BTC USD 61,270.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, Sekolah Dibuka 1 Sep 21

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

PIBG gesa ibu bapa murid hadir sekolah turut divaksinasi

Oleh Latifah Arifin- September 13, 2021 @ 4:25pm
[email protected]

MURID_PINDAH_SEKOLAH_DUDUKI_PEPERIKSAAN_UPSR_1631521485.jpg


MELAKA 04 SEPTEMBER 2019. Sebahagian murid sekolah Kebangsaan Serkam Darat termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Serkam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah kebangsaan Seri Mahkota susulan kejadian kebocoran gas ammonia di kilang pemprosesan ayam di Serkam, Merlimau. NSTP/RASUL AZLI SAMAD


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak sekolah diharap dapat menambah baik pengoperasian semula sekolah dengan memastikan ibu bapa atau penjaga setiap pelajar sudah divaksinasi sepenuhnya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bangsar, Mohd Yazid Mohd Yasin, berkata perkara ini penting bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dalam persekitaran sekolah.

"Saya lihat semua strategi diumumkan KPM semalam amat baik, namun lebih baik jika dapat dilakukan penambahbaikan dengan memastikan bukan saja guru dan kakitangan sokongan sekolah perlu lengkap divaksinasi, malah ibu bapa atau penjaga pelajar yang dibenarkan belajar secara bersemuka juga perlu memenuhi syarat itu.

"Ini antara isu yang diketengahkan ibu bapa, saya lihat kebimbangan ini berasas kerana pelajar datang dari kawasan penempatan berbeza, malah ada tempat masih menunjukkan peningkatan kes COVID-19.

"Kita tidak mahu berlaku kes COVID-19 di sekolah kerana kemungkinan pelajar yang ibu bapa mereka belum divaksinasi menjadi pembawa virus itu di sekolah," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tahun ini yang akan dilanjutkan sehingga Februari tahun depan, akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Mohd Yazid berkata, isu vaksinasi termasuk ibu bapa pelajar perlu dilihat secara serius kerana bukan saja mengakibatkan penularan dalam kalangan murid sekolah, bahkan guru dan kakitangan sokongan mungkin dijangkiti.

"Soalnya sekarang, siapa akan memastikan setiap ibu bapa pelajar sudah lengkap vaksinasi, ini memerlukan perbincangan teliti.

"Mungkin pihak sekolah boleh membuat tinjauan awal secara dalam talian melalui 'google form' bagi mendapatkan jumlah ibu bapa dan penjaga yang sudah divaksinasi," katanya.

Mohd Yazid berkata, guru turut menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlaku jangkitan di luar sekolah.

"Perkara ini juga perlu dilihat oleh ibu bapa kerana sukar mengawal pergerakan anak, misalnya ada yang menggunakan perkhidmatan van sekolah, tetapi tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Ramai ibu bapa bimbang keselamatan anak dalam sekolah, tetapi alpa anak bersesak dalam van sekolah yang memuatkan kapasiti penumpang melebihi jumlah dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Dato' Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi, Effandi Nazila Abdullah mahu kementerian menyegerakan suntikan vaksinasi bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

"Saya berharap KPM segera menyediakan kaedah terbaik untuk memastikan semua pelajar menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dapat divaksinasi sebelum pembukaan semula sekolah.

"Sekurang-kurangnya, mereka menerima satu dos suntikan sebelum sekolah dibuka. Ini

penting kerana pelajar sudah lama belajar di rumah, jadi masa singkat ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan pembelajaran secara lebih lancar melalui kaedah bersemuka," katanya.

Beliau berkata, PIBG bersetuju menjadikan sekolah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan sedia memberikan bantuan diperlukan bagi tujuan itu.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

PdP bersemuka lebih berkualiti

September 13, 2021 @ 6:39pm

14hmmukaaa_1631529575.jpg


Pembelajaran bersemuka di dalam kelas lebih berkualiti. - Foto hiasan NSTP/Asrol Awang


KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka secara bergilir-gilir mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) langkah tepat bagi mengembalikan proses PdP yang berkualiti, selepas terkesan akibat penutupan sekolah.

Walaupun kes COVID-19 masih tinggi, pendidikan adalah keperluan amat penting khususnya untuk murid berkeperluan khas (MBK) dan pelajar kelas peperiksaan sekolah menengah yang boleh dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Naib Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Mohd Ariffin Abdul Rahman, berkata PdP bersemuka secara penggiliran membolehkan penyampaian pengajaran yang lebih baik, melaksanakan penilaian prestasi murid, selain mengelakkan keciciran.

Bagi sekolah menengah, katanya, kehadiran murid kelas peperiksaan akan membantu mereka membuat persiapan menjelang peperiksaan kerana interaksi secara bersemuka dengan guru ketika PdP, menjadikan pemahaman lebih berkesan dan memberi panduan pembelajaran lebih jelas, terutama subjek dengan latihan amali.

"PdP di rumah (PdPR), guru dan pelajar berdepan cabaran lain, termasuk kekurangan bahan rujukan murid dan gangguan liputan internet. PdP bersemuka membolehkan interaksi serta perbincangan dua hala yang lebih berkesan," katanya.

Mohd Ariffin berkata, kehadiran murid ke sekolah memberi peluang mengulang kaji pelajaran bagi topik yang diajar ketika PdPR, selain membuat pecutan persediaan menghadapi peperiksaan tahun depan.

PT3_1631529582.jpg


Calon peperiksaan memerlukan tunjuk ajar secara bersemuka daripada guru. - Foto hiasan NSTP/SADDAM YUSOFF

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sukiman Juki menyifatkan pembukaan semula sekolah dengan kehadiran murid secara bergilir dan berperingkat, penting untuk memastikan tahap penguasaan pelajaran murid kembali landasan tepat, terutama bagi MBK.

"Modul PdP murid MBK berbeza dengan murid biasa kerana lebih perlukan interaksi dua hala, kemahiran dan teknik tertentu yang dilakukan guru terlatih. Pada peringkat sekolah rendah, ini tempoh kritikal perkembangan pendidikan anak-anak, terutama MBK.

"Keutamaan PdP bersemuka untuk golongan ini amat bertepatan untuk memastikan mereka tidak tercicir.

"Kita juga melihat PdP bersemuka dengan agihan jumlah murid mengikut kumpulan dan diselang-selikan PdPR memberi ruang kepada murid untuk belajar lebih baik tanpa menambah beban kepada guru," katanya.

Biarpun KPM tidak mewajibkan ibu bapa menghantar murid ke sekolah kerana kebimbangan jangkitan wabak, Mohd Ariffin dan Sukiman senada dan yakin risiko penularan di sekolah dapat dielakkan dengan pematuhan SOP ketat.

Mereka berkata, tanggungjawab menjaga keselamatan murid daripada dijangkiti wabak turut melibatkan peranan ibu bapa ketika murid di luar kawasan sekolah bagi memastikan proses PdP bersemuka berjalan lancar demi masa depan pendidikan anak-anak. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Syor wujud jawatan pegawai OSH di sekolah

Latifah Arifin- September 13, 2021 @ 6:51pm
[email protected]

HQ200121ES014_1631530262.jpg


- Hiasan. FOTO NSTP


KUALA LUMPUR: Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menggesa satu perjawatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah diperkenalkan segera.

Presidennya, Dr Shawaludin Husin, berkata ia usaha penting yang selari dengan keputusan kerajaan untuk membuka semula sesi persekolahan bulan depan.

Katanya, kebimbangan utama MSOSH adalah tekanan pihak berwajib untuk memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dipatuhi dan diutamakan bagi menangani penularan COVID-19.

"Dalam konteks sekolah, pematuhan OSH bukan saja terhad kepada guru tetapi turut terpakai kepada pelajar, kontraktor dan pelawat.

"Mengambil kira bilangan pelajar yang besar dan bebanan kerja guru yang tinggi, maka amat wajar untuk kerajaan melihat kepada cadangan perjawatan khusus OSH di sekolah," katanya, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Oktober ini.

Shawaludin berkata, ketika ini orang ramai masih bergelut untuk mengurus dan menyesuaikan diri di dalam persekitaran baharu ketika virus COVID-19 masih menular.

Justeru katanya, pematuhan OSH tidak boleh dibebankan di atas bahu guru dan pengetua yang sibuk dengan tugasan pengajaran dan pembelajaran.

"Pengurusan OSH memerlukan individu yang terlatih khusus dalam bidang berkenaan terutama daripada sudut penilaian risiko, perundangan dan teknikal," katanya.

Beliau berkata, sejak 10 tahun lalu, pelbagai kemalangan direkodkan di sekolah sama ada membabitkan pelajar, guru dan pelawat.

Katanya, trend ini sangat membimbangkan dan MSOSH khuatir ia berulang kerana kualiti pematuhan OSH yang rendah.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Bukan semua sekolah dibuka pada 3 Oktober

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim- September 13, 2021 @ 8:39pm
[email protected]

MURID_SEKOLAH_KAMPUNG_AIR_56756987_1631586229.jpg


Ibu bapa menghantar anak mereka menaiki bot penambang pada awal pagi untuk ke sekolah yang terletak di pusat bandar Labuan. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menegaskan pembelajaran bersemuka mulai 3 Oktober ini, dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya menerima banyak maklum balas dan pertanyaan kononnya sekolah di seluruh negara akan dibuka serentak pada tarikh berkenaan.

"Saya memantau maklum balas susulan pengumuman berkaitan pembukaan semula sekolah yang dibuat semalam. Kami mendapati ada yang masih menganggap seolah-olah semua sekolah di seluruh negara akan dibuka pada 3 Oktober ini.

"Jadi, saya ingin sekali lagi menjelaskan secara umum bahawa pembukaan sekolah dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN," katanya.

Radzi berkata, pembukaan secara berperingkat itu bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selamat.

Katanya, kehadiran pelajar juga akan mengguna-pakai kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50 peratus di dalam kelas.

"Kalau negeri itu dalam Fasa 1 (PPN), tidak ada sekolah yang akan dibuka di negeri Fasa 1. Negeri Fasa 2 (PPN) pula, bagi sekolah rendah, hanya murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang akan hadir ke sekolah.

"Bagi sekolah menengah, dalam Fasa 2 (PPN), yang akan ke sekolah pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua kerana mereka akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober," katanya.

Bagi negeri Fasa 3, selain SKPK dan PPKI, murid prasekolah akan dibenarkan hadir ke sekolah, manakala untuk sekolah menengah pula, ia membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan calon STPM yang lain.

"Fasa 4 (PPN), bagi dua minggu pertama daripada 3 hingga 17 Oktober, yang akan berada di sekolah seperti Ffasa 3. Kemudian dari 17 hingga 31 Oktober, kita akan tambah untuk sekolah rendah, iaitu murid dari Tahun 1, 2 dan 3. Ini bermula daripada 17 Oktober.

"Kemudian pada akhir Oktober, murid Tahun 4, 5 dan 6 akan masuk untuk sekolah rendah di negeri Fasa 4 (PPN). Sekolah menengah negeri Fasa 4, kita akan masukkan untuk dua minggu pertama bermula 3 hingga 17 Oktober yang akan masuk sama dengan pelajar Fasa 3.

"Selepas 17 Oktober, pelajar yang akan hadir ke sekolah dari Tingkatan 3 dan 4. Dua minggu selepas itu bermula 31 Oktober, pelajar Tingkatan 1 dan 2 pula akan hadir ke sekolah. Begitulah keadaannya," katanya.


 

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
11,119
Reaction score
366
Points
141
Pening2...buke utk yg amek exam jelah kn sng

Tahun dpn Bulan 3 Kalo ok baru buke utk semua..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,370
Reaction score
15,064
Points
1,906

Action to be taken against 2,500 teachers who refused Covid-19 vaccines​


  • Wednesday, 15 Sep 2021
    12:52 PM MYT
1631696168548.png

KUALA LUMPUR: The Education Ministry will be taking action against over 2,500 teachers who chose not to be vaccinated against Covid-19.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (pic) said his ministry, together with the Public Service Department, was looking at what action could be taken.


"The action we are looking at is in the context of public service procedure and laws.

"He said they would not be allowed to teach classes in person and would also be isolated from other teachers when they report to school," he told reporters during a joint press conference with Senior Minister (Security) Datuk Seri Hishammuddin Hussein on Wednesday.


He said the 2,500 figure was small in comparison to the nearly 500,000 teachers nationwide, but the safety of students was paramount.

"The safety of the children is our top priority. We are studying the best course of action on this matter," he said.

MORE TO COME


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PERSEKOLAHAN | KPM Pertimbang Kekalkan Takwim Cuti Untuk Tahun 2023

Kementerian Pendidikan sedang memperincikan sama ada akan mengekalkan penggunaan takwim penggal dan cuti persekolahan 2021, yang dilanjutkan hingga Mac 2022 pada sesi persekolahan 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini kerana banyak kelebihan dapat dimanfaatkan murid dan guru, apabila sistem itu dilaksanakan yang dilihat lebih sesuai dan efektif.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PENGOPERASIAN SEKOLAH | MINDEF Bantu KPM Pastikan Kelancaran Operasi Sekolah

Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kelancaran proses pembukaan semula sekolah 3 Oktober depan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Lebih 7,000 murid B40 Terengganu tidak diikuti PdPR

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar- September 14, 2021 @ 8:15pm
[email protected]

HQ202107HQ_M300_1631621728.jpg


Gambar hiasan. - Foto fail NSTP


KUALA TERENGGANU: Seramai 7,629 orang atau empat peratus daripada 174,510 murid daripada golongan B40 di Terengganu dikategorikan sebagai tercicir atau tidak mengikuti mana-mana sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, daripada jumlah itu, 166,881 murid mengikuti PdPR susulan pandemik COVID-19.

"Istilah cicir di sini bermaksud mereka tidak ikuti mana-mana sesi PdPR pada tempoh berkenaan dan perkara ini diambil serius kerajaan negeri dengan beberapa tindakan dijalankan pihak sekolah termasuk mengadakan kunjungan atau panggilan telefon kepada keluarga murid-murid berkenaan.

"Selain itu, libat urus dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dilaksanakan di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Terengganu juga turut membantu memberi penerangan mengenai PdPR dan membuka ruang kepada mereka untuk memberi bantuan khususnya menjejaki murid yang gagal mengikuti PdPR supaya mereka tidak tercicir.

"Bagi memastikan PdPR diikuti semua pelajar di Terengganu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu membangunkan satu sistem PdPR bagi memantau pembabitan pelajar dalam PdPR menggunakan tiga kaedah.

"Kaedah yang digunakan adalah PdPR secara dalam talian sepenuhnya, PdPR secara luar talian seperti edaran bahan bercetak terutama kepada murid yang tiada peranti dan akses internet dan gabungan PdPR secara dalam talian atau luar talian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis mengenai keupayaan pelajar di Terengganu dalam memenuhi keperluan PdPR khususnya dalam kalangan B40 yang dikemukakan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (BN-Seberang Takir) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka itu berkata, kerajaan negeri turut menyediakan 20 Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) bagi kemudahan pelajar untuk mengikuti PdPR secara percuma.

Katanya, pusat berkenaan menawarkan kemudahan komputer dan akses kepada internet selain turut memberi bantuan peranti, komputer, tablet kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

14 hari persiapan buka sekolah di negeri beralih fasa

Mohd Iskandar Ibrahim- September 14, 2021 @ 10:40pm
[email protected]

0909rsschool_1631630441.jpg


- Hiasan. FOTO NSTP


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu kepada sekolah di negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membuat persediaan sebelum dibuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan dan pemakluman berhubung tarikh pembukaan sekolah berkenaan.

"Katakanlah sebuah negeri beralih fasa, kita memberikan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari untuk membuat persediaan walaupun pengumuman dibuat dua hari sebelum peralihan.

"Sebagai contoh, Negeri Sembilan yang kini di Fasa 3 beralih kepada Fasa 4, kita akan bagi tempoh dua minggu dari tarikh negeri berkenaan beralih fasa.

"Kita akan maklumkan dan mengeluarkan kenyataan bila tarikh persekolahan itu akan bermula," katanya dalam rancangan Soal Rakyat Khas Pengoperasian Sekolah secara langsung di TV3 malam ini.

Mengulas mengenai pengoperasian sekolah di kawasan Program Gelembung Pelancongan, Radzi berkata, institusi pendidikan itu akan dibuka mengikut ketetapan dalam Fasa 4 PPN.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Bagi kawasan ini, kita akan ikut ketetapan pembukaan sekolah Fasa 4 PPN, sebab semua sektor dibuka.

"Maka dalam konteks Langkawi ini, kita ikut Fasa 4, kita akan maklumkan kepada ibu bapa bila sekolah dalam kawasan berkenaan akan dibuka," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan keputusan KPM membuka sekolah bersemuka secara berperingkat mulai 3 Oktober ini adalah untuk mengeratkan kembali pelajar yang dengan sistem pendidikan negara.

Katanya, sudah terlalu lama murid dan pelajar tidak dapat hadir sehingga dilihat semakin renggang dengan sistem persekolahan.

"Dalam konteks hari ini, kita ingin buka sekolah dalam keadaan selamat. Kita melihat semua faktor dan keselamatan untuk memastikan ekosistem dalam sekolah itu semuanya divaksin termasuk guru, pentadbir, kakitangan sokongan dan sebagainya.

"Kalau kita buka (sekolah) tahun depan, ini bermakna mereka meninggalkan sistem persekolahan itu cukup panjang dan terlalu lama. Ada anak yang terlalu renggang dengan sekolah, ada yang berfikir nak bekerja untuk bantu ibu bapa.

"Saya ingin menegaskan kami di KPM memikul amanah untuk jaga lebih lima juta murid dan ini amanah yang besar serta perlu ditanggung dengan penuh ikhlas," katanya.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register