akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,971
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,971
- Reaction score
- 6,425
- Points
- 881
- Awards
- 1
Uptown Kota Damansara tidak 'meriah' seperti dulu
Rakaman gambar tular menunjukkan keadaan Uptown Kota Damansara yang sepi dan kekurangan pengunjung. - Foto FB Emma Wan Noordin

KUALA LUMPUR: Peniaga di Uptown Kota Damansara mengeluh dan mendakwa, berlaku penyusutan ketara jumlah pelanggan serta jualan sejak bulan lalu kerana tidak mampu bersaing dengan harga jauh lebih murah ditawarkan dalam media sosial.
Peniaga pakaian yang sudah berniaga sejak 2014, Mohamad Nazrul Shah, berkata keadaan kini lengang sejak sebulan lalu.
"Memang tak ada orang, suasana sudah tidak seperti dulu. Selalunya, apabila musim gaji orang ramai akan berkunjung ke Uptown tetapi sekarang, terima gaji atau tidak, kami memang kekurangan pelanggan," katanya kepada BH.
Menurut Nazrul, sebelum ini perniagaannya memperoleh keuntungan sekitar RM70,000 sebulan, tetapi bulan lalu hanya mencapai RM23,000. Sehingga ada pekerja terpaksa dicutikan ataupun diminta ke cawangan di Uptown yang lain.
Suasana terkini Uptown Kota Damansara ketika tinjauan susulan terdapat peniaga yang mengeluh kerana pengunjung kurang untuk membeli di Uptown Kota Damansara. - NSTP/Genes Gulitah

"Bagaimanapun, semua Uptown sama sahaja. Di Shah Alam, jualan juga agak perlahan. Boleh dikatakan jualan kami berkurangan sebanyak 75 peratus," katanya .
Beliau juga menyuarakan kebimbangannya mengenai persaingan daripada platform jualan dalam talian seperti TikTok dan Shopee.
"Kami ada cuba bersiaran langsung untuk berniaga (di media sosial) tetapi tidak berjaya," katanya.
Beliau turut berharap supaya pihak berkuasa turun padang melawat kawasan itu dan menggesa tindakan sewajarnya.
"Lihat keadaan kami, beri kami peluang teruskan hidup. Seorang mak cik menjual tudung dengan harga RM10 tidak mungkin boleh bersaing dengan peniaga yang menjualnya dengan harga RM2 di media sosial," katanya.
Berbeza pendapat, peniaga, Rozemie Yaakob, 34, berkata, pada hujung minggu selepas 10 malam, masih ramai yang mengunjungi Uptown Kota Damansara.
Bagaimanapun, Rozemie mengakui jualan peniaga semakin berkurangan dan tidak menafikan lambakan jualan menerusi platform media sosial mengganggu pendapatan mereka.
"Orang sudah banyak berjimat, tetapi tidaklah kita kata tiada orang langsung (berkunjung ke Uptown Kota Damansara). Cuma media sosial seperti TikTok dan Shopee ada mengganggu sedikit.
"Harga di media sosial lebih murah daripada pemborong. Saya juga hairan bagaimana mereka boleh dapatkan harga sebegitu. Nak dibandingkan dengan kami, harga mereka memang murah," katanya.
Terdahulu tular di Facebook satu hantaran yang menunjukkan keadaan Uptown Kota Damansara yang sepi walaupun meriah dengan lampu, tetapi kekurangan pengunjung.