BTC USD 61,014.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, Sekolah Dibuka 1 Sep 21

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Syor sekolah tentukan kaedah penggiliran pelajar

Mohd Amin Jalil- September 13, 2021 @ 9:43am
[email protected]

obj19920187_1631497400.jpg


Foto fail NSTP


SEREMBAN: Pengurusan sekolah perlu diberikan autonomi dalam menentukan kaedah penggiliran pelajar ke sekolah apabila sesi persekolahan bersemuka bermula awal bulan depan.

Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata penggiliran itu sama ada mengikut kelas, tingkatan atau tahun pelajar.

"Kementerian Pendidikan (KPM) harus memberikan ruang dan pilihan kepada pihak sekolah untuk memilih kaedah yang terbaik dari segi penggiliran berdasarkan komposisi pelajar.

"Ia sudah tentu berbeza bagi setiap sekolah kerana turut membabitkan juga faktor kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada," katanya hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam dilaporkan berkata pembukaan semula sesi persekolahan tahun ini yang akan dilanjutkan sehingga Februari tahun depan, akan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.

Dr Radzi berkata, kapasiti kehadiran pelajar setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan COVID-19 selain memudahkan pengawalan terhadap pelajar serta kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mohd Azizee berkata, pihaknya juga berharap kementerian dapat menambah baik SOP dengan mengambil kira dua kategori pelajar iaitu yang telah divaksin dan belum divaksin.

"Ini penting supaya pengoperasian sekolah nanti dapat dikawal selia dengan baik dan meminimumkan kadar jangkitan COVID-19.

"Kami juga berharap program vaksinasi kalangan pelajar terutama mereka yang akan mengambil peperiksaan utama dapat dipercepatkan bagi mengurangkan risiko jangkitan sekali gus memastikan eko sistem pendidikan yang selamat dan terjamin," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyambut baik langkah KPM yang proaktif dalam mengumumkan berkaitan pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini.

Katanya, pihaknya yakin pengumuman itu dapat memberikan maklumat yang tepat kepada semua pihak terutama guru, pentadbir dan ibu bapa.

"Pengumuman itu juga dapat menjelaskan kekeliruan ibu bapa dan kalangan pelbagai pihak yang timbul sebelum ini.

"Sememangnya keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan amat penting dan perlu diberikan perhatian tanpa mengabaikan aspek kelangsungan pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizee juga berkata, pembukaan sesi bersemuka akan dapat membantu menangani isu kelesuan dan hilang motivasi belajar dalam kalangan pelajar akibat tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang terlalu lama.

"Malah, yang lebih utama juga adalah ia dapat memastikan penguasaan 3M (mengira, membaca dan menulis) dalam kalangan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua serta berkeperluan khas," katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Sekolah bersemuka dekatkan semula pelajar dengan institusi pendidikan

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi- September 13, 2021 @ 10:55am
[email protected]

15nt04school1_1631501694.jpg


Pembukaan sesi sekolah bersemuka langkah untuk mendekatkan semula pelajar dengan institusi pendidikan setelah hampir lima bulan tidak dapat hadir ke sekolah. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad


KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sesi bersemuka sekolah bermula 3 Oktober ini, adalah langkah untuk mendekatkan semula pelajar dengan institusi pendidikan setelah hampir lima bulan tidak dapat hadir ke sekolah.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata ia berikutan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada 12 Mei lalu, sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2.0 menjadi medium pendidikan di seluruh negara.

Namun katanya, GPMS melihat pelaksanaan PdPR pada ketika itu adalah satu keperluan mengikut keadaan dan situasi semasa.

"Justeru, GPMS menyokong penuh pengumuman pembukaan sesi sekolah bersemuka sebagai langkah mendekatkan semula pelajar dengan institusi pendidikan selepas tidak dapat hadir ke sekolah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan sekolah akan mula dibuka bagi sesi bersemuka pada 3 Oktober di negeri Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Pembukaan semula sesi persekolahan tahun ini yang dilanjutkan sehingga Februari tahun depan, akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Mohd Alif berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan usaha yang komprehensif sepanjang proses perbincangan dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pelajar serta semua pemegang taruh dalam sistem pendidikan.

Katanya, usaha itu jelas memberikan pelbagai input kepada KPM dalam mengeluarkan garis panduan pembukaan sekolah bermula bulan hadapan.

"Kerjasama dan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menunjukkan KPM serius dalam memastikan keselamatan pelajar berada pada tahap optimum di kala kebimbangan jangkitan COVID-19 terus menjadi perbualan.

"Terima kasih kepada Radzi dan warga KPM yang bertungkus lumus dalam menjayakan pelan komprehensif bagi memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah dengan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu sesi persekolahan," katanya.

Beliau berkata, GPMS juga kekal serius dalam usaha memastikan keselamatan pelajar sepanjang sesi pembelajaran bersemuka berlangsung.

Oleh itu katanya, semua pihak perlu mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu katanya, GPMS berharap semua pihak terutama guru supaya memastikan mendapatkan suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula.

Katanya, GPMS turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas sikap toleransi dan kerjasama yang diberikan kepada guru dan anak masing-masing sepanjang PdPR.

"GPMS berharap juga ibu bapa terus memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah sebaik sesi persekolahan secara bersemuka bermula nanti," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Kesatuan Guru Sarawak sokong sekolah beroperasi 50 peratus

Oleh Norsyazwani Nasri- September 13, 2021 @ 2:11pm
[email protected]

7nt6edc_1631514874.jpg


Langkah yang diambil Kementerian Pendidikan dengan membenarkan sekolah beroperasi pada kadar 50 peratus enrolmen sekolah akan memudahkan pematuhan SOP. - Foto hiasan NSTP/Nadim Bokhari


KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) bersetuju dengan langkah yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) dengan membenarkan sekolah beroperasi pada kadar 50 peratus enrolmen sekolah dan juga pada kadar 50 peratus bilangan pelajar dalam bilik darjah.

Presiden STU, Adam Prakash Abdullah, berkata ini akan memudahkan urusan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

"STU menghargai usaha KPM dalam memastikan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dibenarkan kembali ke sekolah terlebih dahulu dengan diikuti kelas lain secara bergilir.

"Kita percaya, guru akan memanfaatkan masa ini untuk menyediakan pelajar menghadapi pelajaran dan peperiksaan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pelajar juga boleh menggunakan waktu persekolahan ini untuk menyelesaikan banyak masalah pembelajaran yang telah mereka lalui ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah ((PdPR).

"STU juga berharap, semua pihak yang terbabit dengan pembukaan sekolah nanti telah mendapatkan dos vaksin yang lengkap bagi menjamin keselamatan semua.

"STU menyambut baik pengumuman dibuat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkenaan pembukaan sesi persekolahan Oktober ini, ia satu perancangan yang baik untuk memungkinkan pelajar dan guru kembali ke sekolah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua ibu bapa memberi sokongan dan motivasi kepada anak supaya mereka tidak keberatan untuk meneruskan persekolahan secara bersemuka.

"Pihak guru juga diharap akan membantu pelajar dalam usaha mereka kembali ke sekolah dan bersabar dalam memastikan pelajar kita menyesuaikan diri dengan disiplin sekolah semula.

"Cabaran besar menunggu kita menjelang pembukaan sekolah Oktober nanti dan kita akan mengatasinya bersama," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631566191311.jpg

Walaupun kes COVID-19 masih tinggi, namun pendidikan adalah satu keperluan amat penting khususnya untuk murid berkeperluan khas (MBK) dan pelajar kelas peperiksaan sekolah menengah yang boleh dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.⁣

Justeru itu, PdP bersemuka secara penggiliran membolehkan penyampaian pengajaran yang lebih baik, melaksanakan penilaian prestasi murid, selain mengelakkan berlakunya isu keciciran.⁣

Baca selanjutnya di

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631593652860.jpg

SOAL RAKYAT | Saksikan program bual bicara Soal Rakyat yang membawakan perbincangan bertajuk ‘Pengoperasian Sekolah' bersama tetamu jemputan, Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin

Jam 9 malam di TV3, juga boleh ditonton di Facebook dan YouTube Buletin TV3.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201
Ermmm hati2 varian delta beta mu suka mencari mangsa nya di skolah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631595832830.jpg
FB_IMG_1631595835988.jpg

FB_IMG_1631595839321.jpg


[Infografik] Sekolah dibuka secara berperingkat

Dr Radzi Jidin Kementerian Pendidikan Malaysia

#InfografikBernama
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
FB_IMG_1631595962195.jpg
FB_IMG_1631595967444.jpg

FB_IMG_1631595970419.jpg


[Infografik] Mewujudkan persekitaran pembelajaran selamat & pembukaan institut pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

'Kuncinya ialah pematuhan SOP buka sekolah'

Oleh Latifah Arifin- September 13, 2021 @ 3:06pm
[email protected]

sekolabukalai_1631516737.jpg


Foto hiasan - Fail NSTP


KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan dan persatuan ibu bapa yakin segala prosedur operasi standard (SOP) sesuai sudah dirangka menjelang pembukaan semula sekolah, 3 Oktober ini.

Mereka berpandangan Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan warga sekolah sebelum kembali memulakan sesi bersemuka.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata tiga pihak utama perlu melakukan penilaian risiko secara berterusan sebaik sekolah dibuka semula untuk pembelajaran secara bersemuka.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan KPM perlu melihat, menilai risiko dan menetapkan nilai ambang peratusan guru dan murid yang divaksinasi secara berterusan.

"Ia penting bagi memastikan proses pengajaran secara bersemuka berjalan lancar dan terkawal," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pembukaan semula sesi persekolahan tahun ini yang dilanjutkan sehingga Februari 2022, akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Mohamad Ali mengakui masih ada ibu bapa dan penjaga yang bimbang sama ada persekitaran sekolah benar-benar selamat daripada risiko dijangkiti COVID-19.

"Semua murid, guru, kakitangan dan mereka yang berurusan dengan sekolah seelok-eloknya mesti lengkap divaksin," katanya.

Pakar kesihatan awam (epidemiologi dan biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata strategi pengoperasian sekolah diumumkan KPM dilihat merangkumi keperluan semua warga sekolah.

"Ia mengambil kira pelbagai langkah dan pencegahan segala potensi yang mungkin mencetuskan punca jangkitan.

"SOP yang disediakan komprehensif dan memenuhi keperluan pengurusan wabak," katanya kepada BH, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu utama pembukaan sekolah bukan tertakluk kepada SOP tetapi sikap dan kepatuhan individu terhadap apa yang digariskan.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkepentingan merangkumi pihak sekolah, murid, ibu bapa dan semua pemegang taruh wajar memastikan SOP sentiasa dipatuhi, dalam usaha menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register