...
 

aspil1

Active Member
Joined
Mar 6, 2009
Messages
2,478
Reaction score
5
Points
25
mata wang fiat ni pd asasnya bukanlah halal.. tetapi disebabkan situasi skrg, maka dibolehkan..
jadi, forex ni adalah memperdagangkan mata wang fiat ni, jd ia adalah haram..
ini antara point yg kwn dgr ustaz2 pakar ekonomi dan kewangan islam ckp..
boleh rujuk ustaz zaharuddin juga..
point2 lain mcm memperoleh keuntungan atas kerugian org lain, konsep leverage, serta urusan secara langsung dan swap smua tu adalah tajuk2 lain yg juga mempunyai hukum tersendiri..
jd forex online ni gabungan semua.. kwn pun dh lama tinggalkan porex ni sbb mengenangkan hukum2 dlm Islam..
tp xpelah, bila kita meninggalkan sesuatu yg kita suka ats sbb hukum, InsyaAllah ade yg lebih baik menanti.. Wallahualam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register